Chapter 55

32 2 0
                                    

Tiga minggu berlalu, dan aku menjalani rutin harian seperti biasa. Haikal semakin protektif hingga kadang-kadang dia tidak membenarkan aku pergi ke kolej.

"Sayang, can you not go?" pintanya lembut.

"No, Haikal. Lagi beberapa minggu I nak final exam, lepas tu kita intern," jawabku sambil membebel.

"Hmm, yelah. Tapi jangan lupa, lepas kelas nanti kita buat check-up untuk baby," balasnya sambil mengusap perutku perlahan.

"Baby, jaga mama untuk daddy, ya," ucap Haikal dengan lembut.

Di kampus, tiada apa yang menarik berlaku. Namun, Bob dan Aliah menjadi protektif terhadapku, hampir sama seperti Haikal.

"Guys, relax," kataku sambil melihat mereka memegang tanganku ketika aku hendak turun tangga.

"Kita tak tahu kalau kau terjatuh. So, better safe than sorry," kata Aliah.

"Isn't it too much?" tanyaku.

"No," jawab mereka serentak, membuat aku menggelengkan kepala.

Kami bertiga tiba di kafe kampus, dan di sana Haikal serta Amirul duduk di satu meja. Aku perasan mereka sudah berbaik dan bahkan bergurau mesra.

"Sayang, sini," panggil Haikal sambil melambai ke arahku.

Kami berjalan ke arah mereka, dan aku melihat Aliah menyapa Amirul, "Hi, B."

"Hi, cinta," jawab Amirul, membuatku hampir muntah mendengar ucapan manis mereka.

"Hi, sayang," tegur Haikal sambil cuba memegang pinggangku, tetapi aku menepis tangannya.

"Guys, please respect orang single macam aku," keluh Bob, membuat kami semua tertawa.

"Chill, Bob," balas Aliah, tapi Bob hanya memutar mata tanda malas.

Selepas kelas, Haikal setia menungguku di depan fakulti.

"Jom, sayang," katanya sambil membukakan pintu kereta untukku. Seperti biasa, dia melayan aku dengan penuh perhatian. Kami menuju ke klinik kesihatan untuk check-up bulanan pertama.

Setibanya di klinik, aku mendekati kaunter dan berkata, "Hi, saya ada appointment."

"Okay, tunggu sebentar ya, cik," jawab jururawat dengan ramah. Dia memberikan nombor giliran kepadaku dan menyuruhku duduk sementara menunggu.

Aku tersenyum kepadanya sambil berkata, "Terima kasih." Wajah jururawat itu langsung kemerah-merahan.

"Puaskan, gatal dengan nurse tadi?" Haikal bersuara, membuatku tersentak.

"Mana ada gatal," jawabku selamba, cuba mengelak.

Haikal hanya memandangku dengan tatapan kesal. "Nak jadi bapak orang pun masih jealous," ejekku.

"Yelah, sebab you senyum kat dia!" balasnya, tidak puas hati.

"Senyum tu kan sedekah," kataku dengan selamba lagi.

Haikal merajuk, tapi aku memeluk lengannya sambil berkata manja, "Okay, sayang, sorry." Dia akhirnya tersenyum dan mengusap kepalaku. Senang betul nak pujuk dia ni.

Nombor giliran kami dipanggil, dan kami masuk ke bilik doktor.

"Hi, good afternoon, Cik Noah and husband," sambut doktor lelaki itu dengan ramah.

"Hari ini saya akan check keadaan janin dalam perut Cik Noah," jelas doktor itu.

Aku mengangkat sedikit baju seperti yang diarahkan, dan dia menyapu gel sejuk di perutku.

"Okay, kita boleh lihat anak Cik Noah sekarang," katanya sambil menunjukkan skrin.

"Mana-mana?" tanya Haikal dengan penuh semangat.

"Anak Cik Noah berada dalam keadaan yang sihat," kata doktor, membuat kami berdua tersenyum lega.

Doktor kemudian menasihatkanku untuk terus mengambil vitamin untuk memperkuat sistem imun sepanjang kehamilan.

"Bila kita boleh tahu jantina anak saya, doktor?" tanyaku.

"Masih terlalu awal. Nanti, bila dah masuk minggu ke-14 kehamilan, baru boleh nampak dengan jelas," jelas doktor.

"Sepanjang tiga minggu ni, ada rasa tak sedap badan?" tanyanya lagi.

"Takde, tapi saya selalu mengidam, doktor," jawabku.

Doktor tertawa kecil. "Craving masa mengandung memang biasa. Suami saya dulu pun mengidam macam-macam, jadi as a husband, kena sabar. Dah sayang, kan?" katanya sambil tersenyum.

Aku terkejut mendengar kata-katanya. "Doktor pun?" tanyaku.

"Ya, saya juga gay. Don't worry, sekarang ni pregnancy untuk lelaki semakin diterima, kan?" katanya sambil tersenyum. Aku hanya mengangguk.

"Untuk pregnancy male, jangan risau. Biasanya hanya sampai 8 bulan sahaja, lebih pendek daripada wanita," jelas doktor lagi, membuatkan aku merasa sedikit lega.

Selepas selesai pemeriksaan, aku dan Haikal meninggalkan klinik dengan hati yang tenang. Aku tahu, dengan Haikal di sisiku, semuanya akan baik-baik saja.

What you waiting for Where stories live. Discover now