Pertemuan yang Terhenti
"Ekhem," bunyi seseorang berdeham dari belakang kami. Aku dan Haikal segera melepaskan pelukan.
"Maaf ganggu, tapi Mama nak cakap makan tengah hari dah siap. Jom makan sama-sama. Haikal, awak pun join sekali, okay," kata Mama, ramah menjemput Haikal.
"Baik, Aunty. Nanti Haikal ikut," balas Haikal sopan. Mama tersenyum dan mengangguk.
"Noah, jangan lupa ajak Haikal," tambah Mama sebelum berlalu pergi.
Tanpa sepatah kata, aku melangkah keluar dari tempat itu, dan Haikal mengikuti di belakangku.
Meja Makan yang Sunyi
Semasa makan tengah hari, Haikal berbual mesra dengan Mama, Ayah, dan Along. Gelak tawa mereka memenuhi meja makan. Aku, sebaliknya, hanya diam, fikiran melayang entah ke mana. Jasad aku ada di sini, tapi minda aku tidak.
"Noah, termenung je. Dah habis makan ke?" tegur Ayah, membuatkan aku tersentak dari lamunan.
Aku menggeleng perlahan, cuba kembali ke realiti. "Dah, Ayah," jawabku pendek sambil bangun dari meja makan. Semua hanya memandang tingkahku tanpa berkata apa-apa.
Aku membawa pinggan kotor ke sinki dan mula mencuci. Langkah kaki mendekat dari belakang.
"Letak je pinggan tu sebelah sinki, nanti Angah basuh," kataku tanpa menoleh. Orang itu menurut, meletakkan pinggan di sebelah. Tapi tiba-tiba, aku rasa tangan melingkar di pinggangku—pelukan dari belakang. Aku terkejut, hampir menjatuhkan pinggan yang aku pegang.
"Maafkan I, Noah," bisik Haikal lembut.
Air mata yang aku tahan selama ini akhirnya jatuh juga. Aku mempercepatkan pergerakan, cuba menghabiskan mencuci pinggan, lalu melepaskan pelukan Haikal. Aku tak sanggup berada di situ lebih lama.
Tanpa menoleh, aku terus menuju bilik, menghempas pintu dan menguncinya.
Dalam Kesendirian
Aku merebahkan diri di atas katil, keletihan secara fizikal dan emosi. Aku tak pasti kenapa aku bertindak sebegini. Mungkin ucapan Haikal tadi terlalu sukar untuk aku terima.
Ketukan pintu mula kedengaran. Aku tahu itu Haikal. Dia terus mencuba berkali-kali untuk memujuk aku membuka pintu, tapi aku terlalu penat untuk berdepan dengannya sekarang.
Air mata masih mengalir, fikiranku bercelaru. Tanpa sedar, rasa letih itu membawa aku ke dunia mimpi. Aku hanya berharap, esok akan membawa sesuatu yang lebih baik.
YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...