Di café, Haikal memulai perbualan. "Hi Noah, how are you?" tanyanya perlahan, memecah kesunyian.
"Fine," jawabku sepatah, tanpa niat memanjangkan bicara.
Haikal menatap perutku yang jelas kelihatan membesar. Dia mengulurkan tangan dan perlahan mengusap perutku tanpa meminta izin. Aku tersentak, tetapi tidak menepisnya. Mungkin kerana aku rindu momen ini—Haikal yang selalu berbual dengan bayi dalam kandunganku.
"Hi, anak daddy. Dah lama kita tak berbual sebab daddy buat salah yang buat mama larikan diri dari daddy," katanya dengan suara lembut. Dia terus berbicara seolah-olah bayi itu dapat mendengarnya.
"Empat bulan lebih mama larikan diri dari daddy. Tapi akhirnya Tuhan temukan kita semula. Kali ni daddy takkan lepaskan mama lagi," katanya sambil menatap aku dengan pandangan penuh tekad.
"Apa maksud kau, Haikal?" tanyaku dengan suara bergetar.
Haikal menatapku dalam-dalam. "Maksud daddy, daddy nak kahwin dengan mama. Bukan orang lain. Biar semua orang menentang hubungan kita, daddy tetap pilih mama," katanya, lalu mencium perlahan perutku.
"Sayang," panggilnya. Aku memandang ke arahnya, dan tiba-tiba dia mencium bibirku. Semua pelanggan café itu serentak bersuara, "Awww." Aku menolak tubuhnya perlahan, wajahku merah padam dengan tindakan mendadaknya itu.
"I miss you," katanya dengan jujur.
Aku merasakan tendangan di dalam perutku, mungkin bayi ini juga merindukan ayahnya. "Aduh," keluhku sambil memegang perut.
"Kenapa, sayang?" Haikal bertanya cemas.
"Baby kicking," jawabku.
"Sayang, jangan tendang mama kuat sangat. Nanti baby keluar, daddy gomol awak puas-puas," ujarnya sambil tersenyum, memandang perutku dengan penuh kasih.
Bob kembali ke dalam café, dan aku segera mengajak Bob pulang. Aku memerlukan masa untuk mencerna apa yang baru terjadi. "Bob, jom," kataku sambil mengemaskan barang-barangku.
"Sayang, please," panggil Haikal.
Aku berpaling dengan wajah tanpa ekspresi. "No, Haikal. We're over since the day your father kicked me out of his house," balasku dengan nada datar. Aku masih ingat kejadian itu dengan jelas, dan ia mematahkan hatiku. Aku terus berlalu keluar menuju ke kereta Bob.
Bob hanya memandang Haikal dengan simpati sebelum menepuk bahunya dan mengikutiku keluar. Namun, Haikal tidak menyerah. Dia mengejar kami hingga ke kereta dan mengetuk tingkap Bob.
"Sayang, please, jangan tinggalkan I lagi," katanya dengan suara penuh harapan.
Aku tidak sanggup memandangnya. "Just go, Bob," pintaku, masih mengelak menatap Haikal.
"Bob, please, biar aku cakap dengan Noah sekejap," rayu Haikal di luar kereta. Namun, aku tetap memaksa Bob untuk memulakan perjalanan.
Bob akhirnya memandu pergi. Aku mendengar suara Haikal memanggil namaku, semakin lemah hingga dia hilang dari pandangan kami. Bob sempat melihat Haikal melutut jatuh ke tanah sebelum kereta menjauh.
Dalam perjalanan pulang, suasana di dalam kereta sangat sunyi. Bob akhirnya memecah keheningan.
"You don't have to do that to him, Noah," katanya perlahan.
Aku hanya diam, tidak mahu memberi respons. Suasana kembali sunyi, dan aku cuba melelapkan mata hingga tiba di rumah.
Setibanya di rumah, aku melihat kereta Naim sudah ada di car porch, menandakan dia sudah pulang. Namun, aku tidak mempedulikannya. Aku terus masuk ke rumah tanpa sepatah kata dan menuju ke bilik, menutup pintu sedikit kuat.
"Hi, Noah, you're back," sapa Naim dengan senyum, tetapi aku hanya mengabaikannya. Naim memandang Bob dengan tatapan penuh pertanyaan.
"Apa yang berlaku, Bob?" soal Naim.
"Kita orang terserempak dengan Haikal tadi dekat café," jawab Bob.
"Apa yang Haikal buat pada dia?" tanya Naim, semakin ingin tahu.
"Dia buat kecoh, tapi tak ada apa-apa yang serius. Semuanya terkawal. Tapi kasihan Haikal, dia tak dapat peluang untuk jelaskan apa-apa kepada Noah," cerita Bob.
Naim mengangguk faham. "I'm going to check on him," kata Bob, lalu menuju ke bilikku.
Bob mengetuk pintu bilikku. "Noah, boleh aku masuk?" tanyanya sebelum perlahan-lahan membuka pintu. Dia melihat aku termenung di atas katil, mengusap perutku perlahan.
"Bob, aku keterlaluan sangat ke?" tanyaku tanpa memandangnya.
Bob duduk di sebelahku, menghela nafas sebelum menjawab. "Yes, kau agak keterlaluan, Noah. You should give him some space to explain," katanya jujur.
"Tapi aku tak nak kacau rumah tangga orang lain, Bob. Walaupun aku bukan orang ketiga tu," balasku sendu.
Bob mengangguk, cuba memahami perasaanku. "Everyone deserves a second chance, Noah. Lagi pun, kau tak kesian ke dengan anak kau? Dia membesar tanpa ayah. Cuba fikirkan masa depan dia, kalau bukan tentang hubungan kau dengan Haikal."
Aku termenung mendengar kata-kata Bob. Mungkin dia betul. Aku perlu memperbaiki hubungan ini, bukan untuk diriku, tetapi untuk masa depan anakku.
"Untuk sekarang, kau rehat dulu. Jangan fikir terlalu banyak. It's not good for your health and the baby. Kalau ada apa-apa, text me, okay?" kata Bob sebelum berlalu pergi, meninggalkan aku termenung sendirian.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...