EIDLAN-LALLAINA | 59

24.6K 1.5K 76
                                    

Pintu kembali ditutup sebelum menyandarkan belakangnya. Tangan yang menggigil teruk dibawa mencengkam baju bahagian dadanya. Pernafasannya yang tersekat cuba dikawal.

Beg sandang terlepas daripada tangannya malah kunci rumah juga. Liur ditelan berkali-kali sebelum dibawa kakinya berjalan. Sedaya upaya cuba berjalan dalam kakinya menggigil teruk.

Berkerut-kerut keningnya menahan rasa. Tersekat pernafasan dia. Dada juga berombak kasar.

Salah satu bilik di apartment nya didekati sebelum pintu bilik tersebut dibuka olehnya.

Hanya ini yang terpikir dimindanya. Apartment yang selalu dia habiskan masa kalau perasaan menyeksakan ini datang menyerangnya.

Masuk saja kedalam pintu bilik kembali ditutup. Gelap. Sekarang Walaupun masih petang bilik ini sudah gelap. Lallaina berjalan mendekati meja nightstand yang berada ditepi katil. Ada ruang diantara meja tersebut dengan katil.

Tidak teragak-agak Lallaina menyelit diantara ruang tersebut. Mengecil tubuhnya sebelum lutut ditarik dan dipeluk.

Breath.

Calm down.

Mindanya seakan membisikkan itu. Kedengaran nafas Lallaina yang kasar. Matanya terkebil-kebil dalam kegelapan.

Dengan dia yang dalam kesempitan ini. Suasana gelap walaupun tidak sepenuhnya tetapi dia aman.

"YOU RUIN MY FUCKING DREAM!"

"Mommy menyesal lahirkan kamu Lallaina."

Terngiang-ngiang kata-kata yang menghancurkan itu dimindanya sekarang. Lallaina bertindak menekan belakangnya kedinding bilik tersebut.

Tergeleng kecil kepalanya.

Sakitnya ya Allah...

Kedua tangan yang menggigil teruk naik menekup wajahnya. Sentuh saja wajahnya jelas tangannya tersentuh sesuatu.

Darah.

Darah masih mengalir didahinya. Lukanya berdenyut tetapi dia seakan lupa yang dia terluka dibahagian dahi sekarang. Tidak terasa kesan luka tersebut.

Malah walaupun tersentuh darah tersebut itu tidak memberi kesan apa-apa dekat Lallaina. Dipikirannya sekarang hanya kata-kata yang sudah menghancurkan daripada kedua orang tuanya tadi.

Walaupun sedari dulu dikasari tetapi tidak sehancur ini dia rasakan. Selepas mendengar kenyataan tentang sebab apa dan kenapa bencinya kedua orang tuanya terhadapnya.

Kenapa?

Kenapa dia yang perlu menanggung kesemua?

Kenapa?

Sampaikan kelahiran dia pun dimenyesali oleh orang tuanya.

Sakit...

Tiada mampu yang dia lakukan selain mendiamkan diri. Apatah lagi menangis. Walaupun sudah rapuh sekarang tiada setitis pun air mata yang mengalir.

Dia pendam.

Dan hanya mampu dia telan.

Walaupun hatinya sakit seperti tercucuk dengan duri-duri yang tajam.

Dada masih berombak kasar malah tubuh kecilnya masih teruk menggigil. Dia hilang arah sangat-sangat.

Otaknya kosong.

She hate this feeling.

She hate this situation.

Dimana dia perlu berusaha menenangkan diri sendiri akibat diserang perasaan menyakitkan ini.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now