Eidlan sudah tidak duduk diam. Mereka sekarang berada diluar bilik hospital. Lallaina muntah teruk tadi. Baju dia pun kena. Tetapi itu tidak penting untuknya. Lagipun terkena pun sikit saja.
Dia risau!
Takut Lallaina salah makan tadi. Sudahlah wanitanya itu tiba-tiba bertingkah pelik melarikan diri ketempat gelap. Mana dia tak risau!
Walaupun muntah teruk tadi tapi Lallaina berkeras tidak mahu dibawa kehospital. Dan dia pula jenis tak mengendahkan isterinya terus saja membawa wanita itu kesini.
Takde dia risau! Memang dia bangkang saja isterinya. Kalau keracunan makanan tak ke naya?
"Eid cuba duduk dulu. Pening lah Ayah tengok kamu ni." Tegur tan sri Eiden. Rimas pula tengok anak keduanya yang mundar-mundir dihadapan mereka. Risau anaknya dekat menantu dia. Tergeleng tan sri Eiden.
Eidlan mengeluh mendengar arahan ayahnya. Dia memandang terus kearah orang tuanya itu. Akhirnya dia patuh. Terus dia berjalan mendekati kerusi yang tersedia disitu. Dalam perjalanan kesini hanya dia dengan Lallaina saja. Tunggu Lallaina dimasukkan kedalam untuk diperiksa baru dia khabarkan dekat keluarganya.
Ada juga dia pesan suruh bagitahu keluarga isterinya.
Kedua mertuanya tidak datang. Tapi kalau Caitlyn sudah berusaha meminta maaf. Malah gadis itu berkali-kali juga menelefonnya ingin bertanya tentang Lallaina. Caitlyn meminta maaf kerana tidak dapat datang kesini kerana tetamu masih ramai.
Medalaine pula tidak tahu apa-apa tidak mahu wanita itu terganggu.
Caitlyn tidak habis-habis menyuruh untuk menjaga Lallaina dan beberapa kali juga meminta maaf. Kesian pun ada.
Disini semua keluarganya ada.
KLAK!
Pintu menempatkan Lallaina dirawat terbuka dari dalam. Laju saja Eidlan bangun dari duduknya dan terus berjalan mendekati doktor yang baru melangkah keluar dari dalam bilik itu.
Mereka yang lain turut mengekori Eidlan daripada belakang. Reaksi risau terpancar diwajah masing-masing.
"Macam mana dengan isteri aku?" Tanpa menunggu lebih lama Eidlan terus menembak doktor tersebut dengan soalan. Suara itu kedengaran betul-betul risau.
Harapnya Lallaina baik-baik saja.
Doktor perempuan tersebut tersenyum kecil. Satu persatu orang dihadapan dipandang.
"Alhamdulillah puan Lallaina baik-baik saja. Nothing serious don't worry too much." Mendengar itu bahu Eidlan terasa ringan apabila sedari tadi terasa berat saja. Bukan apa tapi dia lega isterinya baik-baik saja. Kedua tangan naik meraup wajah sendiri sebelum satu keluhan kecil dilepaskan.
Lapang dada.
Mereka yang lain turut mengucap syukur.
"Tapi." Suasana tiba-tiba menjadi lain apabila doktor tersebut kembali bersuara. Jatuh kedua tangan Eidlan dan memandang kembali doktor tersebut. Entah kenapa hati berubah rentak.
"Kenapa?" Soal Eidlan dengan nada terkawal.
"Tahniah encik. Isteri Tuan mengandung. Dah sebulan lebih." Ceria saja suara doktor tersebut menyampaikan berita gembira ini. Malah senyuman manis semakin melebar diwajahnya.
"Alhamdulillah." Apabila yang lain elok saja pendengaran mendengar berita tersebut. Malah sudah menayangkan reaksi gembira mahupun bersyukur tetapi tidak kepada kapten Muhd Eidlan Iskandar yang jelas terkaku ditempatnya.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Lãng mạn[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...