Keesokan pagi, "hoek hoek," aku rasa nak muntah tiba-tiba. "Apa masalah aku ni?" Rasa nak muntah datang balik, "hoek hoek," muntah macam nak keluar semua, tapi takde apa-apa pun. Bob dengar suara aku dalam bilik air, "Noah, are you okay? Macam teruk sangat je," tanya Bob, nampak aku masih menunduk kat mangkuk jamban.
"Takde pape, aku okay je, cuma rasa mual-mual sikit dengan pening," aku jawab.
"Aku ada Panadol dalam bag, jap aku bagi kat kau. Mungkin semalam kau seronok sangat main air kan, dah demam," Bob leter sambil ambil Panadol dan hulur kat aku.
"Thanks, Bob," aku pun ambil ubat tu dan telan dengan air putih.
"Wei, Aliah ajak kita pergi breakfast dekat rumah mak Amirul, so we need to get ready ASAP okay, Noah?" kata Bob.
"Takpe, bagi aku mandi dulu, kau ni teruk sangat dah, macam morning sickness orang mengandung," ujar Bob.
Mengandung? Hahahaa, tak mungkin lelaki boleh pregnant, mengarut je Bob ni, gurau tak beragak. Lepas Bob selesai, aku pun terus bersiap.Ketukkan pintu bilik aku dengan Bob kedengaran, aku buka pintu dan nampak Aliah depan pintu. Aku suruh dia tunggu sementara aku dengan Bob packing barang sebelum check-out.
"Korang ni last minute baru nak pack, semalam buat apa?" Aliah membebel tengok kami yang baru nak berkemas.
"Semalam penat sangat, terus tidur," kata Bob dengan muka kesian.
"Okay done, let's go," ajak Bob yang dah siap.
"Bye room, see you when I see you, I will come back for you, baby," kata Aliah, mengucapkan selamat tinggal kepada bilik. Parah betul dia ni.Kami tunggu Bob uruskan check-out di kaunter, serahkan kunci bilik.
"Jap, kita tunggu Amirul, dia naik grab datang sini. Lagi 5 minit dia sampai," kata Aliah. Lima minit kemudian, Amirul pun sampai dan sedia nak bawa kami ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, aku hanya termenung tengok luar tingkap.
Sekitar 20 minit pemanduan, kami sampai di rumah ibu Amirul. Aku nampak kereta yang agak familiar parking kat luar rumah Amirul, tapi aku tak ambil pusing. Kami berempat sampai di depan pintu rumah.
"Ibu, ni kawan-kawan dah sampai," kata Amirul memanggil ibunya. Ibu Amirul muncul, dan kami bertiga terus menyalami tangan ibunya.
"Ni Noah, Bob, dan cinta hati Amirul, Aliah," Amirul memperkenalkan kami. Muka Aliah merah bila dengar ucapan Amirul.
"Terima kasih makcik jemput kami breakfast," kata Aliah dengan sopan. Ceghhh, nak pikat hati mertua la tu.
"Takpe, panggil je ibu," kata ibu Amirul.
"Bukan selalu Amirul ajak kawan-kawan datang rumah, lagi-lagi bawak bakal menantu ibu," ibu cuba mengusik Amirul, muka mereka berdua merah, malu gila.
"Jom la duduk kat meja makan, sarapan, Amirul, kawan kamu dari kamu keluar tadi, dia dah tunggu," kata ibu.
"Alamak, lupa, la sian pulak dia," ujar Amirul dan kami pun menuju ke meja makan.1 detik, 2 detik, 3 detik... Dug! Apa dia buat kat sini?! Aku terkejut nampak Haikal dan Naim? Apa mereka buat kat sini? Bob dan Aliah pandang aku. Aku hanya geleng kepala, tanda tak tahu dan tunjuk ke arah Amirul, dia yang ajak. Amirul perasan dengan tingkah kami, "Sorry bro, lama dah ke tunggu?" Amirul pecahkan suasana awkward.
