"Sayang, bangun." Suara seseorang mengejutkan aku. Aku membuka mata dan memandang Haikal yang berdiri di tepi katil.
"Sayang, saya ada masak untuk awak. Dari tengah hari awak tak makan, sekarang dah masuk petang. Makan sikit, okay?" katanya sambil memandangku. Aku melihat ke arah jam, sudah pukul 5 petang. Namun, aku masih tidak ada selera untuk makan.
"Takpe lah, kau makan je," balasku sambil menarik kembali selimut, berniat untuk sambung tidur.
Haikal menarik semula selimut itu. "Makanlah sikit, nanti perut masuk angin, awak juga yang sakit. Kesian kat baby, mama dia tak nak bagi dia makan," ujarnya sambil menghulurkan pinggan ke arahku, memberi tanda dia ingin menyuap aku.
"Aku boleh makan sendiri," kataku, mengambil pinggan itu darinya. Haikal mengangguk dan menyerahkan pinggan tersebut.
Namun, selepas beberapa suapan, perutku terasa tidak selesa, dan aku termuntah kembali makanan itu.
"Sayang, kenapa ni? Saya masak tak sedap ke?" soal Haikal, risau dengan keadaan aku.
"Tak, cuma aku tak boleh telan," balasku perlahan.
"Okay, takpe. Awak tunggu jap," katanya sambil keluar dari bilik. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan segelas susu.
"Sayang, ni saya belikan susu untuk awak tadi. At least minum sikit, okay?" ujarnya lembut sambil menyerahkan cawan itu kepadaku. Aku mengambilnya dan meminum sedikit, walaupun rasa loya masih ada.
"Takpe, sayang. Take it slow," Haikal berkata, cuba menenangkan aku.
"Sayang," panggilnya lagi. Aku hanya memandangnya tanpa menjawab.
"Sayang, saya nak minta maaf sangat dengan apa yang dah jadi antara kita," katanya dengan pandangan yang serius. "Sayang ingat tak malam kejadian anniversary parent saya?" sambungnya.
Aku hanya mengangguk perlahan. "Mana boleh tak ingat. Lepas malam tu, kau terus ignore aku. Tahu-tahu keluar dengan perempuan lain," balasku dengan nada memerli.
"Sayang, saya tahu saya salah. Saya sepatutnya terangkan semuanya malam tu juga," balas Haikal penuh penyesalan.
"Tapi tengoklah apa dah jadi. Sebab itu kita perlu berbincang, Haikal. Supaya tak ada salah faham macam ni. Tapi, at the end, aku juga yang kena mengalah dengan semua ni. Sudahlah, Haikal. Kau teruskan saja wedding kau tu," kataku dengan suara yang penuh kecewa.
Tanpa fikir panjang, aku berkata sesuatu yang membuatkan aku sendiri terkejut. "Sebab aku pun dah decide untuk gugurkan je budak dalam perut ni."
Haikal terdiam, wajahnya berubah seolah tidak percaya. "Awak dah gila ke, Noah?! Budak tu tak berdosa, Noah!" katanya dengan nada sedikit tinggi. "Awak dah lupa ke janji ayah dengan awak untuk jaga bakal cucu dia ni?" sambungnya lagi, suaranya penuh emosi.
"Saya sayangkan awak, Noah. Jangan pernah fikirkan idea gila macam ni lagi. Saya akan cuba rebut hati awak semula, dan kita akan besarkan anak kita bersama-sama," katanya sambil memelukku erat, mengusap kepalaku. Aku tidak dapat menahan air mata dan menangis dalam pelukannya.
Malam yang dijanjikan oleh Haikal pun tiba. Dia membawa aku ke rumah mama dan ayah untuk mengambil pakaian dan barang-barangku. Aku mula mengemas, dibantu oleh mama.
"Angah, jaga diri baik-baik kat rumah Haikal. Jangan susahkan dia. Jaga makan minum dia. Angah kena bersyukur sebab dia masih nak bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Mama boleh nampak keikhlasan dia untuk jaga angah dan bakal cucu mama. Dia akan jadi bapa yang baik untuk anak kamu nanti," kata mama, memberikan nasihat panjang lebar.
"Tapi perasaan angah ni, siapa nak jaga, mama? Dia nak kahwin dah dengan pilihan keluarga dia," balasku, kecewa.
"Mama tahu. Sebab itu mama nak tengok sejauh mana sayang dia pada angah. Mama tak nak tengok dia hanya bual kosong saja," balas mama, cuba menenangkan aku.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...