"Salah ke tanya?"
"Tak salah tapikan dah bagitahu banyak kali. Yang tanya berkali-kali dah kenapa?" Langkahnya yang laju diperlahankan. Kaki ingin dibawa mendekati pintu lift rumah mereka. Sekarang diruangan bawah suara daddy nya serta mommy nya yang kedengaran jelas sedang bertengkar kecil mungkin.
Tidak terus masuk kedalam lift Lallaina berhenti betul-betul dihadapan pintu lift tersebut. Sengaja mahu mendengar pertengkaran kedua orang tuanya.
"Kenalah tanya berkali-kali dah you jawab macam apa je. Tak faham Linda. Cubalah bagitahu betul-betul." Kedengaran suara Puan Melinda yang seakan tidak puas hati itu. Manakala Tuan Calvin sudah mendengus geram. Inilah Melinda dah tiga anak pun perangai kuat mengongkong dia tak pernah berubah. Lepak dengan kawan pun bermacam-macam disoal siasatnya. Kadang tidak percaya.
Terlalu cemburu.
Cemburu dengan siapa pun dia tidak tahulah.
"Lepak dengan kawan dekat tempat main golf Melinda. Can you stop asking. Pergi dengan kawan. Kawan..." Bersungguh-sungguh Tuan Calvin menyebut perkataan 'kawan' nak bagi bini dia yang kuat cemburu ni faham.
Melinda mencebik kecil sebelum memberikan jelingan tajam kearah suaminya. Seketika matanya tertangkap kelibat anak bongsunya yang hanya berdiri dihadapan pintu lift itu. Berkerut keningnya melihat Lallaina.
Bila balik entah sampaikan dia baru perasan.
"Lallaina."
Tegak terus tubuh Lallaina apabila gegendang telinganya disapa oleh mommy nya. Seketika laju tangannya naik menekan butang lift. Tulah sibuk lagi.
Tidak menoleh malah hanya mengumam membalas mommy nya.
Tuan Calvin turut memandang kearah anak bongsunya yang hanya membelakangi mereka. Kelihatan gadis muda yang berdiri betul-betul dihadapan pintu lift mungkin menunggu untuk pintu lift kembali terbuka.
"Macam mana office Lallaina?" Mula sudah Tuan Calvin bertanya. Kini dia sudah memusingkan tubuhnya betul-betul menghadap anak bongsunya dan matanya hanya menatap belakang tubuh langsing itu.
Lallaina dalam diam mengeluh.
Sumpah menyesal nak curi-curi dengar tadi.
Ni kalau dia blah je tak jawab mesti teruk lagi dia kena ni. Soal kerja jangan dibawa main daddy nya itu.
"As usual, Just fine." Perlahan saja suara Lallaina kedengaran. Dia sendiri yang uruskan syarikat milik keluarganya. Sendiri saja tanpa bantuan siapa-siapa. Syarikat itu selama dalam kendaliannya percaya atau tidak. Tidak pernah mendapat masalah. Semua dalam keadaan yang baik-baik saja.
But still.
No one proud of her.
TING.
Tidak menunggu lama Lallaina terus saja melangkah masuk kedalam. Apabila sudah menghadap kedua orang tuanya yang sedikit jauh berdiri darinya Lallaina hanya menundukkan kepalanya sekilas.
Menghembus nafas lega apabila pintu lift sudah tertutup kembali. Tidak tahu kalau semakin lama duduk dengan kedua orang tuanya apa akan jadi.
Dialah anak yang merasa tidak selesa bila berbual mahupun terlalu berdekatan dengan kedua orang tuanya. Kalau boleh berdekatan pun cukup tiada suara yang kedengaran. Maksud dia. Keduanya itu tidak bercakap dengannya.
Kerana setiap kali keduanya mengajak dia untuk bercakap. Mahupun tengah marah atau tidak. Dia sumpah merasa sangat tidak selesa.
Entahlah...
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...