Chapter 17

36 2 0
                                    

Selepas 20 minit memandu, kami tiba di sebuah tempat yang bagi aku cukup mewah, tapi bagi Haikal mungkin biasa saja untuk makan tengah hari. Tempat ni bukan calang-calang—Four Seasons Hotel! Aku rasa Haikal ni dah hilang akal ke apa? Dia selalu buat kejutan macam ni, dan aku tak selesa. Takut orang salah sangka aku ni kikis kekayaan dia.

"Hi, sir. Welcome to Four Seasons Restaurant. Do you have a reservation?" tanya pekerja restoran dengan sopan.

"Yes, I've made a reservation under Mr. Haikal," jawab Haikal santai.

"Okay, sir, let me check," lelaki itu memeriksa sistem sebelum mengangguk. "Alright, Mr. Haikal, please follow me to your table."

Kami mengikut lelaki itu menuju ke meja yang ditempah Haikal. Terpegun aku bila sampai—meja kami menghadap pemandangan KLCC. Memang cantik gila!

"Here is the menu, sir. If you're ready to order, just call one of us," kata pekerja itu sebelum berlalu pergi.

"So, you nak makan apa?" tanya Haikal sambil memandang aku.

"I tak tahu la. You order je untuk I. Apa-apa yang you pilih, I makan," jawab aku sambil usap tangan dia. Saja nak tunjuk sweet. Kahkahkah!

"Okay, sayang. Excuse me, waiter!" Haikal panggil pelayan untuk buat pesanan.

"Yes, sir. Ready to order?" tanya pelayan.

"Ya, for starters, mushroom soup. For main course, sirloin steak and rib-eye, both medium-well. Dessert, chocolate brownies, but serve it after the main course. Drinks, two Coke Zero and plain water. That's all for now," kata Haikal dengan yakin.

"Alright, sir. If you'd like to add anything, just let us know." Pelayan itu tersenyum sebelum berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan tiba. "The food looks amazing! But wait, I need to take a picture first." Aku cepat-cepat ambil gambar makanan. Haikal sabar je tunggu.

"You taknak ambil gambar I sekali ke?" tegur Haikal sambil tersenyum.

Aku tersengih—dia tak tahu aku dah ambil gambar dia secara senyap-senyap tadi. Jangan risau, sayang, gambar tu memang cun!

Kami mula makan dalam diam, menikmati makanan masing-masing. Steak tu memang juicy, dan gravy dia sangat sedap. Dalam hati aku bersyukur ada orang macam Haikal—dia tahu aku suka makanan, dan dia bawa aku ke tempat yang hidangkan makanan terbaik.

"Sayang, I tahu makanan ni sedap, tapi jangan la comot sangat makan," tegur Haikal sambil gelak kecil. Dia ambil napkin di sebelahnya dan lap kesan gravy di bibir aku.

"Cute," puji dia sambil tersenyum manis.

Selepas habis main course, Haikal pesan chocolate brownies untuk dessert. Aku tengah seronok menikmati brownies tu bila tiba-tiba Haikal keluarkan kotak kecil dari poket dia.

"Noah, I tahu ini mungkin mendadak, tapi I nak hubungan kita kekal selamanya. I nak hidup dengan you sampai bila-bila. Kita boleh ada anak, berapa pun you nak, I tak kisah. Kita boleh bina keluarga yang sempurna. You belong with me, baby. So, Noah..."

Aku terkejut, tak percaya apa yang sedang berlaku. Haikal betul-betul tengah melamar aku! Dia bangun dari tempat duduk dan melutut di hadapan aku. Orang sekeliling semua terpinga-pinga, ada yang bersorak, ada yang rakam video. Staff restoran pun tak terkecuali, semuanya memerhati situasi yang tiba-tiba romantis ni.

"So, Noah, will you marry me? Kalau you tolak pun, at least ambil cincin ni sebab semua orang tengah tengok. Tapi, I nak jawapan you," kata Haikal sambil pandang aku penuh harapan.

Aku terlalu terkejut untuk berkata apa-apa, hanya mampu angguk kepala dengan agresif. Aku hulurkan jari, dan Haikal sarungkan cincin tu—perfectly fit! Cantiknya cincin ni, dan hari ni memang hari yang aku takkan lupa.

Lepas sarungkan cincin, Haikal berdiri dan memeluk aku erat. Aku balas pelukan dia sambil rasa terharu.

"Thank you, sayang. I love you," bisik Haikal sebelum cium pipi aku.

Aduh, rasa nak pengsan terus!

What you waiting for Where stories live. Discover now