Chapter 41

39 1 0
                                    

Kelas hari ini akhirnya selesai. "Gais, jom lepak. Dah lama kita bertiga tak lepak sama-sama," ajak Bob dengan semangat.

"Betul tu, jom la. Hari ni aku pun free," Alia terus bersetuju. Mereka berdua memandang aku, menunggu jawapan.

"Jom," aku balas pendek, cuba untuk masuk dalam mood mereka.

"Yeahhh, let's go!" Bob bersorak kecil, jelas teruja.

Dalam kereta Bob, suasana meriah.

"So, nak pergi mana dulu?" tanya Alia sambil memandang ke arah Bob.

"Kita gi Metown?" Bob mencadangkan.

"Sounds good. Kita makan dulu, lepas tu karok. Aku dah lama tak melalak, hilangkan stress," tambah Alia.

Kami tiba di mall, dan sambil mencari restoran, aku tersentak. Di hadapan, aku nampak Haikal bersama perempuan yang minggu lepas mengaku sebagai kekasihnya. Mereka nampak mesra—Haikal mencium dahinya. Aku hanya mampu berdiri terpaku. Apa salah aku sampai aku kena hadap semua ni?

Aku terasa ada seseorang menyentuh bahu. "Noah, you okay?" Bob bertanya, diikuti oleh pandangan prihatin dari Alia. Aku menggeleng perlahan, cuba mengawal emosi.

"Kau nak aku pergi sound dia tak?" Alia mula geram melihat adegan itu.

"Tak payah. Aku okay. Jom kita teruskan plan kita. Aku nak enjoy harini," aku cuba mengalihkan perhatian mereka. Aku tahu, kalau aku terus fikirkan ini, aku takkan tenang.

"Are you sure?" tanya mereka serentak, wajah mereka penuh kerisauan. Aku hanya senyum kecil dan mengangguk.

Selepas makan di restoran Dakgalbi sampai kenyang, kami memutuskan untuk pergi karaoke.

"Okay, lagu apa nak nyanyi dulu?" tanya Alia sambil memandang aku dan Bob.

"Aku pilih dulu," jawabku sambil mencari lagu. Tanpa banyak fikir, aku pilih lagu All I Ask oleh Adele.

Aku mula menyanyikan lagu itu, setiap liriknya terasa menyentuh hati:

I will leave my heart at the door
I won't say a word
They've all been said before, you know...

Suaraku semakin berat, penuh emosi. Lagu itu benar-benar mencerminkan apa yang aku rasa—ketakutan kehilangan Haikal. Dia adalah cinta pertama aku, teman lelaki pertama aku. Kami dah lalui banyak momen bersama. Memikirkan semua itu, tanpa sedar, air mata aku mula jatuh.

Bob dan Alia perasan. Mereka tak cakap apa-apa, hanya terus datang memeluk aku. Aku menangis lebih kuat dalam pelukan mereka.

"It's okay, Noah. Kita ada untuk you. Nangis je sekarang. Tapi nanti, kita nak tengok senyuman you balik," kata Bob, suaranya penuh rasa simpati.

"Betul tu, Noah. It's okay to not be okay sometimes. You deserve better, babe," tambah Alia, suaranya juga bergetar seperti nak menangis.

Aku memandangnya dan tersenyum kecil sambil berkata, "Eh, kenapa kau pulak nangis?"

Alia mengesat air matanya sambil menjawab, "Aku tak boleh tengok orang menangis. Sedih, okay?"

Kami berdua terdiam sejenak bila dengar esakan kecil lain. Kami memandang Bob, yang tengah menutup muka—dia pun menangis.

"Bob, kau pun sama?" aku tanya, terkejut.

Bob tak jawab. Dia terus datang ke arah aku dan Alia, memeluk kami erat. "Aku sayang korang sangat-sangat," katanya dengan suara tersekat-sekat.

Aku akhirnya ketawa kecil dalam tangisan. Dalam keadaan ini, aku rasa sedikit lega. Aku sedar aku masih ada mereka yang sentiasa ada untuk aku.

What you waiting for Where stories live. Discover now