Makan Malam yang Berakhir dengan Kekeliruan
Makan malam berjalan dengan lancar, tapi Haikal sibuk beramah mesra dengan para tetamu—staff ayahnya dan saudara-mara yang hadir. Aku pula ditinggalkan di meja, dan yeah, technically tak berseorangan sebab Naim masih ada. Masalahnya, dia dari tadi asyik memerhatikan aku. Seriuslah, tak risau ke kalau Haikal nampak dia usha boyfriend orang?
Noah, stop it. Kau dulu yang doa siang malam supaya crush kau perasan. Dah dapat peluang, nak tolak pula? Aku cuba mengingatkan diri sendiri. Tapi itu cerita lama, sebelum Haikal masuk dalam hidup aku. Fokus aku kembali kepada Naim, yang tiba-tiba tersengih. Apa hal dia ni?
"So, you dah berapa lama dengan Haikal?" soalnya tiba-tiba.
"Hah?" Aku terkejut dengan soalan yang terasa kepo.
"I mean, you kenal Haikal dah lama ke? Since when korang jadi partner? Setahu I, Haikal tu jenis cold person," jelasnya.
"Oh, erm... aku kenal dia sejak sem tiga. Dari situ dia try aku, and well, now we're together," jawabku ringkas, malas nak meleret-leret.
Naim hanya mengangguk perlahan. "Btw, dekat kolej you ambil course apa? Baru hari ni I tahu yang kita sekampus."
Oh, patutlah tak pernah tahu, kau pun sombong macam Haikal! Aku mengutuk dalam hati. "Aku budak management. Kalau nak jumpa, selalulah kat fakulti tu."
"Eh, maksudnya kita sekampus la? Haha, nice! Nanti boleh lepak kat café sama-sama," katanya dengan nada ceria. Aku hanya mengangguk kecil, rasa tak selesa semakin bertambah. Mana Haikal ni?
Aku menjenguk-jengukkan kepala, cuba mencari kelibat Haikal. Aku nampak dia sedang berbual dengan ayah dan mamanya. Dari raut wajahnya yang nampak annoyed, aku tahu perbualan itu agak serius. Mungkin tentang syarikat keluarganya.
Tiba-tiba, Haikal datang ke arah aku dengan langkah tergesa-gesa dan wajah yang marah. Dia terus menarik tangan aku dengan kasar, buat pergelangan aku terasa sakit.
"Haikal, lepaslah! Sakit, tau!" aku merayu, tapi dia tak peduli. Haikal terus menarik aku keluar ke tempat parkir kereta.
"Masuk," katanya dengan nada dingin sambil membuka pintu kereta. Aku masuk, dan dia menutup pintu dengan kuat sebelum masuk ke tempat pemandu.
Aku keliru. Apa yang buat Haikal marah sangat? Dia menghidupkan enjin dan terus memandu tanpa arah tujuan. Kereta meluncur dengan kelajuan yang mengerikan. Dia melanggar lampu merah dan hampir melanggar seorang rider penghantar makanan. Saat dia menekan brek mengejut, bunyi tayar yang menyeret membuatkan aku terkejut.
"Bodoh ke bawa kereta macam pelesit!" jerit rider itu sebelum berlalu. Yeah, we deserved that. Memang betul pun.
Aku memandang Haikal dengan rasa marah. "You ni kenapa? Nak kita mati sama-sama ke?! Tolonglah, jangan ikut kepala otak you je!" Aku benar-benar geram.
Haikal tidak membalas terus, tapi akhirnya berkata dengan suara tersekat, "Lebih baik kita mati sama-sama daripada I sakiti hati you, sayang."
Aku terdiam. Suaranya terdengar lemah, dan bila aku lihat wajahnya, dia menangis. Lagi. Ini kali kedua aku nampak dia menangis hari ini. Tapi kali ini bukan sebab dia perlukan perhatian aku, tapi lebih kepada masalah berat yang dia simpan.
Aku tak tahu apa yang ibu bapanya katakan kepadanya tadi, tapi jelas sekali itu sesuatu yang sangat serius.
YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...