Ditepi jalan Eiyadh memberhentikan kereta vellfire milik keluarganya. Sudah pukul 9 malam mereka masih belum balik malah sekarang singgah lagi disebuah kedai burger tepi jalan disebabkan Wardah yang teringin makan burger yang dijual tepi jalan.
Wardah sudah tersenggih. Matanya melihat kedai burger yang berada sedikit jauh dihadapan mereka. Manakala Lallaina hanya mengerutkan keningnya. Masih bingung.
Tadi Wardah teringin nak makan burger tapi asal singgah tepi jalan macam ni?
"Jom." Ajak Eiyadh dan sudah membuka pintu kereta tersebut. Kalut Wardah membuka tali pinggang sebelum turut membuka pintu kereta dan melangkah terus keluar.
Eiffie dibelakang bersama Eizahra juga sudah teruja. Dah lama tak makan burger tepi jalan tau!
"Buat apa dekat sini?" Soal Lallaina tiba-tiba, Dan dia memandang keluar kereta. Dia nampaklah satu kedai dekat situ. Tapi.
Takkanlah nak makan situ? Ada ke burger jual dekat tempat macam ni?
"Wardah nak makan burger. Tu penjual dekat situ." Eidlan menjawab isterinya dengan tangan menunjuk kearah kedai dihadapan mereka. Terdiam terus Lallaina. Ha penjual?
"Burger?"
Eidlan mengangguk lagi. Manakala Eiffie dibelakang kedua pasangan tersebut hanya memerhati tingkah kedua pasangan dihadapannya. Eiyadh dengan Wardah kelihatan sudah berada dikedai burger tersebut.
"Ada ke jual burger dekat tempat macam ni?" Soal Lallaina lagi. Semakin berkerut keningnya. Dia makan burger pun dekat yang burger king. Restaurant tempat selalu dia makan. Tak pernah tahu pun ada burger tepi jalan macam ni.
Dan.
Seriuslah burger?
Eidlan terdiam sekejap. Dipandang wajah jelita isterinya. Kelihatan Lallaina yang tekun memandang kearah kedai burger tersebut.
Jangan kata Lallaina tak pernah makan.
"Sayang. Adalah jual. Tu kedai tu. Jual burger lah sayang. Dia tepi jalan macam ni tapi sedap tahu tak. Sayang tak pernah makan ke?" Giliran Eidlan pula yang bertanya kearah isterinya. Eiffie yang tadi teruja untuk keluar sudah terkaku ditempat duduknya. Malah menunggu balasan daripada kakak iparnya. Kenapa Lallaina ni bertanya seolah-olah tidak pernah tahu wujudnya burger tepi jalan ni?
Eizahra yang tidak tahu menahu itu hanya memerhati ketiga manusia dihadapannya bersilih ganti. Terkebil-kebil matanya.
Lallaina mengangkat bahunya.
"Tak pernah makan. Dan tak pernah tahu pun ada penjual burger tepi jalan. Burger ke? Betul-betul burger ke?" Kali ini suara Lallaina kedengaran sedikit mendesak. Bukan apa tapi dia masih ragu-ragu. Masih tidak percaya bahawa ada penjual burger tepi jalan.
Entahkan rupa burger dia macam mana.
Terkelu Eidlan mahupun Eiffie. Lama Eidlan menatap wajah cantik isterinya.
Allah.
Eidlan tiba-tiba tergelak halus. Tidak semana-mana tangan naik mengusap kepala isterinya. Tersentuhnya hati dia. Sebegitu tak bebas ke wanita ini sebelum ini? Entah apa saja yang Lallaina lalui sampaikan benda-benda macam ini wanita ini tidak tahu langsung.
Eiffie sudah menggaru hujung keningnya. Dia takdelah bebas sangat semanjak jadi artis ni. Tapi semua benda dia tahu. Takkan Lallaina tak tahu? Penjual burger tepi jalan pun tak tahu ke?
Betul-betul anak orang kaya isteri abangnya ini.
"Burgerlah sayang. Percaya tak. Burger tepi jalan macam ni lagi sedap dari yang selalu sayang makan. Tak percaya? Jom." Eidlan menarik lembut tangan Lallaina. Disatukan tangan mereka sebelum dia mula melangkah keluar dengan menarik Lallaina sekali.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...