EIDLAN-LALLAINA | 29

21.8K 1.4K 162
                                    

Lallaina memberhentikan keretanya secara mengejut sebelum dia laju membuka pintu dan melangkah keluar, Tanpa menutup kembali Lallaina berlari terus menuju kepintu rumah mereka.

Dia dari office dapat panggilan daripada Puan Melinda mengatakan bahawa tetamu hari itu datang kembali, Dan sedang berada dirumah mereka. Meliar kini anak mata Lallaina melihat suasana diruang tamu. Seketika dia terhenti sedikit jauh sebelum mulutnya ternganga kecil melihat kelibat seseorang.

Eidlan!

Terkebil-kebil Lallaina dibuatnya, Eidlan buat apa dekat sini? Liur ditelan payah sempat mata dia mengerling kedua orang tua Eidlan dan kali ini ada seorang lelaki dan juga seorang perempuan turut ikut.

Dengan lututnya yang mula menggigil kecil Lallaina berjalan semakin menghampiri mereka semua. Apabila semakin hampir matanya bertembung dengan anak mata seseorang apabila gerangan tersebut mengalihkan pandangan kearahnya.

Mahu meletop jantung Lallaina pada saat itu juga.

"Maafkan kami ye. Hari itu kata nak bulan depan, Tapi sekarang tukar pula minggu depan. Harap Encik Calvin dengan puan Melinda tak kisahlah ye." Kedengaran suara Tuan sri Eiden serba salah, Mana taknya. Haritu itu kata bulan depan ini anak teruna mereka boleh-bolehnya merayu kemarin mahu dikahwinkan minggu depan. Tak turuti macam kesian pula dekat anak kedua mereka.

Makanya terpaksa jelah turuti. Dan harap pihak perempuan setujulah.

Terkedu Lallaina mendengar ujaran daripada Tuan sri Eiden, Malah matanya membulat sedikit besar. Dipandang tak percaya wajah tampan Eidlan yang jelas sedang merenungnya. Renungan lelaki itu terhadapnya kelihatan tajam saja.

Semakin laju dengupan jantung Lallaina.

Wh--what? Apa Eidlan cuba buat ni?

Tuan Calvin tersenyum lebar matanya memerhati orang-orang dihadapannya. Dia semakin menegakkan duduknya. Sebelum dia mengangguk tanda setuju.

"Eh mestilah tak kisah. Tapi terkejut lah juga ya." Dihujung ayatnya Tuan Calvin tertawa kecil, Lallaina yang melihat tingkah Tuan Calvin sudah mula tidak keruan. Lakonan! Sama seperti hari itu.

"Saya okey saja kalau anak saya dan anak kamu dikahwin minggu depan. Saya setuju." Sambung Tuan Calvin lagi, Malah semakin lebar senyuman dibibirnya, Dan mereka yang lain turut tersenyum lega mendengar balasan daripada Tuan Calvin.

Seketika Eidlan mengalihkan pandangannya kearah Tuan Calvin, Ditatap kosong lelaki tua dihadapannya sebelum dia tiba-tiba bangun dari duduknya. Dan jelas mereka semua memandang kearahnya.

"Boleh saya cakap dengan daddy?" Pintanya dengan nada yang biasa. Malah gelaran itu sengaja ditekannya. Eidlan mengukirkan senyuman penuh makna dihadapan Tuan Calvin.

"Berdua."

Sambung Eidlan lagi. Dan Tuan Calvin terkebil sekejap melihat jejaka atau lebih tepat bakal menantunya, Dengan gerakkan perlahan dia mengangguk sebelum mula bangun dari labuhannya.

Sedikit pelik kenapa Eidlan mahu bercakap dan hanya mereka berdua.

"Jom kita masuk bilik office saya." Ajaknya sebelum mula berjalan dan sempat dia mencuri pandang kearah Lallaina, Satu tatapan paling tajam dia berikan kearah anak gadisnya itu, Malah dia baru perasan dengan kelibat Lallaina.

Lallaina sudah merasa takut apabila melihat Eidlan serta daddy nya yang sudah meninggalkan ruang tamu ini malah Eidlan tidak langsung memandang kearahnya lagi.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now