EIDLAN-LALLAINA | 6

24.9K 1.3K 79
                                    

Sudah hampir sejam dia dalam keadaan begitu. Bermain dengan iPhonenya. Nama seseorang berkali-kali dicari dalam aplikasi instagram berharap dan terus berharap dapatlah akaun yang dicarinya. Tetapi langsung tiada. Malah berkali-kali dan bermacam-macam jenis nama ditulisnya masih juga tiada.

Eidlan mengeluh.

Penat.

Terus saja iPhonenya dicampak ketepi dan kelopak matanya dipejam rapat. Tangan sebelah dibawa naik keatas dahinya. Sudah dua hari berlalu dan dia cuba untuk mencari sikit-sikit tentang gadis itu. Tetapi payah. Tiada langsung yang dia dapat.

Macam mana nak jumpa gadis itu balik? Siapa sebenarnya gadis itu?

Eidlan berdecit kasar. Macam mana nak cari gadis itu? Aduh.

Lama dalam keadaan begitu Eidlan mengalihkan tangannya sebelum dia bangun mendadak dari terus baring dikatilnya. Dan dia mengesot kehujung katil sebelum terus berjalan menuju ke pintu biliknya.

Eidlan melangkah keluar daripada biliknya, Sedang berjalan kepalanya melihat sekeliling ruangan tingkat 2 rumah keluarganya yang menempatkan bilik-bilik mereka.

Tiada siapa yang dia nampak Eidlan terus berjalan mendekati tangga. Malas mahu menggunakan lift lembab. Laju dia menuruni anak tangga satu persatu. Terhendap-hendap dia apabila sesampai diruang tamu. Dia seakan mencari seseorang.

"Yadh!"

"Hoi." Eiyadh memalingkan kepalanya kebelakang apabila disergah oleh adiknya. Kening sebelah terangkat kearah Eidlan. Kelihatan adiknya itu sudah berjalan mendekati dia.

"Nak balik dah ke?" Soal Eidlan usai mengambil tempat disebelah abangnya. Hari ini Eiyadh dan isterinya akan balik kerumah mereka sekian berapa hari berada disini.

"Ya." Ringkas saja jawapan Eiyadh dia kembali menumpuhkan perhatiannya kearah skrin tv dihadapan mereka. Dia tengah tunggu Warda untuk habis bersiap. Perempuan kan? Memang lambatlah jawapnya.

"Yadh." Panggil Eidlan lagi. Dan Eiyadh kembali menoleh kearah adiknya. Wajah bosan ditayangkan. Nak apa adiknya ini?

"Kau nak apa Eid? Cakap kalau ada benda nak cakap." Kedengaran malas suara milik Eiyadh. Dia sudah menyandarkan belakangnya kesofa dan pandangan tidak dikalihkan langsung daripada wajah tampan adiknya.

Eidlan tersenyum nipis. Duduknya diperbetulkan kini dengan posisi betul-betul menghadap abangnya.

"Esok aku mula kerja balik. Dan semestinya akan sibuk. Yadh aku nak minta tolong boleh?" Mendengar itu kening Eiyadh terangkat. Kelihatan wajah tampan adiknya yang sudah mulai berubah serius itu. Dahinya berkerut sebelum Eiyadh bertindak mengemaskan posisi tubuhnya dan kini dia sudah betul-betul berhadapan dengan adiknya. Nampak dari raut wajah adiknya. Betul-betul ada benda pentinglah yang diinginkan adiknya.

"Tolong? Tolong apa? InsyaAllah kalau aku boleh tolong. Aku tolong, Jadi apa dia?" Lembut saja suara Eiyadh kedengaran dan itu berjaya membuat Eidlan tersenyum lebar. Duduknya semakin dikemaskan dan Eidlan berdeham buat seketika.

"Ingat tak muka perempuan haritu jatuh kolam?" Berkerut seribu dahi Eiyadh dan dia cuba mengingati kejadian hari itu.

"Yadh tolong aku cari dia boleh? Wardah kan ramai kawan. Mustahil dia tak kenal perempuan tu. Yadh kau tanyakan Wardah pasal perempuan tu boleh?" Pinta Eidlan dengan suara yang kedengaran sedikit terdesak. Mustahil kakak iparnya yang hanya seumur dengannya itu tidak mengenali gadis hari itu. Lebih tepat Lallaina. Wardah boleh tahan ramai kawan dia. Macam-macam kawan kakak iparnya itu ada.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now