"Eh takpe, tapi takpe kan, cousin aku ni join kita. Dia ni sibuk nak ikut tadi," kata Haikal sambil pandang aku.
"Eh takpe, lagi ramai lagi bagus," kata Amirul."Borak apa lagi tu, makanan dah terhidang, jom makan," kata ibu yang menjemput kami semua untuk makan.
"Hehe, baik bu," kata kami semua dan mula ambil makanan.
"You macam mana dia boleh ada kat sini? Kan I dah cerita kat you semalam, they're not in good condition," Aliah berbisik kat Amirul.
"Pagi tadi dia text I ajak breakfast, tapi I dah janji dengan you. Lagipun I dah lama tak jumpa dia, so I ajak la dia sekali. But then I lupa yang dorang dah putus," jawab Amirul.
"Ehem, korang berdua ni berbisik apa?" kata ibu, dan kami semua tengok ke arah Aliah dan Amirul.
"Hehe, takde pape, ibu ni, Aliah mintak ayam goreng, dia cakap sedap, nanti dia nak belajar dengan ibu," Amirul menggoreng cerita supaya tak bagi dorang ni susah.
"Betul tu, ibu, nanti senang-senang Aliah belajar dengan ibu," kata Aliah. Ibu hanya tersenyum dengar bakal menantunya puji masakannya. Ibu Amirul memang suka sangat dengan Aliah.
"Kalau sedap, tambah ye, semua help yourself, orang putih cakap," ibu pun speaking tau.Aku keluarkan telefon dan buka notes untuk menaip sesuatu, dan berbisik pada Bob, "Bob, kau perasan tak, dia dari tadi pandang aku siot?"
Bob ambil notes dan balas, "Kau buat lek je."
Aku balas, "Tapi bukan dia je, Naim pun."
Bob jawab, "I wonder why Naim ikut sekali."
"Itulah pasal," balas aku."Chat siapa tu, Noah?" tanya Naim, aku terkejut dengar teguran dia.
"Oh, ayah text, dah check-out ke belum," aku tipu. Naim angguk kepala.
"Saya dah habis makan, pinggan ni biar Noah yang basuh," aku cakap, tawarkan diri.
"Eh takpe, letak je, nanti Amirul yang kemas semua," kata ibu Amirul, dan Amirul hanya pandang ibunya dengan kesal.
"Takpe, bu," kata aku.
"Noah," aku dengar suara seseorang panggil.
"Kau buat apa kat sini?" tanya aku.
"I kat sini breakfast la, sebab boyfriend kawan you ajak," kata Haikal selepas selesai basuh pinggan. Aku gabung semula dengan dorang di meja makan.Selepas makan, aku decide untuk berjalan-jalan keliling rumah Amirul.
"Hi Noah," aku terkejut dengan sapaan seseorang.
"Hi Naim," aku balas.
"Ingatkan you dah balik KL," kata Naim.
"Jap lagi kita orang balik, you tak suka tengok I ke?" gurau aku.
"Eh tak la, I suka sangat tengok you, Noah, kalau boleh hari-hari nak tenung wajah you," kata Naim serius.
"Eh, I gurau je la, hahaha," kata aku sambil gelak.
"Tapi I serious," jawab Naim sambil pandang mata aku.
"Okay, let me straight to the point. I dah lama simpan perasaan I kat you tapi I still keliru that time. But then, makin lama perasaan suka tu bertambah. I like you since you pengsan atas tangan I." Shit, Naim confess kat aku? WTFFF, ingat dia tak pernah perasan aku kat kolej.
"Ever since that I try to reach you but I malu masa tu," sambung Naim lagi, aww, comelnya, nak malu pulak.
