Selepas keluar dengan Haikal, aku akhirnya tiba di rumah. Fuh, penat betul keluar dengan dia hari ni. Entah macam mana, Haikal boleh merajuk pula hari ini. Aku perasan sejak kebelakangan ini, dia makin berubah—jadi lebih manja dan sensitif. Tapi tak mengapalah, aku suka versi baru Haikal yang tak lagi baran dan memaksa seperti masa mula-mula kenal dulu.
Aku melangkah masuk ke rumah dengan senyum lebar terbayang kejadian lucu di rumah Haikal tadi. "Kau ni dah kenapa tersengih-sengih sorang-sorang?" suara Along tiba-tiba menyapa. Aku tersentak seketika, "Eh, mana ada. Tu imaginasi Along je," jawabku sambil buat muka selamba.
Along ketawa kecil. "Eleh, yelah tu. So, macam mana perkembangan dengan Haikal?" tanyanya penuh ingin tahu. Aku tersenyum kecil. "Hmm, tak ada apa sangat pun. Tapi lately dia manja gila dengan aku, tak macam sebelum ni. Angah cerita kat kau jugak, kan?"
"Baguslah tu. Mungkin dia dah selesa dengan kau. Sebab tu dia makin manja," kata Along sambil tersengih. Aku hanya mengangguk. "Kau ni, Along, asyik sibuk pasal kisah cinta aku je. Kau tu macam mana? Dah jumpa pengganti ke belum? Lama sangat ni, teringin jugak nak rasa nasi minyak kau. Tak sabar nak ada anak buah comel-comel," aku mengusik.
Along ketawa sambil menggeleng kepala. "Eh, kau ni sibuk je. Aku abang kau, mestilah nak tahu kau okay ke tak. Nanti Fahmi balik, aku soal dia jugak," katanya. Aku tersengih mendengar jawapan Along sebelum menyambung, "Pape je la, Long. Aku nak tidur kejap, letih lepas makan nasi beriani tadi. Malam ni kena fresh."
"Oh, kau nak ke mana malam ni?" tanya Along lagi. Aku menjawab sambil berjalan ke bilik, "Malam ni ada event kat rumah Haikal. Parent dia buat majlis sempena ulang tahun syarikat ayah dia dan anniversary perkahwinan mereka. Okay, no more questions. Bye, Long."
Sebelum masuk bilik, aku teringat nak tanya. "Eh, by the way, mana Papa dengan Mama?"
"Dorang pergi rumah Mok Teh. Nenek ada kat sana, jadi Papa melawat mak dia," jawab Along. Aku pelik kenapa Along tak ikut. "Habis tu, kenapa kau tak ikut?"
"Malaslah aku. Jumpa makcik-makcik tu rimas. Asyik tanya bila nak kahwin, pastu nak jodohkan aku dengan anak kenalan dorang. Eeee, tak nak aku. Dah, macam kau cakap tadi, no more questions," katanya sambil menghidupkan TV. Aku mengangkat bahu, malas nak melayan, dan terus masuk bilik.
Setelah merebahkan diri di atas katil, aku teringat nak mesej Haikal. Aku cepat-cepat hantar mesej beritahu dah sampai rumah. Tak lama kemudian, dia membalas, dan kami berbual sekejap sebelum aku beritahu nak tidur sekejap. Tapi tiba-tiba aku ternampak mesej lama dari Naim yang aku terlepas baca tadi. Dah terbuka chat tu, jadi aku balas pendek, "Ye, nak apa?" Lepas tu, aku tutup telefon dan terus tidur.
Sedang aku lena, telefon berbunyi. Aduh, siapa pulak yang call ni? Aku biarkan saja sampai panggilan mati sendiri. Baru nak sambung tidur, telefon berbunyi lagi. Aku mengeluh, geram. "Siapa yang sibuk sangat call ni?" Aku ambil telefon dan tengok nama pemanggil—Naim. Aku ragu-ragu nak jawab, tapi akhirnya aku angkat juga.
Perbualan telefon:
Aku: Err, hi Naim. Kenapa call ni?
Naim: Akhirnya awak angkat jugak. Lama saya tunggu sejak kita jumpa hari tu.
Aku: Hehe, sorry. Tadi busy sikit, tak sempat tengok telefon. (padahal tipu je)
Aku: So, ada apa ye call saya ni?
Naim: Sebenarnya saya nak ajak awak lunch esok, maybe lepas kelas. Free tak?
Aku: Eh, kenapa tiba-tiba nak ajak lunch?
Naim: Saja nak ucap terima kasih sebab tolong saya pagi tadi.
Aku: Hmm, macam mana eh... hahaha.
Naim: Orang tanya, dia gelak pula. Kalau tak free, takpelah. Maybe next time?Aku keliru nak jawab. Ini peluang untuk keluar dengan crush, tapi kalau Haikal tahu, mampus aku!
Aku: Ouh, esok tak free sangat. Maybe lain kali je lah, okay?
Naim: Okay, takpe. Saya letak dulu ya.
Aku: Okay, bye!
Naim: Bye, sayang!Aku terkedu. Betul ke aku dengar tadi? Dia panggil aku sayang? Aduh, mixed feelings betul. Tak lama kemudian, aku dapat mesej dari Naim: "If you dengar tadi, sorry." Aku balas pendek, "Haha, it's okay."
Jam dah pukul 6:30 petang. Ada satu jam setengah lagi sebelum majlis Haikal. Aku keluarkan tuxedo dari almari. "Hmm, apa reaksi Papa, Mama, dengan Along nanti tengok aku pakai macam ni?" aku bercakap sendiri sambil bersiap. "Okay, time to shower and get ready," aku ambil tuala dan terus ke bilik air.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...