EIDLAN-LALLAINA | 36

28.8K 1.5K 58
                                    

Lallaina yang sedang duduk ditengah katil dengan dia yang menyandarkan belakang dikepala katil hanya memerhati Eidlan yang baru melangkah keluar daripada bilik air, Ditubuh suaminya hanya ada tuala terlilit dipinggang, Setiap pergerakkan Eidlan diperhati.

Seksi!

Kening terangkat apabila melihat Eidlan yang membuka almari dan mengambil t-shirt dari situ, Seketika Lallaina mengemam rapat bibirnya apabila Eidlan selamba memakai boxer disitu dan tuala diluncutkan sebelum memakai seluar.

Panas pipi Lallaina tapi walaupun begitu dia tidak mengalihkan pandangannya. Masih setia melihat setiap tingkah Eidlan. Pertama kali melihat pemandangan seperti ini ye rawr.

Eidlan berpusing dan matanya terus saja dihiasi dengan muka tanpa riak dari Lallaina, Matanya mengecil melihat Lallaina yang sudah memandangnya atas bawah.

Eh?

Lallaina tersenggih nakal apabila Eidlan sudah memusing menghadapnya, Tangannya bergerak menepuk ruangan kosong disebelahnya menyuruh Eidlan untuk duduk disebelahnya.

Eidlan mengetap rahangnya melihat tingkah Lallaina, Dia sebenarnya sudah risau dengan Lallaina. HAHA.

Dibiarkan saja tuala yang dipakainya tadi dan mengatur langkah mendekati katil mereka, Sesampai ditepi katil tersebut terus tangannya naik menutup mata Lallaina yang gatal saja menatapnya, Seakan mahu menerkam dia pun ada budak ni.

Dia mengambil tempat disebelah Lallaina dan tangan masih setia menutup mata isterinya, Dan sebelah tangannya bergerak kepinggang isterinya, Ditarik lembut supaya berbaring. Tidak membantah Lallaina patuh dibiarkan saja tangan Eidlan menutupi matanya bibirnya terkemam rapat menahan ketawa.

"Jangan pandang macam tu lah." Ujar Eidlan mendatar, Tangannya sudah diturunkan daripada terus menutupi mata isterinya, Kini Lallaina sudah berjaya dia baringkan dan dia pun sudah melakukan benda yang sama. Mula membaringkan tubuhnya disebelah Lallaina, Selimut ditarik menutupi mereka dan terus saja kepala Lallaina diangkatnya, Kini Lallaina sudah baring berbantalkan lengannya.

"Kenapa? You tergugat ke?" Perlahan saja suara Lallaina dan senyuman nakalnya semakin melebar, Tangannya sudah menjalar kepinggang Eidlan terus saja dipeluk tubuh sasa suaminya.

"Memang. Terbang segala iman aku kau pandang macam tu." Balas Eidlan pula seakan tidak mahu kalah pun ada. Mana boleh dia kalah dengan Lallaina bab-bab seperti ini, Jatuhlah maruah dia sebagai lelaki.

Lallaina sudah tergelak kecil mendengar balasan Eidlan, Melebih terbang segala iman.

"Bongoklah you ni." Bidas Lallaina selamba kini terasa tangan Eidlan yang sudah mengusap belakangnya, Mata Lallaina terkebil-kebil menatap Eidlan. Ujaran Lallaina mengundang ketawa Eidlan. Macam tu je dia kena bongok.

"Eid."

"Hmm." Kepalanya semakin ditunduk dan kening terangkat kearah isterinya yang comel saja terkebil-kebil menatapnya, Eidlan tersenyum nipis.

"Esok I nak pergi rumah daddy, I nak ambil barang I." Ujar Lallaina tanpa nada, Masalah ini dia manalah bagitahu Eidlan Lagi-lagi tentang syarikat, Yang dia tidak akan dibenarkan oleh Tuan Calvin jejakkan kaki ketempat itu. Esok dia akan pindahkan barang-barang keperluan dia ke apartment miliknya.

"Okey kita pergi." Jawab Eidlan pula, Dia takkan biarkan Lallaina balik sana seorang diri entah apa lagi orang tua tu lakukan terhadap isterinya, Esok adalah last cutinya, Besoklah kot peluang dia pindahkan barang-barang isterinya ketempat dia. Sebab mula saja dia kerja balik memang susah dapat cuti lagilah. Dia dah ambil cuti untuk bulan ni. Habis dia sapu senua cuti dia bulan ni.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now