EIDLAN-LALLAINA | 10

24.4K 1.3K 95
                                    

"Tunggu!"

Eidlan tanpa sedar merentap lengan gadis itu dari arah belakang dan tidak menunggu lama untuk dia bertindak menarik supaya menghadapnya.

Dan Lallaina sudah membulatkan matanya apabila kini dia sudah berjaya menghadap lelaki itu sepenuhnya. Mahu terhenti nafas sendiri gara-gara perlakuan pantas daripada lelaki asing dihadapannya.

"Allahuakbar. Maaf." Seakan tersedar dia sudah melebihi batas kerana sudah menyentuh lengan gadis itu. Kalut Eidlan melepaskan lengan gadis idamannya itu.

Dalam hati sudah memarahi diri sendiri disebabkan menyentuh anak dara orang sesuka hati. Ketahuan dengan bonda habis dia kena dengan wanita kesayangannya itu.

"Maaf." Ucap Eidlan sekali lagi. Dia betul-betul merasa bersalah. Kini pandangan mereka sudah kembali bersatu apabila Eidlan mula memandang anak mata gadis tersebut yang sememangnya sudah memandangnya.

Dang!

Saat itu rentak jantung Eidlan kembali berubah rentak. Setiap kali bertemu mata mesti akan merasakan denyutan jantungnya yang laju.

Gila kau Eid boleh mati kalau macam ni tak penat ke jantung dia ni?

Lallaina terkelu kini matanya tidak berkelip menatap lelaki dihadapannya. Manakala Eidlan kembali terkaku ditempatnya liur ditelan dan bebola matanya sudah mula memerhati segenap wajah cantik yang diangaukannya sejak kebelakangan ini.

Allah rindunya!!!

Lama mereka berdua dalam keadaan begitu dan Lallaina yang sudah tersedar lantas mengundurkan dirinya. Tiba-tiba terasa pipinya membahang.

Dah kenapa dengan dia?

Eidlan yang turut tersedar itu sudah mengetap rahangnya tetapi walaupun begitu pandangan masih tidak dikalihkan daripada gadis tersebut. Dalam diam senyuman sengetnya terbit.

He meet her!!!

Gadis idamannya sekarang sudah berada dihadapannya!

"Hai." Sapa Eidlan teruja, Kini senyuman lebar sudah terukir indah diwajah ditampannya. Matanya sudah melembut menatap wajah cantik dihadapannya.

Sabar Eid sabar.

Manakala Lallaina masih mendiamkan diri. Keningnya sudah berkerut kecil. Siapa? Dan kenapa dah tiba-tiba kejar lepastu tegur. Berdiri segala bulu roma Lallaina. Bebola matanya sudah bergerak melihat sekelilingnya yang tiba-tiba saja dirasakan sunyi.

Gulp.

Liur ditelan perlahan sebelum kepalanya dijatuhkan memandang bawahnya. Tidak menjawab atau tidak lagi memandang wajah asing lelaki dihadapannya. Lallaina mula berjalan ketepi. Bersedia untuk pergi dari situ. Sumpah dia sudah takut.

"Wait. Lallaina say-- Ehem I mean Lallaina." Terhenti langkah Lallaina yang sudah berjaya melintasi lelaki asing dihadapannya. Kembali terkaku dia apabila namanya meniti keluar daripada bibir lelaki asing itu. Terkebil-kebil dia memandang bawahnya. Semakin tak keruan dia dibuatnya.

Siapa! Kenapa namanya lelaki itu tahu!!!

Eidlan memandang belakang tubuh langsing itu. Gigi diketap apabila hampir tersasul memanggil gadis dihadapannya dengan gelaran 'sayang' Gila! Sekarang dia mengaku yang dirinya ini sudah gila.

"Wh--who are you?" Soal Lallaina dengan suara takut-takutnya, Perlahan dia kembali memusingkan badannya kebelakang untuk menghadap kembali wajah tampan lelaki asing itu.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now