Keesokan paginya, tidurku terganggu oleh sesuatu yang basah menempel di dahiku. Aku membuka mata dan memandang sekeliling. "Aku kat mana ni?" tanyaku dalam hati. Bilik ini jelas bukan bilikku ataupun bilik Haikal yang biasa aku tidur.
Suara pintu dibuka memecah kesunyian. Naim masuk dengan membawa dulang berisi makanan. "Eh, dah bangun? I baru nak kejutkan you," katanya sambil meletakkan dulang itu di sebelah katilku.
"Naim, you ke yang bawak I semalam?" tanyaku sambil cuba membetulkan posisi dari baring ke duduk. Aku tidak ingin kelihatan tidak sopan di depan orang yang sudah menolongku.
"Don't move too much, Noah. Semalam I rasa dahi you panas sangat. Just baring je, okay?" ujar Naim sambil menahanku untuk bergerak.
"Thank you, Naim," ucapku dengan tulus.
"No worries, Noah," balasnya lembut. "I ada bawa breakfast untuk you," katanya sambil menghulurkan semangkuk bubur.
"You nak makan sendiri ke, atau I suapkan?" soalnya sambil tersenyum kecil.
"Boleh ke nak suap?" tanyaku sedikit malu.
"Why not? Sekejap, I tiupkan dulu," balasnya, lalu meniup bubur itu sebelum menyuap aku. Aku menerima suapan itu dengan senang.
"Ermm, sedap," pujiku, benar-benar menikmati bubur yang dia buat.
"Thanks. Lepas makan ni, you kena makan ubat juga, okay? Untuk turunkan sikit demam you," katanya. Aku hanya mengangguk sambil terus menerima suapannya.
"Okay, bubur dah habis. Now, makan ubat," katanya sambil meletakkan mangkuk di tepi dan memberikan sebiji pil kepadaku. Aku menelannya perlahan.
"Alright, you rehat dulu. I nak kemaskan semua ni," katanya sebelum berlalu pergi.
Setelah dia keluar, aku tidak terus melelapkan mata. Aku mencari telefonnya dan melihat ia sudah dicas. Mungkin Naim yang melakukannya. Aku mencabut charger dan memeriksa telefonku. Ada 30 missed calls dari Haikal, juga beberapa dari mama dan ayah.
Aku membuka Instagram untuk mengalihkan fikiran. Namun, mataku terpaku pada satu notifikasi permintaan follow dari seseorang: @itsmeaina. Aku mengklik namanya dan membuka profilnya.
"Eh, ni Aina. Perempuan semalam tu," gumamku sambil memeriksa setiap gambar yang ada di profilenya. Aku menatap fotonya satu per satu.
"Cantik," aku mengakui dengan jujur, meskipun hatiku terasa berat. Aku terus menelusuri instastories-nya dan terkejut melihat dia berada di sebuah butik pengantin. Dalam salah satu videonya, Haikal sedang mencuba pakaian pengantin bersamanya.
Shit, why did I click her profile? Now you're just hurting yourself, Noah. Mataku mulai basah, air mata mengalir tanpa aku sedari. Aku menutup telefon dan memilih untuk melelapkan mata, cuba melupakan apa yang aku baru lihat. "Sorry, Haikal," bisikku perlahan sebelum hanyut dalam kesedihan.
Aku terbangun beberapa jam kemudian dengan sakit kepala yang terasa berat. Aku memaksakan diri bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah selesai, aku keluar dari bilik, mencari seseorang.
Aku mengetuk pintu bilik lain, dan tidak lama kemudian, pintu itu dibuka. "Noah?" panggil Naim dengan terkejut.
Tanpa sepatah kata, aku terus memeluknya erat. Aku tidak tahu kenapa aku melakukannya, mungkin kerana aku terlalu penat dan memerlukan bahu untuk bersandar.
"Naim, please bawa I jauh dari sini. And please, ajar I untuk cintai you, Naim," kataku dengan suara yang hampir bergetar. Aku tahu ucapan itu datang dari tempat yang rapuh dalam diriku, tapi aku tidak dapat menahan kata-kata itu.
Naim tampak terkejut, tetapi dia tetap tenang. Dia mengusap perlahan belakangku, cuba menenangkan aku.
"Noah, listen. I tak nak you terima I dalam keadaan macam ni. I nak you terima I dengan hati yang ikhlas," katanya lembut. Kata-katanya membuat aku tersedar dari emosiku.
"I know you, Noah. I akan tunggu sampai you betul-betul ready untuk jatuh cinta dengan I," sambungnya sambil mencium rambutku dengan lembut. Kata-katanya memberi aku sedikit rasa tenang, walaupun hati ini masih terasa berat.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...