When she was at 10 yo.
"Mommy, Daddy look at this." Seorang gadis kecil berlari mendapatkan kedua orang tuanya yang kelihatan khusyuk menonton tv diruang tamu rumah mereka. Dia kini berdiri betul-betul dihadapan kedua insan tersayangnya itu sebelum menunjukkan satu kertas lukisan tepat dihadapan kedua orang tuanya.
Kertas tersebut sudah dipenuhi dengan satu lukisan yang berbentuk bangunan yang sangat unik. Tidak padan dengan umurnya yang masih mentah tetapi dia mampu menghasilkan sebuah lukisan yang sangat cantik. Betul-betul bentuk bangunan. Sangat-sangatlah berbakat.
Dia tersenyum lebar dihadapan kedua orang tuanya, Masih setia menanti pujian daripada keduanya. Kelihatan jelas dimatanya kedua orang tuanya saling berpandangan sekejap sebelum kembali memandang kearah nya.
"Ugly."
"You have no talent at all Lallaina. Can you please stop? Stop draw something stupid like that. You have to focus on what we give to you. Your business book." Lontaran yang kedengaran tegas daripada lelaki yang bergelar ayah telah berjaya meruntuhkan semangatnya. Senyuman manisnya perlahan pudar dan tangannya yang masih setia memegang kertas lukisan tersebut perlahan jatuh kesisi.
Walaupun masih mentah.
But it's hurt her.
Tidak tahu kenapa kedua orang tuanya tidak pernah sukakan lukisan dia. Malah melarang penuh tegas dan berkata dia tidak ada bakat langsung. Mereka hanya berkata. Dia hanya layak dekat bidang business. Seperti CEO. Kedua insan tersayangnya mengatakan dia akan menjadi seorang CEO bila sudah menginjak dewasa nanti.
Apaitu CEO pun dia tidak tahu...
Dia mula menundukkan kepalanya. Seakan tahu akan apa yang bakal terjadi nanti.
"Kenapa susah sangat nak faham? Focus! Focus! You need to be focus on your business book. YOUR BUSINESS BOOK!" Tubuh kecilnya sudah mula mengigil apabila mendengar suara lantang jerkahan daripada daddy nya. Pada saat itu juga terasa kertas lukisan yang dipegangnya dirampas kasar sebelum dikoyakkan tepat dihadapannya.
Mengalir juga air matanya melihat itu, Percayalah. Ini bukan kali pertama. Tetapi dia saja yang tidak pernah serik-serik untuk mengulangi kesilapannya. Sudah tahu akan berakhir seperti ini masih saja dia mahu menarik perhatian kedua insan tersayangnya. Masih mahukan pujian daripada mereka seperti yang didapati oleh kedua kakaknya.
"I'm so--sorry."
When she was at 15 yo.
"You want me to destroyed them?"
Membulat besar matanya, Kepala juga sudah digeleng kecil. Dia yang sedang melutut mula merapatkan pahanya sebelum kedua tangannya disatukan lagak merayu. Pandangan dia kabur malah tubuh kecilnya sudah mengigil teruk.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...