Chapter 63

45 2 0
                                    

Setelah tiba di hospital, ayah segera mencari bantuan. "Cik, tolong! Anak saya dah nak bersalin," katanya kepada seorang jururawat. Beberapa jururawat segera membawa stretcher dan membawa Noah ke bilik kecemasan.

Noah mula menjerit kesakitan. "Cik, sabar, cik," kata salah seorang jururawat, cuba menenangkan Noah.

Ayah, yang terlihat cemas, menahan salah seorang jururawat yang ingin masuk ke bilik Noah. "Cik, boleh ke saya teman anak saya di dalam?" tanyanya, risau dengan keadaan Noah.

"Maaf, encik. Dalam situasi kritikal macam ni, tak ada sesiapa dibenarkan menemani pesakit. Tapi jangan risau, kami akan buat yang terbaik untuk menyelamatkan anak encik dan membawa cucu encik ke dunia," balas jururawat itu sebelum berlalu pergi.

Ayah kembali ke ruang menunggu dan duduk di sebelah mama, yang sudah menangis sejak tadi. "Bang, saya risau la dengan Noah," kata mama sambil mengelap air matanya.

"Takde apa-apa, sayang. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja," balas ayah, cuba menenangkan isterinya.

"Patut ke kita bagitau Haikal, bang?" soal mama lagi.

"Buat masa sekarang jangan dulu. Kita tak nak dia rushing datang ke sini," jawab ayah, mengusap wajahnya sambil berdoa agar anak dan cucunya selamat. "Jangan lupa call Along dan packing barang-barang Noah, bawa ke sini," tambah ayah lagi. Mama segera menghubungi Along untuk memberitahunya apa yang berlaku.

Setelah 40 minit Noah berada di bilik pembedahan, akhirnya tangisan bayi yang dinanti selama 9 bulan kedengaran. Mama dan ayah Noah terkejut mendengar suara tangisan itu. Mama segera menangis terharu sambil memeluk ayah.

"Syukur, bang. Anak kita dah selamat lahirkan cucu kita," kata mama dengan penuh emosi.

"Tahniah, encik dan puan. Anak anda telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki," ucap doktor sambil tersenyum. Namun, wajah doktor berubah sedikit serius. "Tapi," sambungnya, "anak encik berdua kehilangan banyak darah semasa kami mengeluarkan bayi. Sekarang, Cik Noah telah dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Jangan risau, kami yakin dia seorang yang kuat. Dalam beberapa jam lagi, mungkin dia akan sedar," jelas doktor.

"Boleh kami tengok anak kami, doktor?" soal ayah.

"Buat masa sekarang, pelawat dilarang masuk ke ICU. Tapi encik dan puan boleh melihat dari luar bilik sahaja," jawab doktor.

"Kalau nak tengok cucu kami, boleh ke doktor?" tanya mama pula.

"Boleh, puan. Ikut sahaja jururawat yang menjaga bayi," balas doktor sambil tersenyum. "Sekali lagi, tahniah," katanya sebelum berlalu pergi.

"Maaf, tuan dan puan. Kalau nak tengok baby, boleh ikut saya," kata seorang jururawat dengan ramah.

Mama dan ayah mengikuti jururawat tersebut ke bilik bayi. "Ini dia," kata jururawat sambil menghulurkan bayi kecil itu kepada mama.

"Terima kasih, nurse. Hi, baby. Ni grandma," kata mama dengan suara lembut sambil mengusap wajah bayi itu dengan penuh kasih.

"Bang, tengok ni. Dia ikut muka Noah, tapi hidung dia mancung ikut ayah dia," kata mama teruja sambil tersenyum.

"Meh, sini atok pula nak dukung," kata ayah Noah sambil mengambil bayi itu dari mama. Dia mendukung cucunya dengan penuh kasih sayang.

"Ala, sayang cucu atok ni. Nanti kita pergi tengok papa awak, ye," kata ayah dengan suara serak, menahan sebak. Tangannya mengusap lembut bayi itu, penuh syukur atas kehadiran cucu sulung mereka.

What you waiting for Where stories live. Discover now