Selepas selesai makan malam, aku dan mama mula mengemas meja makan. Mama pula, seperti biasa, rajin menyibuk sambil berbisik di telinga aku, "You owe me an explanation, Noah."
What?! Jangan cakap mama dah boleh agak siapa Haikal sebenarnya. Hati ibu ni memang selalu betul, kan? Aku cuma tersenyum kelat sambil cuci pinggan.
Di ruang tamu:
Sementara itu, Haikal dan ayah kelihatan rancak berbual. Aku sempat menjeling dari dapur. "So, Haikal, kamu tinggal kat mana? Takpe ke balik lambat ni? Nanti parent kamu risau pula," tanya ayah, prihatin seperti biasa.
"Eh, takpe uncle. Saya tinggal area sini je, dekat-dekat. Lagipun, saya dah bagitau parent saya tadi," balas Haikal sopan.
Ayah angguk, kemudian tanya lagi, "Haikal ni anak tunggal ke? Uncle tak nampak adik-beradik lain tadi."
Belum sempat Haikal jawab, mama pula menyampuk sambil bawa dulang berisi empat cawan kopi. "Haikal ada sorang abang dan adik lelaki. Along dia tu kerja kat Sabah, biasanya balik hujung tahun. Adik dia pula sekolah asrama penuh. Jadi, tinggallah si Noah ni sorang-sorang kat rumah. Dia kata seronok jadi anak tunggal, takyah berebut apa-apa dengan adik-beradik lain. Hahahaha."
Mama gelak besar, dan Haikal ikut tergelak, tapi aku hanya buat muka. Sempat mama selitkan perli kat aku. Fakta pun, tapi still, mama ni pandai cucuk.
"Oh, yeke? Sorry la, auntie, kalau rasa macam menyibuk pula tanya-tanya pasal family ni," balas Haikal, sopan macam biasa.
Mama senyum, tapi sempat usik aku lagi. "Memang menyibuk pun!" Dia pukul peha aku perlahan. Aku buat muka tak puas hati.
"Ish, mama! Betul apa, kan?" aku menjawab sambil sengih. Haikal cuma geleng kepala sambil tengok jam di tangan. Yes, kau memang patut balik dah, Haikal.
"Kalau macam tu, auntie, uncle, saya gerak dulu la. Mak saya pun dah text tanya saya kat mana," kata Haikal sambil bangun.
"Oh, okay. Terima kasih sudi makan malam dengan kami. Jangan segan-segan datang lagi, tau," mama sempat pesan.
"Insyaallah, auntie. Saya datang lagi, kalau Noah jemput," balas Haikal sambil senyum lebar, sempat lagi usik aku.
Haikal salam ayah dan mama, dan aku pula diarahkan ayah, "Noah, pergi teman Haikal sampai kereta. Jangan malas!"
Di halaman rumah:
"Thanks sebab kenalkan I dengan parent you and for the dinner," kata Haikal sambil senyum, tapi aku tahu dia sebenarnya excited.
"Eh, jangan salah faham. Bukan I yang kenalkan you. Ayah yang jumpa you kat luar, okay?" Aku balas sambil mata aku jeling telefon dia yang asyik berbunyi.
"Hahaha, salah I juga kot sebab tak pernah nak kenal family you. Tapi takpe, ni peluang I, kan? Okay la, mommy I call lagi. I gerak dulu. Nanti sampai I text you, okay? Bye, sayang. Muahhh!" Haikal sempat buat flying kiss sebelum masuk kereta.
Aku cuma geleng kepala sambil tengok kereta dia berlalu pergi. Drama betul mamat ni. Aku terus masuk rumah dan naik ke bilik.
Di bilik:
Arghh, penatnya hari ni. Kalau boleh, aku nak rehat je sepanjang malam ni. Lepas mandi, aku terus capai towel dan ke bilik air.
Dalam 10 minit, aku dah selesai mandi. Selepas sarung baju tidur, aku baring atas katil sambil scroll TikTok. Esok weekend, so why not aku layan video lawak kejap, kan?
Masa scroll, aku perasan ada 30 DM dari Bob—seriously, dia ni tak ada kerja lain ke? Aku abaikan je dan terus scroll.
Tak sedar, aku akhirnya tertidur dengan telefon masih menyala. Aku tahu esok pagi, mesti ada banyak benda aku nak kena jawab. Tapi, malam ni, biarlah aku rehat dulu.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...