Pertemuan yang Menyakitkan
Aku dan Naim tiba di Pavilion, tempat di mana aku pernah menjalani first date dengan Haikal. "So, you nak makan dulu ke, atau terus shopping?" tanya Naim sambil tersenyum. Aku hanya angkat bahu.
"Ikut you la, I follow je," jawabku.
"Kalau macam tu, kita makan dulu," cadang Naim sebelum membawa aku ke food court.
Semasa menunggu Naim mengambil pesanan, aku terpandang sosok seseorang yang sangat familiar, tapi dia membelakangi aku. Tak mungkin itu Haikal... aku cuba mengusir fikiran itu. Naim tiba-tiba datang dengan dua pinggan sizzling yee mee.
"Let's eat!" ajak Naim. Namun, dia terus makan tanpa meniup mee yang panas itu dan akhirnya tersedak. Aku segera hulurkan air mineral.
"Thank you," katanya, sambil tersengih malu. Aku hanya menggeleng kepala, tertanya-tanya kenapa dulu aku boleh ada crush pada dia. Uncrush baliklah, Noah!
"You ni cuba la tiup makanan tu dulu. Lidah you dah burn tu," tegurku.
"Hehe, sorry. I lapar sangat tadi, I even skipped breakfast," balasnya, sambil tersenyum awkward.
Selepas makan, Naim mengajak aku ke JD Sports untuk cari jersey dan kasut sukan. "You rasa yang ni lawa ke yang ni?" dia meminta pendapatku sambil menunjukkan dua pasang kasut. Aku menunjuk kasut di tangan kanannya.
"Yang ini. Lebih cantik," jawabku.
"Okay, nice. I pun rasa yang ni lawa. Thanks," katanya, sebelum mencuba kasut tersebut. Tapi tiba-tiba fikiran aku melayang kepada Haikal. Dia juga suka membeli kasut sukan dan kasut bola.
"Okay, jom bayar. Semua yang I nak dah cukup," kata Naim sambil menuju ke kaunter. Aku bergurau, "You tak nak belanja I satu ke?"
"Eh, why not? You nak apa? Sneakers? Sport shoes? Just name it, I belanja," balas Naim dengan semangat.
Aku ketawa kecil. "Hahaha, gurau je. Janganlah serious sangat."
Naim nampak kecewa. "Okay, next time I offer lagi, you tak boleh tolak," katanya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum, dan kami meninggalkan kedai.
Semasa berjalan melalui sebuah butik mewah, aku sekali lagi terlihat sosok familiar itu—dan kali ini, aku yakin. Itu Haikal, bersama seorang perempuan. Perempuan itu sedang merangkul lengannya, dan Haikal membelai rambutnya dengan lembut. Hati aku terus sakit, mata aku mula berkaca.
"Haikal..." nama itu terluah dari mulutku, bersama rasa perit di dada. Sakit yang mendalam, walaupun tak berdarah.
Haikal perasan kehadiran aku. Dia segera melepaskan rangkulan perempuan itu dan cuba mengejarku. "Noah!" jeritnya.
Aku spontan menggenggam tangan Naim. "Jom balik. I can't stay here," pintaku dengan suara bergetar. Naim, walaupun keliru, ikut membawa aku ke parkir motor.
"Hey, Noah, what's wrong? Kenapa tiba-tiba you menangis? You demam ke?" tanya Naim lembut, cuba mencari jawapan.
Aku hanya terus menangis. Ini sebabnya Haikal elak aku selama seminggu. Bodohnya aku, habiskan seminggu fikirkan dia, sedangkan dia tak peduli pun tentang aku.
Tiba-tiba, suara Haikal bergema. "Noah! Let me explain. This isn't what you think. Please, dengar I dulu!" Dia menghampiriku, cuba memegang tangan aku, tapi aku menepis.
"No! Tak ada apa yang nak dijelaskan, Haikal. Semuanya dah jelas. I nampak sendiri kau dengan perempuan tu. Kau ingat aku bodoh ke?" Suara aku pecah bersama tangisan. Aku dah tak mampu bersabar lagi.
"Noah, please dengar dulu. Jangan jadi budak-budak macam ni," balas Haikal, cuba mempertahankan dirinya.
"Budak-budak? Aku ke yang budak-budak, atau kau? Kau tinggalkan aku tergantung lepas malam tu, tak balas mesej aku, tak jawab panggilan aku. Siapa yang budak sebenarnya? Kau memang fucker, Haikal. I hate you!" Aku memukul dadanya sambil menangis teresak-esak.
Haikal hilang sabar. Dia menarik aku dengan paksa, cuba membawa aku pergi bersamanya. Aku melawan, lalu meminta pertolongan Naim. "Naim! Tolong I!"
Naim segera menghampiri kami dan melayangkan tumbukan ke pipi Haikal. Haikal, seperti yang aku jangka, membalas tumbukan itu, dan pergelutan berlaku. Aku panik, tak tahu nak buat apa. Tapi dalam hati, aku puas Haikal rasa sakit, walaupun takkan sama dengan sakit yang aku rasa.
Aku lari mencari pengawal keselamatan untuk meleraikan pergaduhan. Perempuan yang bersama Haikal tadi muncul sambil menjerit, "Omg, get off my boyfriend!" Hati aku terus hancur mendengar perkataan itu.
Aku tarik lengan Naim. "Jom, kita pergi dari sini," aku berkata dengan nada hampir berbisik.
Naim ikut aku keluar dari situ, tapi sempat berkata kepada Haikal, "Kau ingat benda ni selesai macam tu je?" Haikal tak peduli dan terus menjerit, "Noah! I tak habis cakap lagi. Nanti I jumpa you kat rumah!"
Di parkir, Naim memasangkan helmet untuk aku. Air mata aku masih tak berhenti mengalir. Dia mengelap pipi aku dengan lengan bajunya, sebelum memeluk aku.
"Shhh, I'm here for you. Just cry it out. Nanti bila you okay, you'll come back stronger," kata Naim lembut, cuba menenangkan aku.
Aku naik ke motor dan memeluk Naim dari belakang, kepala aku rebah ke bahunya. Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu menangis. I'm not strong enough...
YOU ARE READING
What you waiting for
Novela JuvenilCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...