Chapter 32

27 1 0
                                    

Aku Memasuki Dewan Hotel

Aku melangkah masuk ke dewan hotel, tangan masih erat digenggam oleh Haikal. Dah beberapa kali aku cuba melepaskan genggaman itu, tapi Haikal tetap tak mahu melepaskan. Genggamannya terlalu kemas, buat aku rasa mustahil nak lari. Mata aku melirik ke sekeliling, dan aku perasan beberapa orang sedang memandang kami berdua.

"Haikal, boleh tak you lepaskan tangan I? I tak selesa la. Semua orang tengah tengok," aku berbisik perlahan, cuba menyedarkan dia.

"Nope," balas Haikal ringkas.

"You tengok la sekitar kita. Semua tengah pandang kita," aku cuba lagi meyakinkannya. Kali ini, Haikal memandang orang-orang yang memerhatikan kami.

"Apa tengok-tengok? Aku ada hutang dengan korang ke?" katanya berseloroh, buat aku hampir nak menepuk dahi. Aku memukul lengannya ringan.

"Apa la you ni cakap macam tu. Kalau tu staff ayah you, nanti dorang ingat anak Dato' Azman ni tak reti hormat orang," aku membalas, separuh berbisik. Haikal hanya mengangkat bahu, tak ambil pusing, dan terus membawa aku ke meja tempat kami akan duduk.

"Hi Kak Syaz, Kak Sophie," Haikal mula menyapa dua orang wanita yang sudah berada di meja itu. Aku memandang mereka—wow, cantiknya kakak-kakak Haikal ni, seperti model.

Kak Syaz, kakak sulungnya, memandang ke arah aku dengan senyum kecil. "So, siapa ni, Haikal? Siapa yang kau bawak ni?" soalnya dengan nada ingin tahu.

"Oh, sorry. This is Noah, my boyfriend," kata Haikal, memperkenalkan aku. "And Noah, these are my sisters, Syaza and Sophia." Aku mengangguk sopan sebelum bersalam dengan mereka.

"He's cute and handsome. Kinda reminds me of Harry Styles," puji Sophia, membuatkan muka aku terus memerah.

"Thanks, I'll take that as a compliment," balasku, cuba mengawal rasa malu.

Aku mengambil tempat duduk di meja. Haikal duduk di sebelah kanan aku, sementara di sebelah kiri aku pula ialah suami Kak Syaz, Andrew—seorang mat salleh. Fikiranku terus terbayang, mesti anak mereka comel, ada darah kacukan!

"Kak Syaz, mana Rayyan? Tak bawa sekali ke?" soal Haikal, merujuk kepada anak buahnya yang baru berusia enam bulan.

"Oh, ada je. Dia dengan grandpa and grandma. Eh, korang makan dulu," balas Kak Syaz, tersenyum.

Haikal memandang aku. "You nak makan apa? Biar I ambikkan."

"Anything. You ambik je apa-apa," jawabku malas, membiarkan Haikal membuat keputusan. Dia bangun dan pergi ke meja buffet. Aku hanya duduk sambil memandang sekeliling, cuba menenangkan diri.

Beberapa minit kemudian, Haikal kembali ke meja dengan membawa dua pinggan penuh makanan. Tapi dia tak datang seorang diri. Bersama dia, ada seseorang yang sangat familiar.

Aku terkejut besar—orang yang Haikal bawa ialah Naim. Mata aku terbeliak memandangnya.

"Sayang, kenapa muka you macam nampak hantu?" Haikal memandang aku dengan dahi berkerut.

Aku hanya menggeleng, cuba menyembunyikan keterkejutanku. Tapi mata aku terus fokus kepada Naim.

"Oh, sorry, I lupa nak kenalkan. This is Naim, my cousin," kata Haikal dengan santai. Aku rasa dunia aku hampir runtuh. Naim... cousin Haikal?! Apa kebetulan pelik ni?!

"And Naim, this is Noah, my boyfriend," sambung Haikal, dengan penekanan pada perkataan boyfriend. Aku terkejut, tak sangka dia berani mengaku begitu terang-terangan.

Naim nampak terkejut seketika, tapi segera menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut salamnya, walaupun dalam hati rasa tak keruan. Tapi Naim tak mahu melepaskan tanganku, dan Haikal nampak tak selesa. Dia menarik tanganku perlahan, dengan wajah yang mula kelihatan tegang.

"Okay, cukup. Maybe you boleh join makan sekali dengan kita kalau kau tak tau malu," kata Haikal, dengan nada sarkastik.

"Oh, yeah, sure. Lagi pun semua tempat nampak penuh je," balas Naim sebelum duduk di sebelah aku. Situasi terus terasa janggal.

Naim tiba-tiba berbisik kepada aku, "We meet again, Noah."

Sial. Apa yang sedang berlaku ni?

What you waiting for Where stories live. Discover now