Lallaina laju melangkah keluar daripada lift dan menuju terus keruang hadapan iaitu pintu utama. Belum sempat dia mendekati pintu utama tersebut kelihatan pintu itu sudah ditolak dari luar.
Terhenti serta merta langkah Lallaina.
"Assalamualaikum." Tersenyum lebar terus dia apabila sudah mendengar suara garau yang dirinduinya itu. Dia hanya berdiri ditempat dia dan hanya menunggu gerangan itu masuk kedalam sepenuhnya.
"Walaikumsalam." Masuk saja dia kedalam terus kening terangkat apabila penglihatannya sudah dihiasi dengan kelibat si isteri, Seketika hujung bibirnya ternaik melihat isterinya yang sudah tersenyum dihadapannya.
Ah rindulah. 3 hari dah macam 3 tahun. Ngada.
"You!" Laju Lallaina meneruskan langkahnya mendekati Eidlan. Dan Eidlan yang melihat Lallaina sudah berjalan mendekatinya terus melepaskan beg bagasinya sebelum tangan dibuka luas. Bersedia mahu menyambut sang isteri masuk kedalam pelukkannya.
Seketika.
PAK!
"Melebih you." Sampai saja Lallaina dihadapan Eidlan laju tangannya menampar kuat dada bidang suaminya. Dengan dia membuat muka gaya menyampah. Jelas kelihatan wajah tampan itu berkerut sedikit mungkin kesakitan.
"Sayang sakitlah!" Marah Eidlan dengan kedua tangannya sudah turun dan sebelah tangan naik mengusap dadanya sendiri. Matanya mencerlung tajam kearah Lallaina yang hanya mencebik dihadapannya. Tiada langsung rasa bersalah terpancar diwajah cantik itu.
Eee budak ni.
Lallaina hanya membiarkan pandangan Eidlan terhadapnya. Melorot jatuh matanya kearah benda ditangan Eidlan. Terus saja dia mengambil benda tersebut daripada Eidlan dan bagasi suaminya turut ditarik bersama.
Kini topi pilot serta bagasi suaminya sudah berada dikedua tangannya.
Eidlan mencebik. Dia yang dekat sini taknak sambut benda tu juga yang dia sambut.
"Salam cepat!" Tangan disua kearah Lallaina yang hanya menatap dia kosong. Lallaina tersenggih terus bagasi Eidlan dilepaskan dan tangan suaminya terus disambut sebelum dia menunduk mengucup tangan kekar milik Eidlan.
Tersenyum apabila terasa jelas bibir Lallaina menyentuh kulit tangannya. Dan apabila wanita itu mengangkat kembali kepalanya terus saja Eidlan menekup kedua tepi wajah isterinya dan didonggak memandangnya sebelum dia menunduk sikit dan satu kucupan diberikan kedahi licin itu.
Lallaina hanya terkebil-kebil tetapi senyuman kasih terhias dibibir. Terasa Eidlan melepaskan kucupan didahinya dan mata mereka berdua bertembung.
CUP!
"Eid!"
Kedengaran suara Eidlan yang terkekek suka, Memincing matanya kearah suaminya. Gatal! Terasa sentuhan dibibirnya apabila Eidlan mengucup pantas bibirnya.
Dengan masih ada sisa ketawanya Eidlan selamba menarik isterinya masuk kedalam pelukkannya. Dan disembam betul-betul muka isterinya kedada bidangnya Eidlan menunduk sikit mengucup tepi kepala Lallaina. Kelopak mata dipejam dan sebelah tangannya mengusap perlahan rambut panjang isterinya.
Tak tipu tapi dia rindu Lallaina. Berhubung melalui video call mana cukup!
Sempat Lallaina mencebik kecil tetapi melihat perilaku Eidlan terhadapnya dia menyembunyikan senyuman. Tidak teragak-agak sebelah tangannya membalas pelukkan suaminya. Terus saja mengusap belakang tegap suaminya yang masih kemas memakai pakaian uniform pilot.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...