Chapter 37

30 1 0
                                    

Kepulangan yang Menenangkan

Naim menghantar aku pulang ke rumah. Macam mana dia tahu rumah aku? Mestilah sebab aku yang bagi alamat. Setelah sampai, aku turun dari motor Naim, tapi dia juga tergesa-gesa turun.

"Naim, what are you doing? I don't need anyone to teman me for now," aku berkata, cuba memberi ruang untuk diri sendiri.

"No, bukan macam tu. Helmet you lupa nak bagi balik kat I," jawab Naim sambil menunjuk ke arah helmet yang masih di kepalaku.

Muka aku terus merah kerana malu. Aku cepat-cepat membuka helmet itu dan menyerahkannya kepadanya. "Btw, you betul ke okay ni?" tanya Naim lagi, nada suaranya penuh perhatian.

Aku hanya mengangguk perlahan, cuba menyakinkan dia yang aku okay walaupun jauh di sudut hati, aku tidak. Naim mengusap rambutku lembut, dan tanpa sedar, rasa berdebar seperti kali pertama kami bertemu kembali muncul. Butterflies? Why now?

Aku senyum kecil dengan rasa awkward sebelum mengucapkan selamat tinggal. Sebelum dia pergi, dia memeluk aku sekali lagi, dan kali ini aku membiarkannya. Naim akhirnya beredar, memandu motornya pulang.

Dengan langkah yang lemah, aku masuk ke rumah. Mama sedang menunggu di ruang tamu. Melihat wajahnya, aku rasa sebak. Aku mempercepatkan langkah dan terus memeluk mama, air mata aku kembali mengalir deras. Kali ini bukan dalam pelukan Naim, tetapi pelukan seorang ibu.

Mama mengusap rambutku dengan lembut. "Kenapa ni, sayang?" tanya mama dengan nada risau.

Aku hanya menggeleng, cuba menyembunyikan kesedihan aku. "Tak ada apa, Angah cuma rindu nak peluk mama," jawabku, cuba membohongi mama. Aku tahu dia tak percaya, tapi dia tak memaksa. Dia hanya memberi ruang untuk aku tenangkan diri dan menunggu aku bersedia untuk bercerita.

Aku naik ke bilik dan melihat sebuah bingkai gambar di sebelah katil. Gambar aku dan Haikal, wajah aku dalam gambar itu penuh dengan kebahagiaan. Namun kini, aku hanya mampu menatapnya dengan air mata yang terus mengalir tanpa aku sedari.

Aku memeluk bingkai itu erat, seolah-olah cuba meraih kembali kenangan indah yang pernah ada. Akhirnya, aku terlelap dalam tangisan. Mungkin esok mimpi ngeri ini akan berakhir.

What you waiting for Where stories live. Discover now