Chapter 67

57 3 0
                                    

Keesokan harinya, Haikal bangun sangat awal, bahkan sebelum subuh. Dia bertekad untuk melawat Noah di hospital sebelum Noah terjaga, kerana dia tidak mahu kehadirannya mengganggu. Setelah bersiap dengan rapi, Haikal meninggalkan rumah dengan hati yang penuh kerinduan.

Setibanya di hospital, Haikal menuju ke kaunter jururawat. "Hi, morning. Patient name Nik Noah," ucap Haikal dengan sopan.

"Morning. Bilik Cik Noah, belok kanan, bilik nombor 3309," jawab jururawat yang bertugas.

"Okay, thank you," balas Haikal sebelum bergegas menuju bilik Noah.

Haikal membuka pintu bilik Noah dengan perlahan, memastikan dia tidak membuat bunyi yang boleh mengejutkan Noah. Dia lega melihat Noah masih tidur dengan tenang di atas katil. Haikal mendekati Noah dengan langkah perlahan dan duduk di sisi katil.

Dia membetulkan posisi tidur Noah agar lebih selesa, kemudian menggenggam tangan Noah dengan lembut. Sentuhan itu membuatnya teringat kembali semua kenangan manis bersama Noah. Sesekali, Haikal mengecup tangan Noah sambil mengusapnya. Hatinya penuh dengan kerinduan.

"Sayang," bisik Haikal perlahan, suaranya sedikit bergetar. "Terima kasih sangat-sangat sebab dah bawa cahaya mata kita ke dunia ini. Saya minta maaf sebab tak dapat teman awak waktu awak bersusah payah melahirkan," katanya, menahan air mata yang hampir tumpah.

Haikal mengusap rambut Noah dengan lembut, mencium keningnya dengan penuh kasih sayang. Kerinduannya begitu mendalam.

"Saya dah ada nama untuk anak kita, sayang," kata Haikal dengan nada perlahan, bercerita kepada Noah yang sedang tidur. "Saya dah fikir nama ini sejak lama, sebelum saya tahu awak boleh mengandung. Kalau lelaki, saya nak namakan dia Nuh Tuah. Kalau perempuan, Melissa Arrisa. Comel kan, sayang?" tambahnya dengan senyuman kecil.

Haikal teringat impiannya untuk membina keluarga bersama Noah. Sebelum ini, dia sudah bersedia untuk mengambil anak angkat atau menggunakan kaedah bayi tabung jika perlu. Tetapi Tuhan memberikan mereka keajaiban ini, sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan.

"Awak tahu tak, saya tak pernah sanggup lepaskan awak, Noah. Saya tak nak awak pergi jauh dari saya lagi," ucap Haikal dengan penuh kejujuran.

Namun, tiba-tiba dia menyedari tubuh Noah bergerak sedikit, mungkin terganggu oleh kehadirannya. Haikal segera bangkit dan memutuskan untuk meninggalkan bilik itu. Sebelum pergi, dia mencium pipi Noah dengan lembut, seperti tanda salam rindu, sebelum berlalu menuju ke bilik bayi untuk melihat anak mereka.

Apa yang Haikal tidak sedari ialah Noah sebenarnya sudah terjaga dan mendengar setiap perkataannya. Air mata yang Noah tahan selama ini akhirnya tumpah. Kata-kata Haikal menusuk hatinya, mengingatkan dia pada semua momen manis yang pernah mereka kongsi.

"Saya pun rindu awak juga, sayang," bisik Noah perlahan kepada dirinya sendiri sambil melayan perasaan. Egonya yang tinggi selama ini tidak mampu menafikan perasaan cinta dan kerinduan yang masih mendalam terhadap Haikal.

What you waiting for Where stories live. Discover now