Aku berjalan ke arah langsir untuk buka, tapi tiba-tiba aku rasa macam ada seseorang tengah menyorok belakang langsir tu. Tapi aku abaikan perasaan tu, sebab aku fikir mungkin aku je yang overthinking. "Ah, takde apa-apa ni," kata aku dalam hati. Tapi tiba-tiba, BOOM, Haikal keluar dari belakang langsir tu sambil menjerit, "WAHHHH!" Aku terkejut gila, tapi instead of melatah atau melompat, aku kaku kat situ.
"Baby, tak terkejut ke?" Haikal ketawa sambil tengok aku, tapi aku dah rasa nak menangis. Aku tak suka langsung gurauan macam ni. Memang bagi dia itu lawak, tapi bukan bagi aku. Aku pusingkan badan, malas nak pandang dia, dan terus berjalan nak keluar bilik. Tapi sebelum aku sempat, Haikal dah peluk aku dari belakang.
"Shh, shh... Maafkan I, okay, sayang? I tak sangka you tak suka gurauan macam tu," dia cakap sambil usap rambut aku. Aku cuba lepaskan pelukan dia, tapi Haikal peluk aku lagi erat. "Please jangan lari dari I. I betul-betul minta maaf," katanya sambil pusingkan badan aku supaya menghadap dia. Tapi aku tetap tak nak tengok muka dia.
Aku tundukkan muka sebab aku tengah menangis. Aku tahu muka aku buruk bila nangis, and that's why aku tak nak dia tengok. Tapi Haikal tetap peluk aku erat, dan dia dekatkan kepala aku ke dada dia. Bau badan dia yang maskulin menusuk hidung aku, tapi air mata aku terus mengalir tanpa henti.
Haikal mula mencium ubun-ubun rambut aku, lepas tu dahi, hidung, pipi, dan akhirnya bibir aku. Tapi aku tak balas ciuman tu sebab mood aku memang dah hilang, okay? "Dah la nangis tu, I tak suka tengok you camni," dia cakap sambil kesat air mata aku. Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri, dan dia ikut sama tarik nafas.
"Okay, so dah tenang dah? Tak rasa nak nangis lagi?" tanya dia. Aku hanya angguk. "Good boy. Macam ni la sayang Haikal," katanya sambil peluk aku lagi.
"Haikal, I tak suka tau apa yang you buat tadi. Nak luruh jantung I. Dah la I panggil, tapi you tak jawab," aku akhirnya bersuara. Aku nak dia tahu gurauan dia tadi tu salah besar bagi aku.
"Okay, okay, I janji tak buat lagi. I sumpah," dia angkat tangan macam surrender. Gelagat dia buat aku senyum sikit.
"You ni dah mandi ke belum?" tanya aku, tengok dia yang pakai singlet kosong dengan seluar pendek je. "Tunggu you la. Kita mandi sama-sama nak tak?" dia balas dengan muka pervert. Aku capai bantal kat sebelah aku, terus baling kat dia.
"Eh, apa ni baling-baling bantal pulak?" dia gelak.
"Dah la, pergi mandi. I penat tunggu you. I nak tidur kejap sementara tunggu you siap," balas aku, dan aku terus baring. Rasa mengantuk sangat, sampai tak lama lepas tu aku dah tertidur.
Semasa tengah tidur, aku rasa macam ada air menitik atas muka aku. Aku tersedar, menggosok mata, dan tengok siapa yang tengah tenung aku. Yes, siapa lagi kalau bukan Haikal? Sebab aku still kat bilik dia.
"Haikal, boleh tak lap dulu rambut you tu? Baru la tengok muka I yang cantik ni," aku cakap dengan suara mamai. Aku betul-betul perlukan 5 minit lagi untuk sambung tidur.
"Ish, you ni kerja tidur je. Tadi ada orang call you tiga kali tau," kata Haikal sambil lap rambut dia yang masih basah.
Aku capai telefon aku dan tengok siapa yang call. Unknown number? Aku pelik. Lepas tu aku perasan ada satu mesej dari nombor tu:
"Hi, sombongnya taknak jawab call."
Aku buat muka blur. Siapa ni? Aku baca je mesej tu tapi tak reply balik.

YOU ARE READING
What you waiting for
Teen FictionCerita ni maybe agak membosankan dengan penggunaan bahasa yang aku guna sangat rojak. Jadi ni beberapa petikkan yang korang akan baca dalam buku ni "ingat noah I takkan lepaskan you whats mine always be mine!" - haikal "You always been thingking ab...