Chapter 58

31 2 0
                                    

Empat bulan telah berlalu sejak aku dihalau oleh papa Haikal. Kini, aku sudah tamat belajar dan hanya menunggu untuk memulakan latihan industri sebelum akhirnya bergelar graduan. Aku masih mencari tempat untuk intern dan sedang mempertimbangkan untuk memohon di syarikat tempat Naim bekerja. Kini, aku tinggal bersama Naim, yang sentiasa melayani keinginan aku sepanjang kehamilan ini.

Pada suatu malam, pukul 2 pagi, aku mengetuk pintu bilik Naim untuk mengejutkannya. Tiba-tiba, aku teringin sangat makan buah mangga masam dengan kicap, gula, dan sepotong cili padi. Naim membuka pintu dengan wajah separa sedar, kelihatan sangat penat.

"Ye Noah, baby nak apa malam ni?" tanyanya perlahan.

"I nak makan mangga. Tadi I nampak pokok mangga dekat depan guard house, buah dia lebat," kataku, berharap dia akan mengambilkan buah tersebut untukku.

"Noah, esok I belikan mangga untuk you, okay? Now, you kena tidur dulu," balas Naim dengan nada lembut.

Aku kecewa mendengar jawapannya. Dengan wajah sedih, aku memuncungkan bibir dan berjalan perlahan ke bilik sambil menahan tangis. Namun, tidak lama selepas itu, Naim terdengar esakan aku dan segera berubah fikiran.

"Okay-okay, sorry. I siap kejap," katanya, membuatku sedikit lega.

Tak lama kemudian, aku melihat Naim sudah berpakaian lengkap dengan hoodie, dan dia kelihatan sangat menawan. "I nak ikut boleh?" tanyaku berharap.

"No, you stay je kat rumah, okay?" jawabnya tegas. Namun, aku membuat wajah kecewa, dan Naim akhirnya mengalah.

"Yelah-yelah, you boleh ikut. Tapi kalau buat muka macam tu lagi, I kiss terus pipi you tu," katanya sambil mencubit pipiku. Aku hanya tersipu malu, wajahku memerah mendengar ucapannya.

Kami berdua akhirnya tiba di depan pokok mangga. Naim memanjat pokok tersebut dan mengambil beberapa biji mangga, lalu melemparkannya ke arahku. Namun, ketika dia masih di atas pokok, dia tiba-tiba mula menepuk badannya.

"Aduh, aduh! Bodoh punya kerengga!" jeritnya, membuatku risau.

"Naim, you okay ke?" tanyaku cemas.

"I okay je. Jap, I turun," jawabnya. Setelah turun, aku melihat tangan dan kakinya penuh dengan bintik-bintik merah akibat gigitan kerengga. Rasa kasihan menyelubungi aku.

"Naim, banyak ni you kena gigit! Jom naik atas, kesian la tengok," kataku, hampir menangis melihat keadaannya.

"Eh, takpe. Sikit je ni," balasnya cuba menenangkan aku.

"No! Naik atas sekarang. I nak sapu cream kat kulit you," kataku tegas sambil menarik tangannya masuk ke rumah.

Di rumah, aku menyapu ubat gatal pada kawasan yang digigit kerengga. "Thanks," ucapnya sambil tersenyum ke arahku.

Aku melihat wajahnya yang lega dan bertanya, "You betul ke kawasan ni je kena? Bahagian tu tak kena?" tanyaku sambil menunjuk ke arah celananya.

Muka Naim serta-merta menjadi merah. "Takpe, biar I yang sapu nanti," katanya cepat-cepat menolak.

Aku hanya mengangkat bahu, tidak mahu memaksa. Setelah selesai, aku pergi ke dapur untuk mengambil mangga yang sudah dipetik oleh Naim. Aku mengupas dan memotong buah tersebut, lalu memanggilnya.

"Naim, I dah siapkan mangga ni. Jom makan sekali," ajakku.

Dia datang ke meja makan, dan kami berdua menikmati buah mangga itu bersama-sama. Selepas selesai makan, aku mengemas semula dapur, sementara Naim duduk memerhatikanku.

"You ingat kan esok ada appointment dengan doktor?" ingatkan Naim.

"Hmm," balasku ringkas sambil berjalan ke arah bilik untuk berehat. Sebelum masuk, aku menoleh kepadanya. "Thank you, Naim. Baby dalam ni happy sangat," kataku sambil tersenyum kecil.

Naim membalas dengan senyuman lembut, wajahnya penuh kasih sayang. Aku tahu, walaupun hidupku sekarang tidak seperti yang aku rancang, aku tetap bersyukur kerana ada Naim yang selalu ada untukku.

What you waiting for Where stories live. Discover now