Chapter 1

386 4 0
                                    

Bab 1

"Wakey wakey, sayang, it's time to wake up. Bangun!!!" Alarm telefon aku berbunyi. Saja aku set guna suara boyfriend aku sebagai nada alarm, supaya ada semangat nak mulakan hari baru. Tapi... sekarang pukul berapa? Oh shit, aku dah lambat gila! Tengok jam, dah 7.30 pagi. I have morning classes!

Aku terus capai tuala dan bergegas ke tandas. Lepas mandi—ya, aku mandi lama sikit, dalam 10 minit—aku terus ke almari untuk ambil baju. Nasib baik aku jenis yang organize baju. Semua dah siap digosok dan tergantung, tinggal capai dan pakai je. Dalam keadaan kalut, aku turun ke bawah. Breakfast? Tak sempat, sebab jam dah tunjuk pukul 7.50 pagi.

"Angah, breakfast sekali dengan kami," ajak ayah, yang sedang duduk dengan mak sambil sediakan sarapan pagi. Bau dia buat aku rasa lapar gila, tapi masa tak izinkan.

"Sorry, Yah, Angah dah lambat. Nak kena gerak sekarang. Bye, Yah, Ma!" Aku sempat salam tangan mereka sebelum keluar rumah tergesa-gesa.

"Omg, mana bas ni?" Aku bercakap sendiri sambil menunggu. Lepas 15 minit, bas pun sampai. Aku naik bersama penumpang lain dan bas bergerak ke destinasi. Sebenarnya aku ada lesen memandu, tapi aku kurang yakin nak drive. So, aku pilih public transport je—boleh jimat, dan kononnya nak tolong environment juga.

10 minit perjalanan, akhirnya sampai juga aku di kolej. Masuk ke bangunan fakulti, aku nampak pintu lif hampir tertutup.

"Please, hold the door!" Aku jerit kepada orang dalam lif.

Tiba-tiba adrenaline aku naik bila nampak siapa yang tahan pintu untuk aku. Naim. Crush aku!

Okey, aku cerita sikit pasal Naim dan kenapa aku boleh suka dia.

Masa orientasi kolej dulu, aku dan Naim satu kumpulan. Masa tu aku tak rasa apa-apa pun dekat dia. Tapi, semuanya berubah masa aktiviti terakhir orientasi. Ada sesi tour fakulti, dan bangunan fakulti kami ni tinggi, ada 10 tingkat. Fasi larang kami guna lif, jadi semua orang kena panjat tangga.

Entah macam mana, aku rasa nak pengsan masa tu. Aku rebah, dan yang sambut aku... Naim. Masa tu jugalah aku rasa jantung aku berdegup kencang. Sejak hari tu, aku tak boleh berhenti fikirkan dia.

What you waiting for Where stories live. Discover now