Tubuhnya dihempas perlahan dikerusi kerjanya. Begnya hanya dicampak begitu saja keatas meja kerjanya. Nafasnya masih menderu sedikit kasar. Lallaina menyentuh perlahan dadanya lagak mahu menenangkan diri sendiri.
Bibirnya digigit lembut.
Tidak semana-mana moment mereka berdua tadi berlayar dimindanya.
Gulp.
Pertama kali.
Pertama kali serapat itu dengan lelaki. Sampai sekarang dia masih boleh merasakan pandangan lelaki itu terhadapnya. Tatapan mereka tadi. Mata Eidlan terasa masih bertatapan dengannya pada saat ini.
Membahang Lallaina dibuatnya.
Tiba-tiba terasa pipinya sekarang sudah memanas.
Lallaina!
Wakeup.
Kepala digeleng kecil mahu mengusir segala bayangan Eidlan yang semakin menyerang mindanya.
Tak boleh!
Dia tak boleh seperti ini. Ini bukan dia. Lallaina seorang yang tidak akan pernah merasa perasaan aneh-aneh seperti ini. Lallaina selalu akan merasa kekosongan.
That's her.
Dan ini bukannya dia.
Malah dia tidak boleh bertingkah seperti ini. Never...
Bahaya kalau dia begini. Dia boleh menghancurkan kehidupan seseorang nanti. Tentunya kehidupan seorang jejaka bernama Eidlan Iskandar.
Tangan diturunkan daripada dadanya. Lallaina menolak kerusinya semakin mendekati meja kerjanya.
Selama ini walaupun terasa kosong kehidupan dia tenang saja. Tapi entahlah semenjak kehadiran lelaki bernama Eidlan Iskandar itu tiba-tiba saja sudah membuat hati dia tidak tenang malah ketenangan dia bagai sudah direntap pergi dan digantikan dengan ketakutan.
Walaupun baru 2 kali lelaki itu menemui dia dan bertingkah seperti itu terhadapnya sudah membuat dia ketakutan yang teramat.
Jujur dia katakan. Dia sudah takut pada saat ini.
Terbayang-bayang kini wajah daddy nya dulu pernah berjaya menangkap dia mempunyai kawan-kawan disekolah. Betapa menakutkan daddy dia pada saat itu. Hampir-hampir saja dia gagal daripada menghentikan daddy nya daripada mahu menghancurkan kehidupan kawan-kawannya dulu.
Dan selama dia sudah memegang syarikat ini dengan sesiapa pun dia bermeeting. Bercakap bila dimasa waktu berkerja saja dan apabila selasai. Mana pernah lagi dia bercakap dengan mereka. Walaupun mereka cuba-cuba untuk bercakap dengannya percaya atau tidak dia mana pernah membalas lagi.
Alasannya satu saja.
Daddy nya.
Sekali kantoi dia bercakap bukan pasal kerja. Nanti bodyguard dia bagitahu daddy dia confirm habis dia. Bukan dia saja mungkin orang-orang yang mahu mendekatinya.
Tuan Calvin taknak dia kahwin taknak dia ada kawan. Taknak dia rapat dengan mana-mana manusia perempuan ke atau lelaki...
Jadinya. Lelaki yang bernama Eidlan Iskandar tidak boleh terus menerus menjumpai dia seperti ini. Dia dapat masalah nanti lelaki itu juga.
Tetapi bagai mana cara mahu menghentikan lelaki itu dari terus bertemu dengannya? Kalau terus menerus begini mungkin satu hari nanti mereka akan kedapatan. Dan jika berlakunya itu habis dia.
Bebola matanya bergerak melihat sekelilingnya memikirkan cara bagaimana mahu menghentikan lelaki bernama Eidlan itu untuk datang bertemunya.
Caitlyn!
YOU ARE READING
[C]✓Eidlan : Her saviour
Romance[Stand alone series] known as Her Saviour MUHD EIDLAN ISKANDAR : Jejaka tampan yang berkerja sebagai juruterbang, Menjadi idaman para gadis sudah biasa baginya. Tidak terlalu peramah tidak juga terlalu sombong. Seorang yang biasa saja. Lelaki yang m...