EIDLAN-LALLAINA | 18

20.4K 1.2K 40
                                    

TOK! TOK!

Lallaina yang tekun dengan laptopnya mengangkat kepalanya apabila mendengar pintu bilik kerjanya diketuk dari luar.

"Come in." Arahnya dengan suara yang mendatar. Anak matanya kini sudah fokus memandang hadapan hanya menanti orang yang mengetuk itu untuk masuk kedalam. Kelihatan kini pintu bilik office nya dibuka dari luar.

Apabila pintu itu sudah terbuka luas dan terlihatlah sosok tubuh seorang gadis melangkah masuk. Dengan tatapan kosong Lallaina mengangkat sebelah keningnya kearah kelibat tersebut. Setiausahanya.

"Cik muda. I have a bad news." Lembut saja suara setiausahanya itu malah wajah cantik itu jelas ada riak rasa bersalah. Semakin berkerut kening Lallaina dibuatnya.

Bad news?

Tangannya dijatuhkan dari keyboard laptop sebelum tubuhnya disandarkan dikerusi kerjanya. Mata masih tidak melepaskan pandangan daripada kelibat dihadapannya. Dia tidak menjawab apa-apa hanya menanti gadis dihadapannya untuk meneruskan.

"Encik Asif. Dia tolak nak collab dengan syarikat kita Cik muda. Dia cakap dia tak terima syarikat kita sebab dia dah collab dengan syarikat lain." Semakin mengecil suara gadis itu kedengaran menyampaikan tentang ini kepada cik mudanya. Dan kelihatan dimatanya perubahan diwajah bossnya itu.

Perlahan menegak duduk Lallaina. Dia mula menggigit bibir bawahnya.

Syarikat dia kena tolak?

Seriuslah?

Tak pernah-pernah dia kena tolak.

"Ha? Bila dia tolak?" Kini suara Lallaina kedengaran sedikit cemas bertanya. Agak terkejut sebenarnya. Syarikat tu bukan penting sangat pun untuknya malah jika ditolak pun dia tidak kisah. Sebab ianya tidak menjejaskan apa-apa pun.

Tapi...

Tidak kepada daddy nya.

Tuan Calvin tidak suka syarikat ini ada masalah walau sekecil kuman. Apatah lagi ditolak oleh syarikat yang lebih jauh kecil daripada mereka. Kalau Tuan Calvin tahu habis dia kena.

"Baru dapat panggilan tadi cik muda. Saya dah pujuk lepastu nak ajak jumpa. Maksud saya nak bawa cik muda jumpa dengan Encik Asif tapi dia tolak. Dia kata dah tiada apa urusan dengan kita sebab dia dah collab dengan syarikat lain." Sambung setiausahanya lagi. Dan itu semakin membuat Lallaina tidak keruan. Liur ditelan perlahan. Tangannya naik kebibir sebelum kukunya mula digigit kecil.

Habislah.

"Did Yosuf already know about this?" Soal Lallaina terhadap gadis dihadapannya. Matanya menatap lembut wajah cantik dihadapannya. Saat melihat anggukkan daripada gadis dihadapannya Lallaina memejam perlahan kelopak matanya.

"Maaf. Tapi saya dah bagitahu." Dia memandang Cik Mudanya dengan rasa bersalah. Bibirnya dikemam kecil. Yosuf adalah orang suruhan Tuan Calvin. Apa-apa berlaku disyarikat ini Yosuflah yang sampaikan kepada Tuan Calvin. Dan dia pula. Kena beritahu semua yang berlaku kepada lelaki bernama Yosuf itu. Sekirannya dia tidak melakukan itu habislah dia. Jadi dia kena bagitahu semuanya...

"It's okey you can go." Arah Lallaina tanpa nada. Dia kembali membuka kelopak matanya dan menatap kosong wajah cantik dihadapannya. Seakan tidak terkesan saja reaksi wajahnya sekarang.

"Baik Cik muda." Kelihatan gadis itu menunduk sekilas sebelum melangkah keluar daripada bilik kerjanya. Saat kedengaran pintu kembali tertutup menandakan gadis it sudah berjaya keluar. Lallaina menghela nafas beratnya.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now