Tumbukkan terakhir dilepaskan di punching bag sebelum dia meraup rambutnya yang sudah basah kebelakang. Jelas peluh didahi serta lehernya. Singlet hitam yang dipakainya sudah basah akibat peluhnya.
Eidlan mendekati sebuah kerusi yang sememangnya disediakan disitu dan mencapai botol airnya. Dia mula meneguk air dari botol tersebut. Halkumnya jelas bergerak-gerak setiap kali dia menelan air tersebut.
Wajahnya yang putih kini kemerahan sedikit. Membahang.
"Dah kau turun."
Eidlan terus menoleh ketepi apabila mendengar suara itu. Botol airnya kembali ditutup dia tersenyum melihat dua kelibat dihadapannya.
Eiyadh dan Eiffie.
Eiyadh yang kelihatan sedang meniarap gaya membuat push up manakala Eiffie elok saja duduk sambil melipat kaki diatas belakang Eiyadh.
Nasib tak patah tulang belakang abangnya itu. Eiffie bukan kecil. Dahlah tinggi tubuh pun kemain tegap. Masalah betul adik beradik dia ni.
"Seriuslah? Aku tak sampai 5 minit duduk atas ni kau dah suruh turun. Lemah." Kedengaran suara Eiffie yang seakan mengejek abangnya. Malah budak itu masih tidak beralih dari terus duduk dibelakang abangnya. Manakala Eiyadh sudah kemerahan menahan berat adiknya.
"Diamlah. Turunlah Fie. Berat gila." Tertahan-tahan suara Eiyadh kedengaran. Dia menahan tubuhnya daripada menyentuh lantai bawah. Menunggu Eiffie turun dari belakangnya. Elok saja dia tengah push up budak ni datang dari mana entah tiba-tiba saja selamba naik keatasnya. Dia pikir dia tu ringan ke!
Mendengar suara abangnya yang seakan menderita saja itu Eiffie tersenggih. Patuh saja dia. Eiffie turun dari belakang abangnya sebelum memandang mengejek kearah Eiyadh yang sudah mula menukar posisi dari meniarap ke duduk. Abangnya sudah duduk dilantai bilik gym yang sememangnya tersedia dirumah keluarga mereka.
Kini giliran dia pula membuat senaman. Kaki dibuka sikit sebelum kedua tangannya diangkat keudara dan Eiffie bertindak mengiringkan tubuhnya.
Eidlan melabuhkan punggungnya dan tuala yang berada ditepinya diambil. Dia mula mengelap seluruh wajahnya.
"Eid. Esok aku dengan Wardah pergi party nak ikut tak?" Eidlan dan Eiffie serentak memandang Eiyadh. Abang mereka itu hanya beriak biasa sambil meraup rambutnya kebelakang.
Eidlan mengerutkan keningnya.
Party?
"Party apa? Siapa punya?"
"Birthday party. Adik megat Airul punya. Semua pergi kot. Aku rasa Eiffie pun dapat jemputan kan?" Soal Eiyadh terhadap adik ketiganya. Party besok bukan biasa-biasa luar biasa. Anak orang kayakan? Sudahlah yang buat party besok model terkenal malah kenalan mereka. Boleh agak dah tetamu-tetamu yang datang besok mesti semua anak-anak raja, Anak berpengaruh. Senang kata. Anak-anak orang kaya.
"Ha'ah dapat je. Jomlah Ngah. Memandangkan kau tengah cutikan? Joinlah." Eiffie menoleh kearah abang keduanya. Baguslah juga ada Eidlan tiadalah dia sorang-sorang nanti. Walaupun ada rakan-rakan dia dekat sana tetapi kebanyakkan mempunyai kekasih hati sedangkan dia? Solo molo. Nak harapkan Eiyadh? Member dah kahwin. Ada kak Wardah dah. Nak bawa adik bongsu dia? Memang taklah. Mahu kena pelangkung dengan Ayah mereka.
Eizahra tidak dibenarkan dibawa ke parti besar-besaran. Ayah mereka risau. Lagipun Eizahra tak suka keadaan sesak. Penyakit adik mereka boleh menyerang apabila melihat ramai orang.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...