Selepas 10 minit bersiap untuk keluar dengan Haikal, aku pun keluar bilik dan turun ke bawah. Masa aku turun, aku dengar suara Haikal, papa, dan mama tengah borak dengan seseorang. Suara tu familiar gila—takkanlah Along dah balik? Mungkin dia tengah video call dengan mama dan ayah kot, tapi suara tu jelas sangat, macam dia betul-betul ada kat situ. Aku makin tak sabar, terus lajukan langkah.
Bila aku sampai ke ruang tamu, aku terkejut besar—yes, it's Along! Dia baru balik dari Sabah, dan sumpah rindu sangat! Aku terus lari peluk dia erat-erat, tak peduli orang lain tengah tengok.
"Alonggg! Kenapa balik tak bagitahu Angah dulu?" Aku cakap sambil buat-buat merajuk, walaupun sebenarnya happy gila. Tapi dalam hati aku fikir, kenapa dia balik time Haikal ada kat rumah? Haikal pula pandang aku macam ada je rasa cemburu.
"Hahaha, Along nak surprisekan kau, Angah. Lagipun, mama dengan ayah pun tak tahu Along balik, dorang pun terkejut," Along cakap sambil usap rambut aku. Aku masih peluk dia erat, macam tak nak lepas.
"Amboi, rindu sangat ke Along tu sampai peluk tak nak lepas," mama perli sambil gelak. "Noah, kamu tahu tak Haikal dah tunggu kamu lama?" Aku cepat-cepat lepaskan pelukan.
"So ni lah Haikal yang Noah selalu cerita kat Along tu?" Along sengaja ke nak spill the tea macam ni depan semua orang? Mama terus angkat sebelah kening sambil senyum sinis. Aduh, mama, nanti Angah explain, okay? Jangan risau.
Aku memang selalu cerita semua rahsia kat Along sebab dia je yang aku paling percaya, lepas Bob dengan Lia. Kalau adik bongsu aku yang tahu, habis semua dia bocorkan.
"Alang-alang semua dah ada kat sini, jom la sarapan sekali," papa ajak sambil senyum. "Dah lama ayah tak rasa makan ramai-ramai macam ni. Nanti Fahmi balik minggu depan, lagi meriah la rumah ni. Noah, ajak Haikal makan sekali."
Oh, by the way, aku lupa nak introduce adik-beradik aku. Along nama penuh dia Nik Ahmad Umar, 27 tahun. Aku pula Nik Noah Adyan, 22 tahun. Adik bongsu aku Nik Muhammad Fahmi, 17 tahun. Semua nama kami start dengan "Nik" sebab papa asal Kelantan. Cuma aku dengan Along ni terlalu "KL" untuk bercakap loghat Kelantan, hahaha. Kalau dengar orang lain cakap, boleh la faham sikit-sikit. Tapi cousin-cousin semua fluent.
"Eh, sebut pasal Fahmi, nanti siapa nak ambil dia dari asrama?" Along tanya sambil cedok nasi goreng untuk diri dia dulu. Ish, perangai Along ni, cedok untuk diri sendiri dulu sebelum papa.
"Amboi, elok perangai kamu tu, Umar," papa perli. "Ayah tak boleh ambil dia balik sebab clash dengan schedule kerja. Ayah suruh dia balik naik bas je."
"Eh, jangan la suruh dia naik bas, ayah. Nanti Along dengan Angah pick up dia. Lepas tu kita buat siblings trip sekali. Dah lama tak spend time macam ni!" Along excited, dan aku terus angguk setuju.
"Bajet semua papa sponsor!" aku gurau.
"Eh, tak payah. Along belanja sebab Along yang ajak," Along balas sambil gelak.
Tiba-tiba Haikal mencelah, "Kalau saya nak ikut, boleh tak Along?"
Serius, Haikal? Aku baru nak luangkan masa dengan Along dan adik aku. Tapi Along terus setuju. "Why not? Lagi ramai, lagi best. Haikal, jangan risau pasal duit, bawak diri je."
Lepas sarapan, aku dengan mama kemas meja. Masa tengah basuh pinggan, mama tiba-tiba buka topik.
"Mama tahu Haikal tu siapa bagi Noah. Mama tengok dia memang boleh jaga Noah dengan baik."
"Hahaha, apa mama merepek ni. Haikal tu kawan je, macam Bob dengan Lia. Bestie for life." Aku cuba cover line.
"Tak payah nak tipu la, Noah. Haikal dah cerita semuanya kat mama dengan papa."
"Hah? Cerita apa?" Aku mula nervous.
"Pagi tadi, sebelum dia kejut kamu bangun. Dia sampai rumah pukul 8 pagi. Mama suruh dia masuk, lepas tu papa tanya, 'Betul ke kamu ni kawan baik Noah je?' Mula-mula dia teragak-agak, tapi sebab papa kamu pandang dia macam nak telan orang, dia terus mengaku."
"Ya Allah, ayah ni sejak bila pandai buat garang macam tu?" Aku gelak, cuba hilangkan rasa malu.
Mama senyum sambil cakap, "Mama dan papa tengok dia ikhlas dengan kamu. Tapi kalau dia sakitkan hati anak mama ni, jangan harap la dia dapat jumpa Noah lagi."
Aku peluk mama erat-erat. Syukur sebab mama dan papa tak pernah judge aku.
"Jom la, Haikal," aku panggil dia sambil keluar dari dapur. Haikal terus bangun, tapi papa sempat ugut manja.
"Haikal, ingat pesan uncle tadi. Jaga anak uncle baik-baik."
Haikal senyum confident. "Baik, uncle. Saya akan jaga dia dengan penuh kasih sayang." Lepas tu dia panggil aku, "Jom, baby, dah lambat ni."
Aku cubit pinggang dia sambil dia mengaduh. Haikal ni makin berani lepas dapat approval dari papa dan mama.
"Jangan balik lambat sangat," Along sempat perli. Aku cuma gelak sambil salam papa, mama, dan fist bump Along sebelum keluar. Haikal bukakan pintu kereta untuk aku, macam aku ni princess. Aku masuk sambil gelak kecil, siap sedia untuk "date" yang tak dirancang ni.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...