EIDLAN-LALLAINA | 9

22.5K 1.4K 191
                                    

Suasana halaman rumah agam milik kedua pasangan iaitu Eiyadh dan Wardah meriah disebabkan dipenuhi dengan tetamu-tetamu yang datang.

Kenduri?

Bukan. Saja makan-makan.

Semua Eidlan punya angkara, Tetapi dah macam birthday party ramainya kawan Wardah datang. Apabila ditanya party apa kedua pasangan itu hanya menjawab. Saja ajak makan-makan.

Disatu sudut kelihatan Eidlan yang sedang menyuap Eizahra buah-buahan, Mereka sedang duduk ditempat yang sedikit tersorok. Maklumlah Eizahra tak boleh open sangat. Nanti penyakit adik dorang ini menyerang. Disisinya ada Eiyadh dan juga Eiffie yang sama turut sedang menyuapkan makanan kedalam mulut masing-masing.

Percayalah satu sen pun kedua pasangan itu tidak keluarkan. Semua Eidlan tanggung.

"Aaaaa."

Eidlan ternganga kecil lagak menyuruh Eizahra membuka mulut. Adiknya tidak menunggu lama terus saja membuka mulut dan Eidlan terus saja menyuap makanan kedalam mulut adiknya. Tersenyum apabila melihat Eizahra yang kelihatan comel saja mengunyah makanan tersebut. Ditangannya seperti biasa ada patung barbie ya.

Bonda dengan ayahnya entahlah hilang kemana.

"Weh Eid. Dah datang." Terus memanjang leher Eiyadh melihat kearah belakangnya apabila sudah perasan dengan kedatangan kelibat rakan isterinya.

Caitlyn Chú.

Yang dinanti-nantikan mereka sedari tadi.

"Weh mana-mana." Kalut Eidlan melihat kearah yang dipandang oleh Eiyadh. Saat itu juga jantung dia berubah rentak.

Berdegup laju!

"Jom." Eiyadh bangun dari duduknya. Eiffie yang tidak mahu ketinggalan laju meneguk airnya. Nak tengok juga gadis idaman abang keduanya. Mereka dah cerita siapa gadis itu tapi tulah dia lupa sangat rupa gadis yang jatuh kolam hari itu.

"Ara duduk sini kejap ye." Pamit Eidlan perlahan kearah adiknya dan makanan Eizahra diserahkan perlahan kepada wanita yang berkerja sebagai penjaga Eizahra. Kelihatan adiknya yang hanya mengangguk itu. Sebelum bangun Eidlan sempat mengucup pipi adiknya.

"Jom-jom." Kalut dia bangun sebelum ketiga beradik itu sudah berjalan meninggalkan tempat itu. Dan langkah masing-masing dibawa mendekati Wardah yang sudah berhadapan dengan tetamu yang dinanti-nantikan mereka sedari tadi.

Eidlan cuba mencari kelibat yang dicarinya. Kenapa seakan tiada disitu.

"Sayang." Eiyadh tersenyum kambing kearah isterinya apabila sudah sampai dihadapan isteri tercintanya. Dibelakangnya ada Eidlan dan Eiffie. Wardah sudah tersenggih. Lajunya datang ye tiga beradik ni.

Dasar!!!

"Lyn, Sorang je?" Soal Wardah ramah. Sebenarnya dia pun tercari-cari kelibat tersebut. Tapi tulah kelihatan Caitlyn sorang saja sekarang ini. Jangan kata tak ikut. Ada yang menangis karang nanti.

Caitlyn tiba-tiba mengangguk dia tersenyum manis.

"Ye sorang je. Adik-adik I tak ikut, Med pergi event lain. Kalau Lallaina? Jangan harap lah dia nak ikut. Adik bongsu I payah sikit nak ajak dia datang party macam ni." Jawab Caitlyn lembut, Dia datang sendiri je ada ajak Medalaine tapi adiknya keduanya itu pergi event lain, Lallaina? Mana dia ajak dah, Kesian pula nanti dipaksa lagi dah terang-terang adiknya bongsunya itu tidak suka.

Tanpa Caitlyn sedari orang dihadapannya sudah terkelu masing-masing. Wardah memincingkan matanya memandang kearah tiga beradik yang berada ditepinya. Dia sudah mengawal reaksi wajahnya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now