EIDLAN-LALLAINA | 26

20.9K 1.2K 112
                                    

"Lallaina."

Lallaina yang baru melangkah masuk kedalam rumah mereka terus memandang kearah Tuan Calvin apabila lelaki itu memanggilnya, Kelihatan wajah tegang milik Tuan Calvin yang sedang duduk disofa ruang tamu malah lelaki itu tidak langsung memandang kearahnya.

Tangan digenggam perlahan sebelum dia mula berjalan mendekati kedua orang tuanya, Puan Melinda yang sedang melabuhkan punggung disebelah Tuan Calvin. Hanya wanita itu yang memandang kearahnya.

Tidak menjawab apa-apa malah Lallaina kini hanya berdiri ditepi sofa yang diduduki oleh kedua orang tuanya, Dipandang kosong tepi wajah tegang Tuan Calvin.

Entah kenapa pada saat ini dia sudah mula tidak sedap hati.

"How did this happen? Macam mana boleh ada orang masuk meminang kamu?" Tenang kini tone suara Tuan Calvin bertanya dan dia sudah mula mengalihkan pandangannya daripada kaca tv, Wajah tanpa riak anaknya kini menjadi tumpuannya. Masih cuba mahu menenangkan diri yang sedari tadi lagi dia tahan daripada melakukan sesuatu.

Masih senyap, Tiada langsung jawapan daripada Lallaina hanya mata gadis itu yang masih berani menikam anak mata Tuan Calvin malah berusaha mengawal reaksi wajahnya. Seakan tidak terkesan dengan soalan yang diajurkan oleh Tuan Calvin.

Tangannya yang semakin menggigil kini semakin digenggam kuat. Pernafasannya juga sedaya upaya dikawal. Tak tipu. Tapi dia takut. Lagi-lagi terbayang sewaktu kejadian dia kedapatan ada kawan disekolah. Betapa teruknya daddy dia mengamuk pada waktu itu, Malah mahu menghancurkan kehidupan rakan-rakan dia dulu.

Sumpah dia takut.

Bagaimana kalau kejadian dulu berlaku lagi hari ini?

"I'm asking you Lallaina." Ujar Tuan Calvin dengan nada yang tertahan, Tatapan dia terhadap anak ketiganya sudah tajam, Gigi diketap kuat sampaikan menimbulkan urat ditepi dahi serta lehernya. Masih cuba menahan diri menanti anaknya itu membuka mulut.

Liur ditelan payah. Dia takut mahu memberikan jawapan, Sekali dia jawab habis kena teruk dia dengan Tuan Calvin. Tapi kalau tak jawabpun sama saja nasibnya.

BAM!

"AKU TANYA KAN!" Serantak bahu Lallaina dan puan Melinda terangkat apabila Tuan Calvin menepuk kuat meja ruang tamu sebelum bangkit dari duduknya dan kini kelihatan lelaki itu memandang pula meja tersebut sampaikan meja itu sudah berjaya diterbalikkan.

Membulat mata puan Melinda sebelum tangan naik menepuk mulutnya, Terkejut dengan amukkan suaminya. Manakala Lallaina terundur kebelakang sempat dia mengerling sekejap meja tersebut sebelum memandang kearah daddy nya yang sudah kemerahan menahan marah. Malah pandangan lelaki itu terhadapnya seakan mahu dibunuh saja dia oleh lelaki itu.

Pandangan dia berubah gelap dan tidak menunggu lama laju dia menerpa kearah Lallaina, Tidak semana-mana kedua tangannya naik menarik kasar kolar baju yang dipakai anaknya, Jelas sedikit terdonggak anaknya itu dengan perilakunya.

Lallaina mengetap kuat giginya sebelum keningnya berkerut kecil dan kini cengkaman daddynya terhadap bajunya semakin ketat sampaikan boleh rasa kesakitan dilehernya. Walaupun begitu dia masih berani menatap dalam anak mata daddy nya.

Hembusan nafas kasar Tuan Calvin menampar wajahnya.

"That guy. It's your boyfriend?"

"ANSWER ME!"

"Ye--yes."

PANG!

Jatuh tersembam kelantai Lallaina apabila mendapat penampar daripada Tuan Calvin, Terpejam rapat kelopak mata Lallaina menahan sakit dipipinya, Lainlah lagi dahi dia yang terhantuk sikit kelantai sewaktu dia jatuh tadi.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now