Aku mula mencelikkan mata selepas tidur yang panjang. Badan rasa lemah, aku hanya mampu menggerakkan tangan untuk betulkan posisi baring.
"Noah, kau dah sedar?" suara Bob menyapa. Aku angguk perlahan.
"Kau nak air?" tanya dia lagi.
Aku angguk lagi. Bob segera bangun dan ambilkan air masak, lalu hulurkan kepadaku. Aku minum perlahan.
"Jap, aku panggil doktor... Tapi sebelum tu, aku harap kau bersabar dengan apa yang doktor akan explain nanti. Sorry Noah... mulut aku ni masin sangat." Bob bersuara perlahan sebelum berlalu keluar.
Aku pelik dan makin risau. Apa maksud dia? Kenapa dia cakap macam tu? Apa yang aku kena hadap sekarang?
Tak lama lepas tu, aku dengar ketukan pintu.
Tok tok.
Pintu terbuka. Seorang doktor melangkah masuk.
Dia menghampiri aku dan letakkan stetoskop di dadaku. Buat pemeriksaan ringkas.
"Okay, Encik Noah. Saya Dr. Aiden, doktor yang jaga awak hari ni. Tapi sebelum tu, boleh saya tanya beberapa soalan?"
Aku hanya angguk.
"Sejak kebelakangan ni, awak ada rasa mual atau tak suka bau-bauan tertentu?"
Aku angguk perlahan. Ya... ada.
"Maaf kalau soalan ni agak sensitif, tapi... are you gay?"
Aku pandang doktor sekejap, sebelum mengangguk. Ya... aku gay.
"Soalan terakhir... awak pernah ada hubungan seks tanpa perlindungan?"
Soalan tu buat aku terkedu. Tiba-tiba semuanya terlintas kembali — minggu lepas... Haikal. Dia...
Aku tak mampu jawab. Diam.
"Sebenarnya saya sakit apa, doktor? Saya... saya kena kanser ke?" Aku tanya dengan suara cemas.
Dr. Aiden menggeleng.
"I'm so sorry to tell you this. Sebelum ni kita ada buat beberapa ujian darah, dan kami dapati... awak mengandung."
Aku terdiam. Terkejut. Kepala aku macam berhenti berfikir.
"Hah? Doktor ni lawak ke? Bukan bulan April kan ni?" aku ketawa sinis. Tak percaya.
Bob hanya menggeleng. Matanya sayu.
"No, saya tak bergurau. Ini gambar ultrasound. Janin dalam kandungan awak baru berusia seminggu dan masih sangat lemah. Saya nasihatkan Encik Noah untuk elakkan tekanan, demi kesihatan awak dan kandungan ni."
Doktor hulurkan kertas hitam putih — gambar ultrasound. Aku tatap lama. Tangan menggigil. Mata kabur.
"Itu sahaja yang saya nak maklumkan hari ni. Esok saya akan datang semula untuk periksa keadaan encik. Kalau semuanya okay, mungkin encik boleh discharge esok juga."
Doktor keluar.
Tinggal aku dan Bob.
Aku pandang Bob. Dia datang dekat dan terus peluk aku. Kuat.
"Sabar Noah... Baby tu tak salah. Yang salah sekarang ni Haikal. Dia dah buat benda kejam pada kau." Bob usap rambut aku.
"Macam mana aku nak hadap parents aku, Bob? Perut ni makin lama makin besar... Aku jijik, Bob... Jijik dengan diri sendiri..." suara aku teresak.
"Shhh... Doktor dah pesan, kau tak boleh stress. Aku tahu kau terkejut. Tapi kau kuat. Kau selalu kuat." pujuk Bob.
"Bob... Aku lapar lah... boleh tak kau belikan aku makanan?"
Bob tergelak dengar nada rengekku yang perlahan.
"Okay okay. Aku belikan. Kau rehat dulu, okay?" Dia bangun dan keluar.
⸻
Baru je aku nak pejam mata, pintu bilik terbuka lagi.
Aliah masuk dengan wajah penuh air mata. Dia terus berlari ke arah aku.
"Noah... I'm so sorry. Aku tak dapat protect kau sebagai kawan. Aku tak sangka Haikal sanggup buat semua ni... Maafkan aku, Noah. Kalau bukan sebab aku... korang pun tak kenal." Aliah menangis dan peluk aku erat.
"Aku kotor, Aliah..." suaraku perlahan, mata tak pandang dia.
"No... Kau tak kotor, Noah. Kau mangsa. Dia yang bernafsu binatang. Aku sumpah, aku harap dia akan tanggung semua yang dia dah buat."
Aku geleng kepala. "Takpe, Aliah. Aku akan lalui semua ni sendiri. Aku kan kuat."
Aku senyum... palsu.

ANDA SEDANG MEMBACA
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...