EIDLAN-LALLAINA | 60

34.8K 1.5K 93
                                    

BAM !

"Muhd Eidlan Iskandar!" Eidlan tidak menghiraukan panggilan tan sri Eiden. Bukan apa tapi hati dia tengah terbakar sekarang ini. Laju kaki panjangnya dibawa untuk melangkah masuk kedalam sebuah rumah mewah bak istana dihadapannya.

Wajahnya tegang.

Kalut Eiyadh dan juga Eiffie melangkah keluar daripada perut kereta dan berlari anak mengejar langkah Eidlan. Sekarang mereka berada dikediaman milik keluarga Lallaina.

Ada kedua orang tua mereka.

Lallaina tidak ikut serta kerana wanita itu sedang ditahan dihospital kerana luka dan juga emosi wanita itu yang sedang terganggu teruk sekarang. Agak bahaya sedikit untuk kandungan.

Doktor memberitahu mereka yang Lallaina terpaksa ditahan buat beberapa hari. Kerana emosi Lallaina sangat-sangat tidak baik buat masa sekarang dan jika ada apa-apa berlaku semestinya akan effect kepada kandungan Lallaina. Makanya ditahan agar boleh sentiasa dalam pantauan doktor.

Ditahan sehinggalah emosi wanita itu betul-betul pulih seperti biasa.

Depression. Anxiety.

Tan sri Eiden dan juga puan Sri Iza keluar daripada perut kereta tersebut. Mereka memang ikut kesini bersama Eidlan. Risau anak mereka itu melakukan hal-hal yang diluar jangkaan.

Eidlan memang nampak tenang tapi dalam hal seperti ini rasanya anak mereka itu memang tidak mampu lagi bertenang.

Lallaina ditinggalkan bersama Wardah. Nasib baik menantu sulungnya itu dengan rela hati menawarkan diri sendiri untuk menjaga birasnya.

Dan adalah peluang mereka untuk ikut kesini. Eiyadh dengan Eiffie juga yang tidak mahu ketinggalan.

"Ngah bertenang angah--"

"WHAT DO YOU THINK YOU ARE DOING MR CALVIN CHÚ!" Bergema suara Eidlan diruang tamu rumah milik keluarga Lallaina. Tanpa salam dan tanpa meminta izin orang dalam rumah tersebut Eidlan selamba saja masuk kedalam sehinggalah dia bertemu dengan keluarga mertuanya diruang tamu tersebut.

Semakin menggelegak hati Eidlan melihat kedua pasangan itu yang sedang duduk manakala Caitlyn dan Medalaine dihadapan sedang berdiri. Kelihatan kedua kakak iparnya yang sudah sembap.

Terkejut mereka yang berada didalam. Manakala Eiyadh terdiam tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila mendengar jerkahan Eidlan.

Nampaknya adiknya betul-betul tengah marah sekarang ini.

"Eidlan!"

Puan sri Iza terus mendapatkan anaknya. Dari luar sudah mendengar suara anak keduanya. Terus bahu tegap milik anak keduanya diusap perlahan cuba menenangkan.

"Eid jangan macam ni sayang." Lembut suara puan sri Iza menegur anaknya. Walaupun tahu yang Eidlan ada hak untuk mengamuk sekarang tetapi mereka sebagai orang tua takkan sesuka hati membiarkan Eidlan bertindak kurang ajar terhadap orang tua menantunya.

Tangan yang digenggam penumbuk sudah menggigil teruk. Tidak langsung dikalihkan tatapannya terhadap lelaki tua dihadapannya. Malah gelap saja pandangan Eidlan sekarang. Betul-betul dalam keadaan marah yang teramat.

Kalau.

Kalau saja orang dihadapannya bukan orang tua. Sudah lama pecah dengannya.

Tuan Calvin cuba berlagak tenang walhal dalam hati berkata lain. Tangan dalam diam digenggam. Manakala puan Melinda hanya mendiamkan diri dengan wajahnya sudah sungul.

"Kau. Kalau kau bukan orang tua yang dah nak mampus. Memang mati kau ditangan aku."

"Eidlan Iskandar."

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now