EIDLAN-LALLAINA | 48

25.2K 1.4K 55
                                    

Lallaina diam memerhati Eidlan yang sedang solat subuh dihadapannya. Sepanjang lelaki itu memulakan solatnya dia hanya menjadi pemerhati sampaikan dia terpikir sesuatu.

Dia mahukan sesuatu. Dia seakan mahu belajar seperti itu. Setiap hari dia melihat moment seperti ini sampaikan dia juga teringin mahu melakukan benda yang sama.

Dia nak belajar tentang semua itu. Tapi bagaimana?

Sedang leka memikir tiba-tiba dia disedarkan dengan sentuhan diatas dahinya. Lallaina terus mendonggak kecil kelihatan Eidlan yang baru saja melepaskan kucupan didahinya.

Eh dah habis.

"Salam." Arah Eidlan dan tangan disua kearah Lallaina. Kening terangkat kearah isterinya itu. Sudah biasa kalau dia solat subuh begini Lallaina akan bangun dan memerhatinya. Kadang-kadang Lallaina tidaklah bangun tapi itu jarang. Selalu Lallaina akan bangun dan teman dia.

Lallaina tersenyum kecil, Terus disambut tangan suaminya lalu dikucup sayang. Eidlan turut tersenyum dia mula mengambil tempat disebelah Lallaina.

"You." Lallaina semakin membetulkan duduknya, Dia sudah betul-betul menghadap Eidlan kelihatan semakin terangkat kening suaminya kearahnya.

Lallaina mengkemam kejap bibirnya.

Sebelah tangan naik menggaru kepalanya yang terasa gatal.

"I nak belajar tu." Ujar Lallaina Lembut dan senyuman kekok terukir dibibirnya. Dan Eidlan terus mengecilkan mata kearah isterinya. Tidak faham dengan apa yang keluar dari bibir merah itu.

Belajar apa?

"Tu apa sayang?"

Sempat bibir bawah digigit sebelum menjawab soalan suaminya.

"I nak belajar solat tu. I nak belajar tentang agama. Boleh ke?" Kata Lallaina lagi. Tangan sudah digenggam lembut. Dia malu. Walaupun Eidlan suaminya tapi dia malu. Tentang agama lah paling dia tidak pernah ambil sepanjang dia hidup. Waktu sekolah saja itu pun tidak terlalu fokus.

Eidlan terdiam seketika mendengar ujaran isterinya. Kini matanya semakin dalam menatap anak mata Lallaina.

Seketika perlahan bibirnya menarik satu senyuman.

Alhamdulillah saat-saat yang dia nantikan.

"Boleh. Boleh sayang." Kedengaran sedikit teruja suaranya dan tangan naik terus menyentuh tepi wajah isterinya sebelum pipi kemerahan itu diusap. Kini kelihatan jelas reaksi teruja diwajah Eidlan.

"Ta--tapi. Bukan sekarang I solat. I nak belajar dulu dan hafal semuanya. Bila I dah boleh semua barulah I nak mulakan solat I." Sambung Lallaina lagi. Dia kena belajar semua tentang agama barulah dia ada keyakinan memulakan langkahnya untuk menunaikan kewajipan yang sedari dulu tidak pernah ia tunaikan.

Eidlan angguk.

"Faham. Then you should start with mengaji. Aku ajar kau mengaji dulu. Then after that. Sayang belajar tentang solat dan yang lain lagi. Kita mulakan dengan mengaji." Mendengar itu Lallaina menayangkan reaksi terujanya. Matanya kini sudah bersinar menatap Eidlan. Entah kenapa tiba-tiba terasa sebak.

Sumpah terharu dengan Eidlan yang langsung tidak pernah memperlekehkan dia.

"Nak." Eidlan tersenyum mendengar itu, Dia menunduk sikit sebelum melabuhkan kembali kucupan didahi Lallaina. Lapang dada apabila Lallaina sudah terbuka hati untuk belajar tentang ini.

[C]✓Eidlan : Her saviourWhere stories live. Discover now