Setelah tiba di klinik, aku segera menuju ke kaunter pendaftaran untuk mengambil nombor giliran. Selepas itu, aku duduk di sebelah Bob sambil menunggu nombor giliran dipanggil. Selepas kira-kira 20 minit, giliranku tiba, dan aku meminta Bob menunggu di luar.
"Hi, good afternoon, Mr. Noah. How are you? Have a seat," sapa doktor dengan ramah.
Aku membalas sapaan itu sambil tersenyum. "I'm fine," jawabku.
"Okay, seperti biasa, kita akan lihat kesihatan baby. Encik Noah boleh baring dulu," arah doktor.
Aku bangun dan menuju ke katil yang disediakan. Setelah aku berbaring, doktor meminta aku selakkan baju sedikit untuk memulakan pemeriksaan. Dia menyapu gel sejuk di perutku.
"Jelly ni sejuk sikit," katanya sambil tersenyum. Kemudian, dia mula memeriksa keadaan bayi di dalam perutku.
"Syukur, bayi Encik Noah sihat dan aktif. Malah, saya dapat rasa dia tendang masa scan tadi. Itu tanda yang sangat baik," ujar doktor.
Aku tersenyum lega mendengar berita itu. "Doctor, boleh ke saya tahu gender baby?" tanyaku penuh harap.
"Yup, you can. Mungkin tak 100% tepat lagi, tapi berdasarkan scan ini, nampaknya Encik Noah akan menimang anak lelaki. Lihat sini," katanya sambil menunjukkan imej pada skrin.
Mendengar itu, tanpa sedar, air mataku mula mengalir. Aku teringatkan Haikal dan berharap dia ada di sini bersamaku.
"Encik Noah, awak okay ke?" tanya doktor dengan prihatin.
Aku cepat-cepat menggeleng sambil mengelap air mataku. "No worries, I'm okay. Just a little bit excited," jawabku, cuba menyembunyikan emosiku.
"Good to hear that," balas doktor sebelum mengakhiri sesi pemeriksaan.
Keluar dari bilik doktor, aku terus menuju ke arah Bob yang setia menungguku di ruang luar.
"Bob, boleh tak aku nak something?" tanyaku.
"Boleh, Noah. Jangan pelik-pelik sudah," jawab Bob, membuat aku ketawa kecil.
"No, I nak matcha ice cream," kataku sambil membuat muka puppy eyes.
Bob memandangku pelik. "Seriously? Since when?"
"What?" aku membalas dengan wajah bingung.
"Sejak bila kau suka benda yang berkaitan dengan matcha? Remember, kau tak boleh langsung telan apa-apa berkaitan matcha dulu, even though it's the best dessert ever," katanya panjang lebar.
"I know, tapi hari ini aku teringin sangat. Kita pergi kedai ice cream yang kita selalu lepak, okay? Oh, and aku nak juga waffle ice cream dengan hot caramel on top," kataku teruja.
"Too much sweet, bestie. Remember what the doctor said," balas Bob, membuatkan aku memasang muka masam.
"Kau tak kesian ke dengan anak buah kau ni? Nanti dia banyak air liur tau," kataku, cuba meyakinkannya.
"Ergh, whatever. Tapi ni yang terakhir untuk makanan manis, lepas ni kena cut off sugar until kau bersalin," katanya tegas.
"Thanks, Bob. Jom!" balasku sambil menarik tangannya.
Di kedai ais krim, aku melompat gembira. "Finally, we're here, baby!" jeritku teruja, membuatkan Bob menggelengkan kepala.
Pelayan menyapa kami dengan ramah. "Hi, welcome."
Aku tersenyum dan membuat pesanan. "Can I get two scoops of matcha ice cream, one waffle ice cream, a cotton candy ice cream with caramel on top, and a chocolate milkshake with whipped cream?"
Pelayan mengangguk sambil mencatat pesanan. Bob, yang berdiri di sebelahku, memandang aku dengan mulut ternganga.
"Bob, tengok apa lagi? Bayar la," kataku sambil tersenyum nakal.
"Hahaha. Berapa total?" tanya Bob.
"Semua RM40," balas pelayan. Bob segera membayar menggunakan payWave, dan kami mencari meja kosong.
Setelah makanan tiba, aku memandang hidangan di hadapanku dengan teruja. "Omg, baby, look what mama got for you! Matcha ice cream and waffle ice cream, just like what you wanted!" kataku sambil mengusap perutku.
"Heh, salahkan baby pula. Padahal dia yang nak," Bob menyindir, membuatkan aku menjeling.
"Bob, mesti muka baby aku manis macam aku kan sebab suka sangat makan manis," kataku sambil menyuap ais krim.
"Hah, muka dia manis, tapi bukan macam kau. Macam aku," gurau Bob. Aku mencubit lengannya sambil tertawa.
Ketika sedang menikmati ais krim, secara tidak sengaja, sesudu ais krim jatuh ke bajuku. "Shit," aku mengeluh. Bob ketawa sambil menghulurkan tisu. "Doa orang yang disakiti memang dimakbulkan," katanya nakal.
Aku segera membersihkan tumpahan itu dan pergi ke bilik air. Ketika keluar, seseorang melanggarku secara tidak sengaja. "Sorry," ucapku sambil cuba berlalu pergi. Namun, orang itu tiba-tiba menarik tanganku.
"Excuse me, sir," kataku sambil menoleh ke arahnya, tetapi dia terus menarikku tanpa berkata apa-apa. Aku menjerit kecil, "Lepaslah! Sakit tau tak?!"
Semua orang di kedai mula memandang, termasuk Bob, yang kelihatan sangat terkejut melihat siapa yang menarik aku. Bob segera datang dan menarik orang itu menjauhi aku.
Akhirnya, orang itu menghadap aku dan Bob, dan aku membeku. Orang itu... Haikal.
Kami akhirnya duduk bertiga di satu meja. Suasana sunyi, hanya bunyi pelanggan lain di kedai yang terdengar. Aku tidak berani memandang Haikal walaupun dia tidak henti-henti menatapku.
"Okay, so," Bob akhirnya memecah kesunyian, memandang kami berdua bergilir-gilir.
Aku menghela nafas. I don't want to be here, fikirku. Aku mengambil barang-barangku, bersedia untuk pergi, tetapi Haikal menahanku.
"Noah, wait," katanya.
"Lepaslah. Tak malu ke lepas apa kau buat tadi?" balasku.
Aku tidak tahu bagaimana harus bersikap. Sebahagian dari diriku masih merindukannya, tetapi aku tahu dia kini menjalani kehidupan seperti yang diinginkan keluarganya. Aku menghela nafas dan memutuskan untuk duduk kembali.
Bob memandang kami dengan faham. "Excuse me, I nak jawab call sekejap," katanya, memberi kami ruang untuk berbicara. Kini, hanya tinggal aku dan Haikal.

ANDA SEDANG MEMBACA
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...