"Angahhh, Tuah menangis ni!" panggil adikku, Fahmi, yang kelihatan cemas menjaga Tuah.
"Cuba tengok lampin dia, mungkin dia berak," balasku dari dapur sambil menyediakan susu untuk Tuah.
"Eee geli la, Angah. Kau tengokkan la," Fahmi merengek. Terpaksa juga dia memeriksa lampin Tuah. "Ee banyaknya kau berak, Tuah. Nanti bila besar tak dengar cakap Paksu, siaplah kau." Dengan sedikit rasa geli, Fahmi baringkan Tuah dan mengambil barang-barang bayi untuk menukar lampinnya.
Dia mula membersihkan punggung Tuah dengan tisu basah khas bayi. Tuah ketawa kecil, mungkin geli. Selepas siap mengenakan lampin baru, Fahmi berkata, "Hah, siap pun. Agagaga." Dia mencium perut Tuah dengan rasa geram kerana kecomelannya, membuatkan Tuah tertawa gembira.
"Tuah, Papa bawa susu untuk awak," ucap Noah sambil menggendong anaknya dan menyusukan Tuah. Tidak lama kemudian, Tuah pun tertidur nyenyak. Noah membaringkan anaknya dengan lembut.
"Terima kasih, Fahmi," ucap Noah sambil memandang adiknya yang sudah kembali sibuk bermain permainan video.
"No worries, my beloved brother," balas Fahmi sambil memeluk Noah.
"Dah besar pun masih nak manja dengan Angah dia," tegur Along yang kebetulan melintas.
"Jealous la tu," Fahmi menyakat.
"Nak pergi mana, Along?" tanya Noah, melihat Along berpakaian rapi.
"Ceh, pergi dating eh?" Fahmi terus mengusik.
"Ada la, sibuk je nak tahu," jawab Along sambil berlalu pergi, membuat mereka berdua cemberut.
Ting tong, ting tong.
"Along, tolong bukak pintu," jeritku.
"Along tengah makan ni," sahut Along.
"Adik, tolong buka pintu." Fahmi bangun tanpa banyak cakap dan membuka pintu.
"Ya, cari siapa?" tanyanya pada tetamu di depan pintu.
"Noah ada?"
Fahmi mengangguk dan memanggil Noah. "Angah, ada orang cari." Aku segera ke pintu utama.
"Ya, ada apa—" kata-kataku terhenti. Aku tergamam melihat siapa yang berdiri di depan. Mommy dan Daddy Haikal.
Kini kami semua berada di ruang tamu, termasuk ayah dan ibu Haikal.
"Ada apa, ya, Datuk dan Datin datang ke mari?" tanya ayahku, jelas tidak senang dengan kehadiran mereka. Aku tahu mengapa—merekalah yang membuang Noah sewaktu dia mengandung Tuah, di tengah hujan pula.
"Saya nak minta maaf pada Noah atas kesalahan saya dulu," kata Datuk Azman dengan suara yang terketar-ketar. Matanya kelihatan sedikit berair.
"Tak perlu dibicarakan lagi. Saya takkan izinkan anak saya berjumpa anak Datuk lagi, seperti yang Datuk pernah ucapkan dulu," balas ayah tegas.
"Tolonglah, Khalid. Beri Noah dan Haikal peluang untuk bahagia," rayu Datuk Azman. Suaranya kini penuh kelembutan, berbeza dengan sikap tegasnya dulu.
"Kau tak ingat ke macam mana kau buang anak aku, Azman? Sakit rasanya bila teringat balik tindakan kau yang tidak matang. Sekarang kau nak tengok mereka bahagia? Jangan jadi munafik, Azman. Biar Noah bahagia dengan caranya sendiri, dan Haikal dengan pilihan kau," kata ayah, semakin marah.
Datuk Azman tiba-tiba berlutut di hadapanku dan bersujud. "Maafkan Uncle, Noah. Uncle tahu saya salah. Saya marah, saya halau Noah masa dia mengandung cucu saya. Tolong maafkan Uncle."
Aku serba salah. Aku tahu Noah bukan jenis pendendam, tetapi memaafkan tidak bermakna mudah untuk menerima kembali. Noah menyuruh Datuk Azman bangun.
"Uncle, janganlah macam ni. Noah dah lama maafkan Uncle. Bangunlah," pujuk Noah lembut.
Datin pula menghampiri Noah. "Noah, Mommy minta maaf sangat sebab tak tolong waktu itu. Mommy cuma ikut keputusan Haikal. Yang penting, Mommy mahu dia bahagia."
Noah tersenyum kecil dan membalas pelukan Mommy Haikal. "Aunty tak salah apa-apa pun. Noah faham."
"Jangan panggil Aunty, panggil Mommy," ucap Mommy tersenyum, lalu mencium kedua pipi Noah.
"Khalid, aku pun nak minta maaf sebab buat anak kau macam tu dulu," kata Datuk Azman pada ayahku.
"Tak apa, Azman. Aku pun minta maaf sebab tadi berkasar dengan kau. Bila lagi kita nak tengok anak-anak kita bahagia, ya tak?" Mereka akhirnya berpelukan.
"Rupanya kita jadi besan juga, macam yang kita rancang dulu," tambah Datuk Azman.
"Noah, boleh Mommy tengok cucu Mommy?" Noah mengangguk dan menuju bilik Tuah. Di sana, Fahmi sedang menggendong Tuah.
"Angah, kenapa? Apa yang jadi?" tanya Fahmi polos.
"Tak ada apa. Kau tu kecil lagi," jawabku sambil mengambil Tuah dari tangannya. "Shh, shh, Papa di sini," aku memujuk Tuah yang menangis hingga akhirnya tenang.
Noah membawa Tuah ke ruang tamu. Fahmi mengekor dari belakang.
"Fahmi, salam Datuk dan Datin," arah ayahku. Fahmi menurut dan duduk di sebelah ayah.
"Mommy, Daddy, ini baby," kata Noah sambil menyerahkan Tuah pada Mommy Haikal.
"Hi sayang, ini Maktok dan Atok. Tengok ni," Mommy berbicara dengan mesra dan mencium kepala Tuah. Datuk Azman juga tidak dapat menahan rasa geram, mencubit pipi cucunya perlahan.
"Apa nama cucu Mommy ni?" tanya Datuk.
"Nuh Tuah bin Haikal. Maktok dan Atok boleh panggil Tuah," jawab Noah lembut.
"Pandai kamu pilih nama, Noah," puji Mommy sambil tersenyum. Noah hanya membalas dengan senyuman kecil, walau hatinya masih berharap Haikal turut berada di sini untuk melengkapkan kebahagiaan mereka.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...