Chapter 26

95 2 0
                                        

Selepas beberapa minit pemanduan, kami tiba di restoran kegemaranku, Beriani Ipoh! Yes! Restoran ni memang selalu jadi pilihan aku waktu lunch, kadang-kadang dengan Bob dan Aliah. Sebenarnya, Bob yang mula kenalkan tempat ni kepada aku, dan sejak pertama kali cuba, aku terus jatuh cinta dengan ayam masak merah dorang. Love at first sight!

"You nak makan apa, baby?" soal Haikal sambil memandang aku.
"Macam biasa la. I pergi cari tempat dulu," balasku. Dia hanya mengangguk, dan aku terus bergerak mencari meja kosong. Tapi malangnya, semua meja dah penuh. Aku ternampak ada pelanggan yang baru selesai makan dan bangun dari meja mereka, jadi aku cepat-cepat menuju ke meja tersebut dan duduk.

Sambil tunggu Haikal bawa makanan, aku memerhati sekeliling dan nampak dia seperti mencari aku. Aku melambaikan tangan, cuba menarik perhatiannya, dan akhirnya dia perasan. Haikal berjalan menuju ke arah aku sambil membawa makanan.
"Here you go. I ambilkan you nasi beriani dengan ayam masak merah kegemaran you," katanya sambil meletakkan pinggan di hadapan aku.
"Thank you, Haikal," ucapku.
"Welcome, baby," balasnya dengan senyuman lebar.

Kami pun mula makan dengan tenang, masing-masing diam tanpa banyak berbual. Tiba-tiba, Haikal memanggil aku.
"Noah," katanya.
"Ye?" Aku pandang ke arahnya.
"Jangan lupa our event malam ni, okay? I nak you pakai baju yang kita ambil dari butik semalam. Mesti cantik gila you dalam suit tu, hehe," dia mengingatkan aku tentang dinner malam ni dengan keluarganya.
Aku hanya mengangguk perlahan.
"You jangan risau. Parent I tak makan orang punya. You tenang je, okay, Noah," katanya cuba menenangkan aku.

Eh, obvious sangat ke muka aku nampak cuak? Aku tertanya-tanya dalam hati.
"Ye, muka you memang nampak cuak pun," balas Haikal tiba-tiba. Eh, dia boleh baca fikiran aku ke?!
"No, I bukan ahli nujum ke ahli silap mata. Now habiskan makan kita, lepas tu kita balik, okay Noah?" tambahnya sambil tersenyum.
Aku hanya mengangguk dan sambung makan tanpa membantah.

"Arghhh, kenyangnya! Finally, craving satisfied!" aku mengeluh puas selepas sebulan tak dapat makan nasi beriani.
"You ni kalau kenyang pun cuba behave sikit. Tengok orang sekeliling semua pandang sebab you mengeliat tadi," tegur Haikal sambil geleng kepala.
Eh, lupa pulak kita ni masih dalam restoran. Aduh, Noah!
"Okay la, you. Jom balik. Malu pulak," balasku sambil menundukkan kepala sedikit.

"Tahu malu, eh? Okay, jom. I pun tak boleh lama sebab ada pre-celebration untuk anniversary ayah dan mama dengan siblings I yang lain," kata Haikal sambil mula bangun.
Aik? Kalau tahu dia ada plan lain, baik aku ajak dia makan ringan-ringan je tadi! Aduh, serba salah pulak.
"Aik? Kalau tahu I tak ajak you lunch heavy tadi. Better makan light-light je so you boleh makan dengan family nanti," balasku dengan rasa bersalah.
"It's okay, babe. It's just hi-tea. Tak big deal pun," balasnya, cuba memujuk.
"Oh, okay. Jom la, nanti you rushing pula," kataku.

Haikal mengangguk, dan kami pun menuju ke kereta untuk pulang.

What you waiting for Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang