EIDLAN-LALLAINA | 31

27K 1.5K 87
                                    

"Thank you." Ucap Lallaina terhadap seorang wanita yang baru habis menyiapkannya. Wanita itu hanya menjawab dengan senyuman dibibir sebelum mula meminta diri kerana dia sudah siap dengan kerjanya. Lallaina hanya mengangguk menjawab wanita tersebut sebelum dia hanya menghantar kepergian wanita itu sampailah betul-betul hilang daripada pandangan. Mendengar pintu biliknya sudah ditutup Lallaina perlahan menoleh kebelakang lebih tepat menghadap cermin.

Bibirnya dikemam matanya kini tidak berkelip menatap penampilannya dihadapan pantulan cermin. Dia yang sedang kemas memakai baju nikahnya. Baju kurug berwarna putih. Dikenakan dengan tudung yang terlilit kemas dikepalanya.

Tak tipu tapi dia terkedu melihat diri sendiri sekarang ini. Seumur hidup tidak pernah memakai pakaian seperti ini apatah lagi bertudung seperti ini. Di sekolah dulu pun memang dia free hair lah.

Kata Caitlyn nikah ni biarlah dia pakai tudung. Kalau waktu majlis resepsi tu buka tudung pun takpe, Lagi manis waktu nikah dia pakai pakaian seperti ini.

Dan tidak dinafikan. Caitlyn memang betul. Cantik je dan nampak ayu je.

Kejap lagi berubahlah kehidupan dia. Dia akan menamatkan zaman bujangnya. Hati dia sedari tadi berdegup laju. Cemas saja.

KLAK!

Pintu biliknya kedengaran ditolak dari luar, Perlahan Lallaina berpusing lalu terus saja dia tersenyum nipis apabila kini matanya sudah dihiasi dengan kelibat kedua kakaknya. Seminggu. Seminggu kedua ini bertungkus lumus menguruskan semuanya. Dan tidak langsung meninggalkan dia seorang diri disini. Keduanya selalu memastikan Tuan Calvin tidak dapat melakukan apa-apa dengannya selama seminggu ini.

Caitlyn. Dia sendiri yang melihat betapa gigihnya kakaknya itu menguruskan segalanya. Dan Caitlyn lah yang menyiapkan selama seminggu ini gaun yang akan dipakainya untuk majlis resepsi malam ini. Design dari kakaknya sendiri.

Caitlyn punya effort untuk dia. Kakaknya itu bertungkus lumus menyiapkan gaun dia selama seminggu saja.

Dan segala makanan? Medalaine lah bersama rakan-rakan kakaknya itu yang menguruskan. Medalaine turun tangan untuk menyiapkan segala makanan dimajlis perkahwinannya ini. Dari pagi sampailah ke majlis resepsi nanti. Medalaine sendiri yang akan menguruskan segala makanan.

Kedua orang tuanya? Entahlah nak cakap apa. Lagi-lagi Tuan Calvin seakan tidak peduli saja. Kalau tiada kedua kakaknya ini. Dia pun tidak tahu apa akan jadi tau.

Lucky her. Dia masih ada Caitlyn dan Medalaine.

"La--Laina." Terkesima kedua mereka melihat Lallaina. Ya Allah cantik sangat adik bongsu mereka. Perlahan tangan Caitlyn naik menekup mulutnya. Matanya bergerak melihat Lallaina dari atas kebawah.

Cantiknya Lallaina.

"Laina. You look so gorgeous." Puji Medalaine dikebil beberapa kali matanya apabila merasakan tubir bawah matanya membahang. Malah pandangan dia terhadap Lallaina sudah kabur. Tidak lama apabila dia merasakan sesuatu mengalir dari pipinya. Laju saja tangannya naik mengesat.

Dia sebak tengok Lallaina.

"No don't crying lah Med." Ujar Lallaina apabila melihat air mata Medalaine. Caitlyn menoleh ketepinya sebelum dia tergelak. Laju tangannya memaut bahu adik keduanya. Medalaine memang cengeng sikit. Sikit-sikit nak nangis.

"Sh--she is so beautiful right Lyn?" Ujar Medalaine dengan sebaknya. Terus saja Caitlyn mengangguk tanda setuju. Semakin kuat dia menepuk bahu adik keduanya.

"Ye.Ye she is." Balas Caitlyn sebelum mereka berdua kembali memandang hadapan, Senyuman keduanya semakin melebar. Medalaine tersenyum bersama air matanya yang masih degil mahu keluar.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now