"Can you come Eidlan?"
Terus terbangun mendadak Eidlan dari kerusinya apabila melihat pesanan yang baru dan jelas daripada Lallaina. Tak berkedip dia menatap skrin iPhone nya. Betul ke? Betul ke Lallaina chat dia?
Tangan naik menekup mulutnya. Liur ditelan payah. Tapi keningnya sedikit berkerut apabila melihat chat daripada gadis itu. Bukan itu saja malah Lallaina siap memberi lokasi kepadanya. Tidak menunggu lama Eidlan menekan lokasi yang diberikan Lallaina kepadanya.
Aik.
Takkan Lallaina dekat tempat ni? Buat apa? Dah malam ni.
Can you come Eidlan?
Lallaina suruh dia datang ke? Kalut Eidlan mematikan telefonnya malah dia memandang ruangan dapurnya. Taklah bersepah sangat. Ah nantilah dia kemas balik.
Laju kaki panjangnya dibawa meninggalkan ruangan dapurnya. Dia terus menuju mendekati pintu apartment nya. Eidlan menyelok poket seluarnya memastikan jika kunci keretanya ada.
Keluar saja daripada apartment nya Eidlan menuju terus kearah lift. Ditekan berkali-kali. Pehal lembap ni cepatlah sikit ish.
TING!
Ha macam ni lah.
Eidlan masuk kedalam sebelum kembali menutup pintu lift tersebut. Dia sedikit gelisah tetapi teruja tahu tak. Masalah!
Apabila pintu lift kembali terbuka Eidlan terus melangkah keluar. Basement menjadi tujuan. Dia berlari kecil mendapatkan keretanya yang elok terparking disitu.
Terus dia memboloskan diri masuk kedalam perut keretanya. Nafas kecil dilepaskan sebelum Eidlan mula memecut laju.
Nak jumpa Lallaina!
And he feel something.
Something happened to Lallaina.
Dan dia risau.
Lallaina menjatuhkan pandangan kearah bawah. Dia menguis-guis kakinya. Belakang elok disandarkan dikereta miliknya. Dia kini berada ditepi jalan highway besar. Kedengaran jelas ditelinganya kereta yang laju dipandu dibelakangnya. Dan yang pasti keberadaan dia terjamin selamat.
Entahlah tiba-tiba tergerak hati berhenti disini. Selalunya apartment dia menjadi tujuannya untuk menenangkan diri. Tapi sekarang terasa malas mahu memandu kesana.
Seketika kepalanya diangkat kembali lalu menoleh ketepinya apabila perasan ada kereta yang berhenti dihadapannya. Tepat dihadapan keretanya. Lallaina terkebil-kebil memandang kereta dihadapannya. Takkan nak healing macam dia juga?
Dan apabila pemilik kereta tersebut melangkah keluar Lallaina terkelu. Tegak terus tubuhnya apabila melihat kelibat dihadapannya. Jelas dia tergamam sekarang ini.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...