EIDLAN-LALLAINA | 49

23.4K 1.4K 69
                                    

Lallaina menyebak rambutnya kebelakang dan terus kepala dipaling ketepinya. Tatapannya tajam dan kosong. Satu susuk tubuh ditatap penuh mendalam.

Menangis.

Gerangan yang dipandangnya sedang menangis teresak-esak dihadapan anggota polis. Dengan tudung yang sudah tidak kemas.

Seketika Lallaina menjulingkan matanya keatas. Banyak betul drama perempuan tersebut. Tadi semasa dia bantai tiada pula berani melawan dah depan polis tahu pula berani memfitnah.

Mana taknya perempuan tu bagitahu anggota polis tersebut yang dia ni serang secara tiba-tiba.

Ya mereka berada dibalai polis. Ada orang membuat laporan kejadian dimana mereka bergaduh ditengah-tengah highway tadi. Sekarang tengah tunggu keluarga masing-masing untuk mengikat jamin.

Nasib baik tak masuk lokap lagi tau. Ni masih disoal siasat lagi.

Dia tidak kisah masuk lokap sekalipun dia risuakan Wardah saja. Wardah pun kena tahan tahu tak!

"Sayang!" Kesemua mereka terus menoleh kearah pintu balai polis. Seorang lelaki dengan tercungap-cungapnya dihadapan pintu balai tersebut.

"Abang..." Mata Lallaina kembali terarah kearah perempuan bertudung itu. Maksudnya musuh barunya. Kelihatan wanita itu yang laju saja bangkit daripada kerusi yang diduduki sebelum berjalan mendekati lelaki tersebut.

Tangan perempuan tersebut digari sama saja sepertinya. Wardah saja tidak.

"Abang. Zira takut. Zira tak bersalah abang. Tu perempuan tu. Perempuan physcho tu punya pasal." Mendengar kata-kata perempuan tersebut Lallaina mengetap kuat giginya. Kalau tadi cermin kereta perempuan itu yang dia pecahkan sekarang terasa muka perempuan itu pula yang dia pecahkan.

Geram betul dia.

Lallaina membalas tatapan lelaki itu yang sudah memandangnya. Terus kening terangkat kearah lelaki itu. Kalau dia diserang oleh lelaki tersebut. Dia takkan mahu mengalah walaupun tangannya sedang digari.

Kakinya masih ada mahu menedang lelaki itu.

Ingat dia takut ke!

Tiba-tiba terasa usapan dibahunya. Lallaina terus memusingkan tubuhnya menghadap Wardah. Kalau tadi wajahnya beriak dingin kini berubah lembut.

"Kenapa? Kak Wardah sakit ke?" Soalnya risau. Terus bebola mata digerakkan melihat seluruh tubuh kecil dihadapannya. Risau kalau Wardah ada sakit dimana-mana.

Wardah tergelak kecil sebelum terus menggeleng. Dia saja je usap bahu Lallaina mahu tenangkan birasnya. Manalah tahu Lallaina bertukar jadi harimau lagi sebab mendengar bidasan perempuan yang hampir membuat mereka terlanggar.

Dahlah salah sendiri. Salahkan pula orang lain. Suka hati dia je.

BAM !

"Wardah! Lallaina!" Sekali lagi mereka menoleh kearah pintu. Kedua pasangan tersebut terus terundur apabila pintu balai tersebut ditolak kasar dari luar, Polis hanya memerhati.

"Bonda!" Serentak Lallaina dan Wardah bangun daripada duduk masing-masing apabila kini mata mereka disapa dengan kehadiran puan sri Iza.

"Allah. Apa dah jadi ni?" Soal puan Sri Iza risau. Lagi-lagi matanya melihat Lallaina yang sedang digari. Mengucap dia dibuatnya sekarang ini. Laju dia melangkah mendekati kedua menantunya.

"Laina!" Kali ini Lallaina terkedu apabila mendengar suara garau yang memanggilnya. Membulat kecil matanya sebelum terus memandang kebelakang bonda. Suaminya! Dan juga bapa mertuanya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now