Chapter 20

34 1 0
                                    

Wakey, wakey, sayang! It's time to wake up. Bangun!! Aku capai telefon di sebelah katil dan terus matikan alarm. Sambil menguap besar, aku tengok jam di skrin—dah pukul 8 pagi. Finally, I got my ideal sleep. Semalam aku tidur awal, jadi pagi ini aku senang bangun. Hari ini ada banyak masa sebelum Haikal jemput aku untuk dinner syarikat papa dia malam nanti.

Aku buka data di telefon. Biasanya aku tutup data masa tidur sebab tak nak ganggu dengan notifikasi. Sekali tengok, 20 chat dari Haikal. Oh no, I messed up. Selalunya sebelum tidur aku akan text dia dulu, tapi semalam aku lupa. Lagi teruk, ada 30 missed calls dari dia sejak malam tadi. Aku baru nak call balik, tapi Haikal call dulu. Aku terus angkat.

Aku: Err hello, morning baby.
Haikal: Kenapa baru sekarang angkat call I?
Aku: I...
(Sebelum aku sempat jawab, Haikal potong.)
Haikal: Kenapa semalam you tak chat I?
Haikal: Kenapa satu tick je?
Haikal: Kalau tidur awal, kenapa tak guna masa sebelum tidur tu chat I dulu?
Haikal: Noah, kenapa?! Am I not worth it for you?

Haikal mula overthinking lagi.
Haikal: Ke you dah ada orang lain? Mesti Naim, kan? Semalam you call dia, chat dia—
Aku: Haikal, stop sebut nama dia! I betul-betul lupa nak call you semalam, okay? Tak sengaja. Jangan overthinking macam ni. Stress I pagi-pagi ni!

Aku dengar suara dia macam tengah sedu-sedu. Jangan cakap dia nangis.
Aku: Okay, okay, I'm sorry. I tak ada niat nak tinggikan suara. Maaf, okay?
Haikal: You, I mintak maaf sebab fikir yang bukan-bukan. I sebenarnya call pagi ni nak ajak you breakfast, tapi sebab perangai I dah buat you marah, I rasa kita jumpa malam je lah. Mesti you dah tak ada mood.

Pandai betul Haikal buat aku rasa bersalah. Rasa macam aku pula jahat sebab buat dia nangis.
Aku: Okay, macam ni. I drive pergi rumah you, lepas tu kita breakfast sama-sama.
Haikal: You reti ke drive? I tak pernah nampak you bawak kereta.
Aku: Hah, you tak percaya I? I saja buat-buat tak pandai sebab nak you je drive hahaha.
Haikal: Okay, whatever. I nak you depan rumah I dalam 20 minit. Nanti I send location.
Aku: Okay, bye sayang. See you later.
Haikal: Bye, see you. Muahh.
Aku: Bye muahhh.

Aku bangun, mandi, dan bersiap. Lepas salam mama dan papa, aku minta izin pinjam kereta. Papa agak terkejut sebab aku jarang drive, tapi dia bagi izin dengan syarat aku bawa dengan berhati-hati. Along sempat sakat aku masa aku nak keluar, tapi aku abaikan.

Dalam kereta, aku sambungkan telefon ke Bluetooth dan pasang lagu. Everything ready, aku pun reverse kereta—terlalu laju sampai hampir terlanggar Along. Nasib baik dia sempat elak. Dia geleng kepala, aku cuma minta maaf dan terus jalan.

Di jalan raya yang lengang, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki terbaring dengan basikalnya. Aku berhenti dan keluar untuk tengok keadaan dia. Lelaki itu tak sedarkan diri, tapi nadinya masih ada. Selepas aku cuba kejutkan dia, dia mula bergerak dan buka helmet serta goggle. Aku sibuk balas mesej Haikal masa lelaki itu bersuara:

Lelaki: Awak boleh tolong hantar saya balik rumah tak? Kaki saya terseliuh masa cycling.

Aku toleh, dan masa terasa macam berhenti. Naim. Dia lelaki pertama yang pernah curi hati aku. Aku masih tak lupa dia, walaupun aku ada Haikal sekarang. Aku cepat-cepat kembali fokus.

Aku: Erm, apa tadi? Sorry, tak dengar sangat.
Naim: Saya tanya kalau awak boleh hantar saya balik. Kalau tak boleh, saya naik teksi je.

Suara dia garau. Sumpah, aku tak pernah dengar dia cakap full sentence sebelum ini. Tapi aku kena ingat, aku ada Haikal. Dia baru je propose aku semalam. Aku cuma dua selekoh dari rumah Haikal sekarang...

What you waiting for Where stories live. Discover now