Lallaina terbangun daripada tidur petangnya apabila telefonnya bergema didalam bilik itu. Meraba tangannya mencari gajet miliknya diatas katil itu. Terpisat-pisat kini dibuatnya.
Mengantuk!
Sejak mengandung ni kalau ikut nafsu sangat memang dia kuat tidur tau!
Dapat saja telefonnya terus skrin dipandang. Nama Caitlyn yang naik. Laju jari menekan butang hijau sebelum telefon dilekapkan ketelinganya.
"Assalamualaikum. Hel--"
"Laina. Da--daddy. Syarikat daddy dalam bahaya Laina." Terus segar mata Lallaina malah tubuhnya laju dibawa bangun daripada baringannya. Terduduk dia diatas katil tersebut.
Kejap.
"Ap--apa? Ke--kenapa ni?"
"Me and Med on the way to go home. Daddy dalam masalah Laina." Mendengar itu Lallaina menelan perlahan liurnya. Terkebil-kebil dia kini. Terus dia kalut membawa tubuhnya turun daripada katil.
"Kejap-kejap. Tunggu Laina. Kejap lagi Laina datang." Disebebah talian Caitlyn meminta izin untuk menamatkan panggilan kerana gadis itu sedang memandu. Tamat saja panggilkan tersebut Lallaina terus menghilangkan diri masuk kedalam bilik closet mereka.
Segala pakaian yang ingin dipakainya diambil.
Dia keluar kembali dengan tangan dipenuhi pakaian yang akan dipakainya.
Sempat jam dikerling. Baru pukul 5 petang. Eidlan balik pukul 6 nanti.
Laju Lallaina mengenakan pakaian ketubuhnya. Hanya kemeja hitam longgar dan dikenakan dengan seluar palazzonya berwarna hitam. Shawl putih ada corak bunga-bunga turut menjadi pilihannya.
Kalut Lallaina kini memakai tudung dihadapan meja solek mereka. Tidak tahu apa yang sudah berlaku. Dia berharap tidak seteruk mana masalah yang menimpa daddy nya.
Tak habis-habis Lallaina berdoa agar segala urusan Tuan Calvin dipermudahkan.
PRANG!
"Please daddy calm down!"
Terkedu Lallaina apabila sampai saja dia diruang tamu rumah milik keluarganya kelihatan Tuan Calvin yang sedang hilang kawalan. Malah suasana disitu habis kacau bilau. Pecahan kaca hiasan rumah mereka. Meja yang sudah tidak tersusun kemas.
Tertelan liur Lallaina dibuatnya.
"Da--daddy."
Walaupun takut dengan lelaki tersebut Lallaina menyeru juga Tuan Calvin. Malah tangan digenggam sekuat hati dan langkah dibawa cuba mendekati keluarganya.
Lantas Tuan Calvin memalingkan kepala kearah anak bongsunya. Tatapan pembunuhnya diberikan kearah Lallaina. Entah kenapa semakin berasap melihat anaknya itu disini.
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...