"And I try stalk you guna IG kawan I, Farhan, classmate you and he's my roommate that time. He showed me your IG stories that you just got proposed." Omo, wait, aku ingat Paan ada reply story tu."I kecewa sangat sampai I reply story you and Paan marah gila dengan I masa tu, hahahaha." Aku hanya dengar je ucapan Naim, tak tahu nak terharu ke tak, sebab crush kau crush jugak dengan kau, wtf, hahaha, crazy right?
"Orang kata kalau dah jodoh, memang tak kemana kan, Noah? Tuhan memang nak kita bertemu, and masa tu you tolong I sebab I cedera masa naik basikal." Aduh, merah dah muka aku, can you stop, malu aku.
"So Noah, maybe we're meant to be together. I'm gonna ask you, would you be my boyfriend?" Wtf, my crush ajak jadi boyfriend, literally on my hoe era?! Kalau aku accept dia macam tu je. Aku still fikir dengan soalan Naim.
"Sorry Naim, if you nak tau, I baru lepas break up dengan cousin you. I tak nak you anggap diri you tu tempat I move on dari Haikal. Frankly speaking, I still love him, it's so hard for me to forget what he did to me," aku jawab, menolak dia dengan baik."But I can help you, Noah. Cinta boleh tumbuh seiring dengan waktu," kata Naim, meyakinkan aku yang dia betul-betul nak aku jadi boyfriend dia.
"Okay, look Naim, jujur la, I memang suka you since minggu orientasi," wajah Naim tampak gembira dengan ucapan aku.
"But if you confess at me that time, maybe kita dah jadi pasangan sekarang ni. Tapi sorry, Naim, suka I dengan you dah lama tak ada, cuma ada sedikit like you, but not as big as last time," kata aku lagi.
"Takpe Noah, you may reject me today, but I'm not gonna give up," kata Naim sendu. Aku menatap sayu, sorry Naim, aku still suka Haikal, cuma aku terlalu ego untuk ungkap depan Haikal.
"But can I kiss you, Noah? On your lips maybe boleh buat cinta you datang balik," kata Naim. Aku teragak-agak untuk setuju dengan permintaan Naim. Aku mengangguk setuju, maybe betul kata Naim, lagipun Haikal akan kahwin tak lama lagi, takkan nak aku single forever because of him, no man.Naim mula mendekatkan wajahnya ke arah aku. Aku pejam mata, sebenarnya aku tak terima ciuman orang lain selain Haikal. Belum sempat Naim mendaratkan ciumannya ke bibir aku,
"NOAH!" Aku dengar teriakan memanggil nama aku. Aku mula sedar, dan lihat Haikal berlari ke arah kami berdua. Dia mendorong Naim hingga jatuh ke atas tanah dan menumbuk muka Naim bertubi-tubi. Naim tak balas pukulan Haikal.
"Haikal, dah la, kau nak mampuskan anak orang ke?" aku cuba meleraikan pergelutan mereka.
"You diam!" Haikal bentak aku. Aku terkejut, aku tak pernah tengok dia marah macam ni.
Mereka yang dalam rumah mula keluar tengok keributan yang berlaku."Haikal, stop!" Amirul tarik Haikal jauh dari Naim.
"Lepaskan aku, Mirul, dia ni memang dah melampau, dia cium hak aku!" kata Haikal, menahan tangisannya.
"Tapi dia sepupu kau, Haikal. Kau nak jadi pembunuh ke? Aku taknak ada pembunuh dalam rumah aku, kalau nak bunuh orang sangat, pergi tempat lain, and sekarang aku nak kau blah dari rumah aku sebelum aku seret kau paksa," kata Amirul dengan kesal.
Aku mula rasa pening dan nak pitam, aku melangkah masuk ke dalam rumah untuk rehat. Belum sempat beberapa langkah, aku pengsan.
"OMG Noah!" Bob sambut aku yang kini dah pengsan, dan gelap pandangan aku.
"Sayang, tahan, I bawak you pergi hospital," kata Haikal, terus angkat Noah untuk bawa ke hospital yang dekat.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...