EIDLAN-LALLAINA | 37

28K 1.4K 76
                                    

Lallaina memandang rumah dihadapan mereka sebelum satu keluhan terlepas daripada bibirnya, Perlahan dia berpusing kebelakang dan kelihatan Eidlan yang baru melangkah keluar dari dalam perut kereta yang dipandu oleh pemandu keluarga Eidlan.

Dia tersenyum nipis kearah Eidlan sebelum dia mula meraih tangan suaminya yang sudah berdiri betul-betul dihadapannya.

"Jom." Dia mula menarik Eidlan untuk mengikutinya masuk kedalam kediaman bak istana dihadapan mereka. Rumah keluarganya.

Eidlan hanya patuh apabila tangannya sudah ditarik oleh Lallaina kearah pintu utama rumah tersebut. Belum sempat melakukan apa-apa pintu sudah terbuka dan kelihatan lah seorang wanita lihat daripada pakaian wanita tersebut jelas dia pembantu dirumah ini.

"Cik muda." Apabila sudah berada tepat dihadapan pintu rumah mewah itu terus saja mereka disapa oleh wanita tersebut. Ada senyuman lebar dibibir wanita tersebut. Lallaina hanya menganggukkan kepalanya tanda membalas sapaan wanita tersebut.

Cik muda?

Cik!!!

Puanlah!

Tak nampak ke dia ni? Dia Muhd Eidlan Iskandar kot suami Lallaina Chú.

Lallaina kembali menarik tangan Eidlan mereka sudah melangkah masuk kedalam kediaman mewah itu, Dan ruang tamu menjadi tujuan dari kejauhan lagi sudah kelihatan kelibat kedua orang tuanya. Ada Caitlyn dan juga Medalaine, Mereka tahu dia akan datang hari ini.

"Laina." Caitlyn yang sudah perasan dengan kedatangan Lallaina mahupun Eidlan pantas bangun dari labuhannya, Ada senyuman lebar terhias dibibir gadis itu. Medalaine pun turut bangun dari labuhannya. Hanya Tuan Calvin dan puan Melinda yang masih dengan posisi yang sama.

Malah Tuan Calvin seakan tidak terkesan dengan kedatangan kedua pasangan tersebut. Hanya matanya menatap kosong kedua kelibat tersebut.

Lallaina memberikan senyuman kecil kearah kedua kakaknya sempat matanya mengerling kearah kedua orang tuanya. Tiada reaksi dari keduanya.

Eidlan memandang mereka satu persatu, Nak salam? Tak perlu kot. Bukan nak kurang ajar tapi ah malaslah dia. Tengok dari reaksi kedua tu pun dah macam tak sudi saja baik tak payah. Dia hanya memandang kedua mertuanya sekilas sebelum memandang kedua kakak iparnya. Eidlan memberikan senyuman nipis.

"Laina nak ambil barang." Perlahan saja suara Lallaina kedengaran dan tangan Eidlan dilepaskan sebelum dia berjalan mendekati kedua kakaknya, Tangannya naik menggaru hujung keningnya. Dia langsung tidak menyapa kedua orang tuanya.

"Tahu, Pergilah ambil." Arah Medalaine tangannya naik menepuk bahu Lallaina, Apabila Lallaina memaklumkan bahawa adiknya ini akan datang kesini laju saja dia dengan Caitlyn datang kesini. Tak boleh dah biarkan Lallaina berjumpa dengan Tuan Calvin. Entah apa yang akan dilakukan oleh daddy mereka.

"Baik." Lallaina kembali berpusing menghadap Eidlan, Lallaina mengangguk kecil seakan memberi arahan kepada lelaki itu untuk mengikutinya. Eidlan terus saja menunduk kecil kearah kedua kakak iparnya sebelum berjalan mengekori langkah Lallaina yang sudah menuju kearah lift.

Tuan Calvin memandang kepergian kedua pasangan itu dengan ekor matanya sebelum dia menjeling dan menghadap tv kembali. Manakala Puan Melinda memanjangkan leher melihat kepergian Lallaina.

Amboi tak menyapa langsung ye budak Lallaina tu.

Amboi tak menyapa langsung ye budak Lallaina tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now