Masa yang Sulit
Sudah dua hari aku tak keluar bilik. Makan tak kenyang, mandi tak basah—semuanya terasa kosong. Badan aku mula panas, seolah-olah nak demam, tapi aku tak peduli. Aku hanya baring di atas katil, berselimut tebal, dan tak ada niat langsung untuk keluar.
Ketukan di pintu bilik memecahkan keheningan. Aku menyahut lemah, dan seseorang melangkah masuk.
"Astaga, budak ni. Sampai bila Angah nak jadi macam ni?" tanya Mama dengan nada tegas. Aku tak ada tenaga nak jawab, cuma tarik selimut lebih rapat. Mama datang menghampiri dan menarik selimutku.
"Arghhh, Mama, silau laaa," aku merungut sambil cuba menarik balik selimut.
"Angah, bangun sekarang sebelum Mama jadi singa!" bebel Mama.
"Ishhh, Angah tak nak. Please, Mama," rayuku, tapi Mama tak layan.
"No! Dah dua hari kamu terperap dalam bilik macam kapal pecah ni. Bangun sekarang!" katanya, sambil menarik selimut dengan lebih kuat. Aku cuba melawan, tapi kekuatan Mama lebih hebat. Akhirnya aku jatuh dari katil.
"Angah, pergi mandi sekarang. Ada orang nak jumpa kamu," sambung Mama.
"Siapa?" tanyaku, malas.
"Pergi tengok sendiri. Dah sejam dia tunggu," Mama berkata sebelum berlalu keluar dari bilik.
Dengan berat hati, aku mencapai tuala dan masuk ke bilik air. Selepas bersiap, aku turun ke ruang tamu tanpa sebarang bayangan siapa yang Mama maksudkan.
"Noah," sebuah suara memanggil aku. Badan aku terus tegang. Suara itu sangat familiar—Haikal. Aku memutar badan, dan ya, memang dia.
Pertemuan Dengan Haikal
Haikal berdiri di situ, memandang aku dengan tatapan sendu.
"Kau nak apa datang sini? Nak sakitkan hati aku lagi? Mana perempuan hari tu?" tanyaku dingin, walaupun dalam hati, aku rindu dia. Kalau boleh, aku nak peluk dia, tapi ego aku terlalu tinggi.
Tanpa berkata apa-apa, Haikal tiba-tiba memeluk aku erat. "Jangan macam ni, sayang. You kena dengar penjelasan I," katanya lembut sambil mengusap belakang aku. Dalam pelukannya, aku rasa aman. Masalah yang aku hadapi seolah-olah hilang. Pelukan dia membuatkan ego aku runtuh sedikit.
"Kenapa you buat I macam ni? Apa salah I, Haikal?" tanyaku sambil menangis dalam pelukannya.
"Shh, no. You tak salah, Noah. I yang salah. I minta maaf sebab ignored you the whole week," katanya sambil mengusap kepala aku, cuba menenangkan aku. Aku menolak tubuhnya perlahan.
"Now explain apa yang you nak cakap," aku berkata, memberi dia peluang untuk menjelaskan. Haikal mengangguk dan mula bercerita.
Pengakuan Haikal
"Sebenarnya, perempuan yang you nampak tu bakal isteri I," katanya perlahan. Aku rasa seperti ditikam mendengar kata-kata itu.
"Parent I dengan parent dia plan wedding kami tanpa pengetahuan I pun, Noah," sambungnya, matanya penuh rasa bersalah.
Hati aku terus hancur. Aku cuba melangkah pergi. Aku tahu apa sahaja yang dia akan cakap selepas ini tak akan berakhir dengan baik.
"Dengar dulu, Noah," Haikal berkata, cuba menahan aku.
"Nak dengar apa lagi, Haikal? Itu pilihan parents you kan?" balasku, rasa kecewa.
"Please, Noah. Percayalah, I akan batalkan semua ni. I tak nak tengok you sakit hati sebab I," katanya, memujuk.
Aku terdiam. Apa lagi yang aku boleh buat? Ini kehendak parents dia. Aku tahu Haikal seorang anak yang baik. Takkan aku nak jadi punca dia menderhaka kepada keluarga dia? Aku tak ada pilihan.
Dengan berat hati, aku sedar aku kena lepaskan dia. There's nothing left to fight for anymore.
YOU ARE READING
What you waiting for
TeenfikceCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...