EIDLAN-LALLAINA | 15

22.2K 1.3K 39
                                    

Disatu sudut kelihatan Eidlan sedang elok bersandar dihadapan kereta miliknya. Tangannya ligat bermain dengan gajet ditangannya. Sekelilingnya dihiraukan malah raut wajahnya serius saja.

Seketika deruman kereta milik seseorang menghentam gegendang telinganya dan itu berjaya membuat dia mengalihkan pandangan daripada skrin iPhone nya.

Seketika senyuman senget terbit dibibirnya. Iphone nya dimasukkan kedalam poket seluar sebelum kedua tangannya dibawa naik melipat kedada bidangnya. Kini matanya sudah tidak mengalihkan daripada melihat kelibat seseorang itu yang baru saja melangkah keluar daripada perut kereta tersebut. Dia berada sedikit jauh tetapi tidaklah terlalu jauh. Kelibat tersebut masih tidak perasan dengan kehadirannya.

Eidlan hanya memerhati sampailah kelibat tersebut kini tinggal seorang diri dan mungkin sudah bersedia untuk masuk kedalam bangunan tersebut. Tidak menunggu lama apabila melihat kelibat tersebut tinggal keseorangan laju kaki panjangnya dibawa melangkah ingin mendekati kelibat tersebut.

"Lallaina!"

Tidak semana-mana langkah Lallaina yang baru mahu masuk kedalam syarikat terhenti mendadak. Malah wajah tanpa riak milik gadis itu serta merta berubah. Kelihatan jelas wajah Lallaina yang sudah bertukar terkejut. Mata sedikit sepet itu sudah membesar sedikit.

Gulp.

Tidak mampu mengalihkan pandangannya daripada Eidlan yang sudah melangkah setapak demi setapak mendekati dia. Lallaina terbungkam seketika.

Bukan kah?

Bukan kah dia dah suruh Medalaine untuk menghentikan lelaki ini dari terus berjumpanya? Kenapa lelaki ini boleh ada disini lagi?

Gulp.

Sekali lagi dia menelan liurnya payah. Malah matanya sudah terkebil kecil sebelum mula melihat sekeliling mereka. Dia sudah tidak tenang sekarang.

Dan Eidlan perasan dengan tingkah gadis dihadapannya. Satu saja nak cakap. Kenapa Lallaina boleh setakut ini? Teruk sangat ke budak ni kena kongkong oleh bapanya? Garang sangatkah bapa kepada gadis ini?

"En--encik buat apa dekat sini?" Mata kembali dibawa menatap wajah tampan dihadapannya. Lallaina berundur setapak dan suaranya mula kedengaran. Bergetar sedikit suara dia menyoal Eidlan. Sesekali matanya mencuri pandang kearah belakang Eidlan takut bodyguard nya datang.

"Jumpa kau." Ringkas saja jawapan Eidlan. Dia tersenyum dan bebola matanya digerakkan meneliti setiap inci wajah milik Lallaina.

Beautiful like always.

"Tak. Encik tak boleh ada dekat sini. To--tolong pergi ye. I tiada urusan apa-apa dengan encik and please don't come again." Pesan Lallaina dia semakin tidak keruan. Takut nanti bodyguard dia melihat dia sedang bercakap dengan Eidlan. Lallaina sudah mula tidak duduk diam. Jelas dia betul-betul dalam ketakutan.

Malah jantungnya juga sudah berubah rentak sedikit.

Entahlah.

Takut.

Eidlan melihat tingkah Lallaina yang begitu menghela nafas kecil. Dia memusingkan kepalanya menghadap kearah yang menjadi pemerhatian Lallaina tadi. Tiada siapa disitu tapi dia tahu siapa yang dinantikan Lallaina. Mesti orang-orang yang datang bersama gadis ini tadi.

Malah pesanan Lallaina terhadapnya seakan tidak kedengaran. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Like tak dengar apa-apa langsung.

Eidlan kembali menghadap Lallaina apabila tiada siapa yang dia lihat diarah tersebut. Bibirnya tersenyum senget. Dia maju setapak dan itu berjaya membuat mata Lallaina semakin membesar.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now