EIDLAN-LALLAINA | 2

27.4K 1.4K 41
                                    

"Dalam 70% tu saya mampu 40% saja. Syarikat saya baru je jadi tak mampu sangat. So I go with 40%." Tenang saja suara lelaki itu berbicara dan senyuman hambar terukir diwajahnya. Saham ini akan memberikan keuntungan kepada mereka yang berjaya mendapatkannya. Tetapi walaupun begitu mahu mendapatkan saham tersebut perlu mengeluarkan beribu-ribu atau mungkin berjuta. Siapa paling tinggi maka dia punyalah saham tersebut. Ada dia dengan seorang gadis. Dah tahu. Dia takkan dapat punya.

Gadis dihadapannya sangat-sangat disegani dalam bidang business.

Hanya 70% sangat-sangat dihujung jari gadis dihadapannya ini.

"Okey sir Raykarl. So miss Lallaina?" Pemilik saham tersebut kini mengalihkan pandangan terhadap Lallaina yang hanya mendiamkan diri dihadapan mereka. Malah gadis itu hanya menunduk bermain dengan pen ditangan. Pemilik saham tersebut sudah tersenyum lebar. Dia sudah tahu siapa akan mendapat saham tersebut. Sedari awal lagi dia sudah tahu...

"I go with 35%."

"What!?"

Pemilik saham tersebut membulatkan matanya. Dipandang tak percaya gadis dihadapannya. Rendah. Kenapa Lallaina lebih rendah daripada Raykarl.

Manakala sir Raykarl sudah terkebil-kebil memandang gadis dihadapannya. Terus tegak tubuhnya. Dia tak salah dengarkan? 35%? Lebih rendah dari dia.

Tanpa sebarang riak Lallaina mengangkat pandangannya. Dipandang kosong pemilik saham tersebut.

"Don't you hear me? I go with 35% so sir Raykarl yang akan dapat saham ni." Tanpa nada Lallaina kembali menyambung. Sir Raykarl semakin tidak keruan. Jantung dia malah berdegup laju.

Ya Allah...

Terpinga-pinga kejap pemilik saham sebelum dengan lambatnya dia mengangguk faham.

Terkejut sumpah.

Dengan sedikit mengigil dia menarik satu file. Dia mula menanda tangan disitu apabila selasai dia menolak perlahan file tersebut kearah sir Raykarl yang turut masih terkejut itu.

"Sir Raykarl."

Seru pemilik saham perlahan. Seakan tersedar sir Raykarl menoleh lalu menjatuhkan pandangan kearah file yang sudah betul-betul berada dihadapannya. Berubah wajahnya. Seakan terharu pun ada. Dengan tangan yang mengigil dia mencapai pen sebelum mula menanda tangan disitu.

Saham ini.

Saham pertama baginya. Lepas ini syarikat dia semakin kedepan adanya saham tersebut.

Lallaina yang menjadi pemerhati perlahan mengemas barangnya. Rasanya dia sudah tiada urusan disini.

"I'm done. So I have to go." Lallaina bangun dari duduknya dan tanpa meminta diri mahupun menunggu balasan keduanya. Lallaina melangkah keluar dari situ.

Lallaina melangkah keluar daripada bilik kerja pemilik saham tersebut. Dia hanya menundukkan kepala apabila sudah berada ditengah-tengah pekerja disyarikat tersebut.

"Miss Lallaina!"

Langkah yang baru mahu masuk kedalam lift terbantut apabila tiba-tiba seseorang menjerit dari arah belakang memanggil namanya. Dengan perlahan Lallaina menoleh sebelum keningnya berkerut kecil.

Sir Raykarl.

Kelihatan lelaki itu sudah datang berlari mendapatkannya.

"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat miss Lallaina." Sir Raykarl sudah tertunduk-tundukkan kepalanya tanda hormat dan tanda berterima kasih kepada gadis dihadapannya. Dia tahu. Gadis dihadapannya sengaja merendahkan harga daripada harga yang dia berikan. Lebih tepat. Gadis ini sengaja memberi saham itu kepadanya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now